Pixajoy

Friday, October 25, 2013

Home » Aiman Pagi Ini

Aiman Pagi Ini



Godek-godek dashboard macam mana boleh terdelete entry pagi tadi. Nasib baik ada backup.huhu

Simpan untuk kenangan anak ibu Aiman Mukhlis.

Pukul 6.30 pagi baru kejutkan Aiman. Bangun dengan sebutan "Ya Allah" pastu kelam kelibutnya bukak baju terus masuk bilik air mandi. Tak sampai 5 minit dah ada kat ruang tamu. Bertempiklah ibu suruh masuk bilik air semula mandi betul-betul, shampoo rambut dia tu. Semalam dengan tak kisahnya tu, hari ni dah nampak muka teruja. Excited betul suruh abah cepat-cepat siap. 

Cikgu kata trip kena pakai t-shirt hijau kuning yang diberi cikgu dah lama dulu. Baju ni tak pernah pakai, tapi seluar tracknya selalu juga la Aiman belasah pakai pada hari biasa. Pulak tu selesa dan takde cop sekolah. Tak sangka tertinggal seluarnya dekat rumah Wan masa balik raya tempohari. Belasah je la pakai seluar track yang biasa Aiman pakai pergi sekolah tu. 

Ibu laju-laju kapurkan kasut sekolah Aiman biar putih, nak basuh dah tak sempat.haha. Ibu juga hanya sempat sediakan roti kapit kaya dan sebotol air masak buat bekalan dalam bas. Mana tahu cikgu tak sediakan sarapan mau kebulur dua beranak tu nanti. Abahnya boleh la tahan perut, Aiman tu kesian pulak la kan kalau lapar dan dahaga.

Pukul 7 pagi cikgu minta berhimpun disekolah.  Lebih kurang 7.15 baru Aiman dan abah bertolak pergi. Namanya janji Melayu. Semoga cuaca hari ni berpihak pada Aiman dan kawan-kawan. Ibu doakan selamat pergi dan balik. Malam tadi ibu dah siap charge kamera dan HP Cik Abah biar full berharap abah dapat snap banyak kenangan Aiman bersama kawan-kawan tadika.


* Entry tanpa gambar macam tak best, aku tengah dalam tahap malas paling tinggi nak upload picture dengan kelembapan line yang boleh dikatakan tahap bangang.hehe



6 comments:

Masya said... Best Blogger Tips

aiman pg rombongan tu hari ni lah kiranya.. ala.. xde gambar pulak huhuhu

NzA said... Best Blogger Tips

Moga Allah melindungi aiman n rakan2nya.....amin.

husna zahidi said... Best Blogger Tips

semoga Aiman enjoy dengan kawan-kawannya..=)

Nora Karim said... Best Blogger Tips

ala... nak tgk gambar.... huhuhu

MulutPayau said... Best Blogger Tips

tentu seronok Aiman tu..tak best laa tak de gambar Aiman...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Mak bapak mmg happy bila anak gi lawatan dgn kawan kawan...okhe dukubpun gitu PK ..hehe