Pixajoy

Wednesday, April 23, 2014

Home » Tak Lalu Nasik

Tak Lalu Nasik



Aku biasanya buat sarapan untuk Aiman makan sebelum kesekolah. Ya untuk Aiman seorang. Aku dan en suami punya menu biasa nasi lemak, mi atau kuih cop kedai. Kadang-kadang kami skip breakfast dan terus lunch. Jarang sekali aku masak untuk breakfast. Kalau aku kerja biasanya memang aku bangun awal pagi siap masak untuk lunch. Bukan sesiapa paksa aku masak. Kadang en suami suruh beli je lunch kat luar. Aku berdegil mahu masak juga demi insan tersayang. huhu.

Balik lunch break semalam terus bersilat kat dapur. Dalam masa satu jam aku masak lauk yang simple saja. Macam la hari lain pun tak simple menunya kan. Ini perkara biasa berlaku kalau aku kerja office hour dan bersajak sikit nak bangun awal pagi. Biasanya juga berlaku kalau en suami naik kerja lewat sikit atau hari tersebut beliau cuti. Kalau beliau kerja pukul 1, nak tak nak kena masak juga. Agak malas sangat isteri tercinta akan minta beliau makan kat kedai. Balik kerja nanti aku tetap akan masak lunch untuk aku dan Aiman. 

Sebelum balik lunch break tu en suami call kata demam. Maka aku terpaksa ambil alih tugas supir. Fikir punya fikir baik aku balik dulu, kalau nak terus ambil Aiman dari office banyak buang masa. Aku rehat pukul 1230 ada dalam 15 minit lagi sempat tu aku masak sambal. Balik ambil Aiman aku sambung semula tugas iron chef. Mujur nasi dah siap masak dari pagi dan ikan dah siap siang. Mana nak marmet lagi untuk bekalan cik pia, nak mandi nak solat. Waktu ni memang setiap seminit aku dok jeling jam.hehe

Aiman di gesa terus mandi dan siap pakai baju Kafa. Aku kena hantar dia awal sebab aku masuk kerja semula pukul 2. Dan-dan tu en suami kata suruh masakkan beliau maggi. Berasap sekejap telinga. Kalau dah nak makan maggi baik bilang awal-awal ya pak, buang karan daku kelam kelibut masak sambal bagai. Even en suami mengalah minta maggi malam nanti, kerana solehahnya seorang isteri aku masak. Nak jugak tu angkat bakul sendiri.haha 

Sebenarnya seawal pagi aku dah belasah kuih 2 ringgit. Nasi goreng lebihan breakfast Aiman aku bawak bekal, makan sekitar pukul 11, perut dah tak mau terima nasi juga. Niat hati nak bancuh air cicah biskut saja tapi dah en suami bagi idea, aku sama-sama bedal maggi. Aiman pun bersungguh makan maggi sampai dua pinggan. Menu lunch jarang ke udara katakan. En suami dok bilang tak lalu nasik, mintak aku transfer jadi nasi goreng untuk dinner. Aku lagi tak lalu nasik kot. Aku dapat idea brilliant nak masak mi kuah, so kita simpan menu nasi goreng untuk esok saja.

Balik ambik Aiman dari Kafa singgah kedai beli sayur dan mi. Mi dimasak dengan kuah ikan sambal tau. Sayang nak buang sambal ikan yang aku dah terlanjur masak. Aku kaut ikan sambal masuk bekas sekali dengan ikan goreng dan simpan dalam peti ais untuk nasi goreng. Kuah sambal adjust sikit sana sini jadi la mi seafood bodo. 


En suami kata sedap. Aiman makan mi ni tanpa tambah tak seperti selalu. Mood dia kurang baik cuaca hujan tak dapat turun playground. Dah la semalam ikut ibu pergi office balik pukul 7 tak sempat ke playground juga. Tidur awal dia sampai tak sempat mandi. Sekian kisah tak lalu makan nasik untuk lunch semalam. Hari ni dan hari seterusnya Insyaallah lalu.haha 




14 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Nampak sedap mee seafood ni.. kalau macam ni boleh buat tak lalu nasi tiap-tiap hari.. hihi.

naim pun seminggu ni dilanda tk lalu makan. Asyik nak donut je. Risau pula

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

kadang-kadang tu tekak rasa tak nak makan nasi..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau macam ni punya mi, saya pun tak lalu makan nasi selalu. Yalah, isteri mithali. Memang harus masak apa sahaja ikut kata suami.

Cho Zila said... Best Blogger Tips

tuler sayani pn cam tak lalu makan.. tapi kalau dah depan mata lehjer suap ... masuk sedapjer...

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

Huii.. Menyelerakan tuh..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Terliuq fiza tengok Muni. Dahla perut tengah berkeroncong pukul 3 pagi takleh tidur ni. Huhu...

PetakBunga said... Best Blogger Tips

fuh ketam tu..

penuh

OKje said... Best Blogger Tips

Nampak sedaplah PK serious....
Kat sana Ketam murah ke PK? OKje tengok selalu awak masak Ketamkan...
TLBD suka tu ketam...
Jangan disia siakan isteri yg rajin macam ni hehe

LydSunshine said... Best Blogger Tips

begitula akhirnya nasib sambal ikan tu. Takpe, asalkan tak membazir. Tak seronok plak kalau tgk anak yg biasa makan berselera tetiba tak tambah. Betapa pentingnya playgorund time utk seorang kanak2. Teringat plak hasben saya penah cerita, dia masa skolah dulu, kalo ujan ptg2 dia pun selalu badmood sbb takleh main bola. Ada kaitan kot dgn apa yg aiman rasa. Tapi, apa2pun, puan kutu memang awesome, super mom.

- AZIE - said... Best Blogger Tips

selalu sungguh ni wat mee mcm nie, letak ketam pulak tue..iss..iss kalo sy xlalu mkn nasi hari2 pun xpa

Masya said... Best Blogger Tips

hahahah sokmo menjadi .. x kisah mcm mana pun gayanya yg penting suami mkn sedap x komplen kan.. nak banding dgn beli

anamizu said... Best Blogger Tips

huhh PK ni kalo kata "mee bodo" tu pon lapaq tengok aihh :P

sal ya said... Best Blogger Tips

Nmpk sdp je mee. Tp breakfast x blh skip. Mmg kalau anak2 sblm pergi school akan paksa makan walaupun skt.

Unknown said... Best Blogger Tips

tudiaa..dasyat jgak kak murni bersilat..kalau husna konfem berpeluh2..lpas tu mula rasa x sdap..