Pixajoy

Monday, April 14, 2014

Home » Insiden Pagi Isnin

Insiden Pagi Isnin



Dah beberapa hari tak update ye. Nak kata busy sangat tak juga cuma tak dapat cari masa sesuai nak online. Nak salahkan si bambam sorang macam tak patut, jadi nak tak nak kena la babitkan aiman dan abahnya sekali. Pendek kata mereka bertiga ni memang dilahirkan untuk membuli.

Hari ni balik kerja pagi terus hantar Aiman sekolah pastu pecut balik rumah. Sebab malas nak singgah beli breakfast terpaksa la masak awal. Pagi-pagi dah basuh beras nak tanak nasik. Afia aku letak sekejap dekat ruang tamu. Pagi ni bila di tinggalkan senyap sunyi. Selalunya mesti dia ikut kedapur menterbalikkan bawang, mengecahkan satu dapur atau paling tidak dengar suara dia bising. Dah sudah letak nasi cepat-cepat pergi tengok Afia. 

"Astagfirullahhalazim..Hang mai tengok anak hang ni buat apa.."

(Panggil laki dengan kata ganti nama hang. Kau ada?hakhak..)

Terkocoh-kocoh en suami datang dari dalam bilik.

"Ya Allah..."

Insiden : Menterbalikkan bekas pringles abah ( hat bekas panjang keropok kentang bertutup en suami buat bekas letak abu rokok dan segala daun rokok beliau). 

Kesan Insiden : Hitam legam seluar, bertaburan abu rokok atas riba juga karpet. Muka ada sedikit kesan celoreng askar. 

Bukti Insiden : Ada terfikir nak capai kamera tapi terpaksa dibatalkan niat kang tak pasai kena pelangkung dengan en suami.




* "Biarkan anak aktif dan meneroka dunia dengan cara kreatif mereka yang tersendiri dengan pemantauan"




22 comments:

Umialya said... Best Blogger Tips

sian afia.. abahnyapun, kalau yapn nak merokok, letak le bekas tu jauh2..

(cewahhhhhhhhhhhhh bebelnya ngalah ibu afia.)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Ala, baru nak tanya bukti insiden.. tapi, baik jangan kalau kena pelangkung.... hihihi
boleh imagine muka Afia dgn celoreng askar tu...

Unknown said... Best Blogger Tips

Ala awat hang pi hisap menatang tu dalam ngumah... cheq pantang sungguh nasib baik la afia tak pi mengkedarah... kalau dak la haih haru la

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

Afia baru nk belajar mengemas la tu...hehehe

Acik Erna said... Best Blogger Tips

patut senyap je ye PK..sama la macam anak acik yang sulung dulu..kalau dia senyap tu ada la benda dia buat

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

hihi..boleh bayangkan muka celoreng askar Afia..mesti comey..:)

Unknown said... Best Blogger Tips

amboi celoreng2 dah mukanya..hehe lepas ni kena letak jauh2 bekas tu..

NzA said... Best Blogger Tips

adeh...tensionnya....kena la bersabar byk2...he3x....

Cik Lily Putih said... Best Blogger Tips

heheheehe.. pagi2 dah kene exercise kan

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kahkahkah.Huhuhu.Hahaha....

Sori PK memang tak boleh nak sembunyi-sembunyi bila nak gelakkan rakan senasib nih. Nak sambung sikit lagi boleh tak ^_^ - padan muka ibu Afia *ngeh*

So sibuklah tu semalam mengemop lantai, mengvacuum karpet bulu-bulu, membersihkan si bambam lat ta li lat tam ploi...keh3x ...tak abis lagi ni nak gelak!

Tin pringles aka bekas abu rokok tu dah ganti belum? Beli baru ajelah PK, isinya PK ngan Aiman langsaikan, bekasnya balut dengan sampul buku pastukan hadiahkan kat Abah Aiman sempena Hari Bapa bulan Jun nanti. Jangan lupa letak nama Afia the Conqueror sekali yek!

Dah! Nak sambung gelak semula!

Salmi said... Best Blogger Tips

Afia dah pandai mengemas ye..

Kak Aya said... Best Blogger Tips

salam ,
lama gila tak bw..

anak kak aya pun dah mula melasak walaupun tak pandai merangkak..dia hanya mengengsot ke sana sini..tp pantas terbalik kan apa je yang sempat dia capai

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Cepat betul tangan kaki budak2 kecil ni bertindak kan? Tak lama pun, tapi macam2 boleh berlaku. Kes tak disengajakan..

orang utara bukan ke lagi mesea sebut hang? Hihi. Padahal PK ni panggil suami dia DARLING, kan?

makchaq said... Best Blogger Tips

Allah hu akhbar.. nasib baik tak masuk dalam mulut ka kena mata.. kalau tak mesti meraung Afia...

Lain kali suruh abah letak tinggi2 bekas habuk rokok tu..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Eh, PK... dah dua hari tak siap kemas lagi ke abuk rokok tu? Ish, ish, ish...

lizz said... Best Blogger Tips

la ..habis afia kerjakan yer...sabo jerla...lainkali suruh cik abah pi letak tempat tinggi sikit...

PK!! nak gambo Aaiman emailla saya nak buat kad kat dia...dia terpilih hari tuh huhuhuhu

aizamia3 said... Best Blogger Tips

bukti insiden yang tak menahan tu.. kehkehkeh..
tapi kalau sempat snap kena bebel pun bebellah.. janji ada gambar moment anak berceloreng gitu.. hehehe.

sal ya said... Best Blogger Tips

Bdk2 ni tgh melasak je. Ada je benda nak dibuat dan dicapai.

LydSunshine said... Best Blogger Tips

sila bersabor. hahaha.... jenuh ke tak nak bersihkan semua kehitaman abuk rokok tu?

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

budak2 tgah nak berkarya agaknya hihihi

Masya said... Best Blogger Tips

hahaha.. klu dh sampai mcm tu nak amik camera, tkt maknya pulak kena celoreng dgn abahnya hihihi

- AZIE - said... Best Blogger Tips

huiii..jenuh gak tu, memg kena sentiasa berjaga ni..