Pixajoy

Wednesday, October 30, 2013

Home » Persediaan Solid Food Afia

Persediaan Solid Food Afia



Tujuan utama ke Manjaku nak belikan Afia botol susu Pigeon Peristaltic Plus. Awal bulan tempohari aku pergi tengok ada promo botol ni setengah harga tapi kena replace dengan any bottle untuk dapat harga promosi. Aku mana bawak botol susu, kat rumah banyak la macam-macam brand aku dah beli since Afia refuse puting dulu. Gigih la kan aku nak harga murah (botol susu ni kan ke mahal yang kecik tu dah  RM 50 something) sampai sanggup beli puting semata terus balik. 

Semalam aku pergi boleh promoter Pigeon tu tak datang. Promo pulak sampai hujung bulan. En suami suruh ambik tapi aku tetap nak yang separuh harga. Gigih tak gigih la kan. Hari ni en suami dah start kerja, aku nak pergi sendiri tak berani drive jauh-jauh.hehe. Rasa macam ralat sangat tau. Malam tadi sampai aku dok taip entry ni dok terbayang lagi botol susu tu dengan harganya yang murah.haha..

Lets check it out persediaan solid food Afia yang aku grab kat Manjaku.


Dok pusing-pusing cari set makan Afia dari satu brand ke satu brand aku pegang akhirnya aku beli Take & Toss  bowls and spoons. Bowls tu comel ada 6 colourful set siap penutup. Senang nak bawak makanan ke pengasuh. Sudu pun sedozen baq ang. Alasan ibu Afa ni mekngok, tak payah risau kalau hilang, ada banyak mangkuk dan sudu boleh replace.haha..

Sippy cup ambik Fiffy je murah. Yang lain semua tak berkenan. Nanti mungkin aku cari online lagi sebijik.

Mangkuk sudu dan garpu Baby Kiko beli jugak sebab kesian kalau aku tak jadi beli adik tu dah tulis.hehe..Sebenarnya aku dah survey online dua mangkuk bertutup Tommee Tippee. Tamak nak grab sampai dua, tapi tunggu ada budget nanti baru beli.

Mencari waterproof bib tak jumpa. Mungkin ada tapi harga agak mahal boleh dapat sehelai baju Afia rasa tak berbaloi aku nak beli. En suami tunjuk yang Pureen bib aku ambik gak la satu. Yang Aiman dulu pun still ada. Beli satu ni je baru untuk Afia cukup la kan.

Mula-mula serius tak nampak Food Feeder Autumnz. Aku nyaris nak ambik Kidsme dah. Mahal lak tu paling murah harga RM 29.90. Yang Autumnz harga RM 19.90, dapat pulak less 10% kira murah la. 


Food storage ni aku dapat dari OBW. Aku order Baby Cup Feeder untuk Afia entah macam mana depa silap pos barang. MIL kata benda ni kira rezeki Afia la.hehe..

Semalam terjah Manjaku dah petang sangat. Misi mencari blander terpaksa pending. Lepas Manjaku aku singgah Happy Home beli penapis dan periuk. Semangat kau bawak ke kaunter periuk paling kecik, sekali rupanya periuk tu tak jual satu, didatangkan satu set sekali tiga. Lawak-lawak. Dasar tak pernah beli periuk. 7 tahun kawen, barang dapur kat rumah aku macam pinggan, sudu garpu, periuk, kuali semua MIL bagi, BOLEH?muahaha..






18 comments:

transformed housewife said... Best Blogger Tips

Afia dah 6 bln ye. Kejap je.

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Comeynya bekas tu akk..

Akk..akak slh sorang pemenag tuk komen kat entry sya tu..nanti akak pm kat fb sya eh :)

Cik Tieka said... Best Blogger Tips

comel jer set makan Afia :)
harga barang makin naik kak..mmg kena tgk yg bg diskaun lah..

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hehehe..bila tgk brg baru nih, bukan afia semangat nak makan tapi ibu semangat nak bg makan kan..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Hehe... Mesti semangat Afia nak makan tengok set pinggan sudu colorful kan. Fiza tengok pun tertarik. Hikhik...

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Lepas ni makin bambam lah anak dara tu. Smgt ibu dia buat persediaan.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Tak sedar Afia dah nak makan..dah 6 bulan ye..gigih Ibu carikan bekas makanan..semangat tu..:)

- AZIE - said... Best Blogger Tips

memg excited mummy sdiakan seme nie...xsbr nk tgk reaksi anak kali pertama mkn

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

bila dah tengok Pk buat persediaan begini rasa tak sbar lak nak tengok Afia makan..bila dah start makan makin bam bam la cam abang dia..:)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Baby food storage tu kakak terpikatlah. Kalau buat isi ketumbar, jintan, kayu manis, bunga lawang semua ni pun cute juga.

makchaq said... Best Blogger Tips

Seronok kan tengok barang2 baby ni... comel2... semua rasa nak beli...

lizz said... Best Blogger Tips

waa bestnyer seronok la afia lepas ni dapat makan memacam...kemuain comel bekas2 makanan afia ni...bertambah teruja la afia makan nanti ni..tak sabo nak nengok dia makan...

NzA said... Best Blogger Tips

semangat seorg ibu yg ingin melihat ank nya membesar dgn sihat......

Puan Mell said... Best Blogger Tips

semangat ibu afia tuhh... pas ni kompem afia bambamboomm meletop2. hahaha.. food feeder tu.. punya beli kt syukrii.. penyudahnya dia mkn pemegang tu. bukan isi dia. haiyaa..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

wah, semangat betoi ni :)

Nora Karim said... Best Blogger Tips

seeronoknya ada baby ni.. barang2 kat rumah semua cute2 je ek... geram tgk!

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

6 mths mmg dah boleh start dgn solid foodlah.. pastikan semua khasiat ada yer !

Masya said... Best Blogger Tips

semangat betul ni..

hahahaha .. sy pun x pernah beli periuk kiikiki