Pixajoy

Thursday, April 24, 2014

Home » Motif Cantik

Motif Cantik



Aku ni semua benda nak bercerita dekat laki. Semua isteri macam aku kot. Nak cerita pada siapa lagi kalau bukan pasangan masing-masing. Aku perasan en suami bukan selalu bagi tumpuan bila aku bercerita. Orang laki kan mana minat aku dok bebel cerita yang tak berapa nak penting. Kadang-kadang beliau boleh menjadi pendengar setia. Kadang-kadang saja!

Alkisah beberapa hari lepas aku bawak Aiman potong rambut tempat biasa yang biasanya en suami yang bawak. Dek kerana beliau kelihatan sangat busy dan penat dengan kerja, aku ambil alih tugas. Dah lama bertangguh sampai rambut Aiman pun dah selekeh gila. Tau saja dia punya rambut sikit punya lebat, bila panjang je naik serabut kepala otak aku tengok.

Bercerita la aku kisah Aiman potong rambut dekat en suami.

" Pasai pa india tu tak cakap sepatah pun, dia bisu ka? saya tanya berapa ringgit dia tunjuk jari 4, ucap terima kasih pun dia angguk-angguk ja..suruh Aiman duduk nak potong rambut pun bagi bahasa isyarat. Saya tanya Aiman dia bisu ka Aiman kata dak, dia cakap je dengan abah.."

" Dia terpegun kot tengok ayang ni cantik sangat.."

Ayat macam mintak smack down je kan.haha..

" Cakap pasal cantik, tau tak kawan Aiman yang selalu main dengan dia kat taman tu..nama dia Alif, dia darjah dua. Adik Alif ni umuq 5 taun Aiman kata. Balik ambik Aiman Kafa depa ni memang dok tunggu dah Aiman kata bawah. Aiman habaq kat saya adik Alif kata ibu hang ni cantik la..budak tak reti tipu kan.."

En suami sengih je. Walau aku sedar aku takde la cantik, adik Alif memang dah menceriakan hari-hari aku beberapa hari ni. Sampai sekarang dok sengih depan skrin.muahahaha..

Apa motif entry ni? Nak kata aku perasan la tu!





21 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

haah..semua benda memang kita nk cerita kat encik suami..dulu2 masa bujang cerita ngan membe... org dah puji terima je ngan hati yg trbuka..huhu

- AZIE - said... Best Blogger Tips

hehehehe betulla tu budak2 mana pndai menipu..

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

eaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa selfie sikit nengok muka cantik ehee :D

PetakBunga said... Best Blogger Tips

sungguh puan kutu ni cantik..

hari tu dah tengok..kan betul kita kata..

pst..puan kutu ada apa-apa tak saguhati ke hadiah ke..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Kalau budak dah puji tu maknanya betul la tu. Tapi mmg la puan kutu cantik. Tidak dinafikan.

Anonymous said... Best Blogger Tips

meh tepek gambar si cantik ni kat sini, kA komen sama, hehehe. mana tau ada iras Kate middleton

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Asalam pk..bukan perasan..betul la tu.budak2cakap jujur kan PK

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kalau dah budak pun kata cantik memang cantiklah tu..

Betul budak kan lurus..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

hahaahahah comel jek bace entry ni cik puan kutu oiii...tapi betul laa tang budak2 tak reti menipu tu....auwwww!!! heheeheheh

Adriannasyaz said... Best Blogger Tips

Hee..bdk2 jujur..akak..lama x singgh sini..^_^

Sue Bee said... Best Blogger Tips

PK, budak2 takkan tipu bab puji2 cantik,tau..

Umialya said... Best Blogger Tips

akak xmo puji2 cuma nak tanya sepatah jer.. 'Mandi ke tak hari ni??

anamizu said... Best Blogger Tips

hehe yela sbb ada hasben mestila nak story mory kat hasben hehe

konfem ibu aiman cantik ! :)

Sya said... Best Blogger Tips

rasanya pnh nmpak gambar akk dlm ni..mmg xsalah apa yg bebudak tu ckp..mmg akk cun pun..hehe

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

rasanya memang semua isteri camtu..suka bercerita ngan suami..akak pon sama..
PK ni memang cantik la..budak2 pun suka tengok..cun melecun..:)

Ujie Othman said... Best Blogger Tips

Takpe perasan..yg penting ia buat hari2 kita terasa indah je gitu.. :)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, dapat pujian dari budak-budak dan bapak budak, bukan main melambung tinggi perasannya. Yalah PK admit ajelah budak-budak memang lurus. Cantiklah tu ayang en asben ni. Uwek, nak muntah pulak dah ni!

Serious kalau pakai shawl yang dapat GA percuma free gitu, memang cantik PK. Sapa lagi nak puji selain budak-budak tu, memang besanlah kena ampu!

NzA said... Best Blogger Tips

ha3x,....mesti kwn aiman minat kt PK nie....

sal ya said... Best Blogger Tips

Mcm husben kata cantik tu subjektif.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. blm pakai produk baru dh cantik. Kalau pakai nanti lagi la...

Unknown said... Best Blogger Tips

peewitt~ kak murni memang cantik pon..hehehe..