Pixajoy

Wednesday, April 09, 2014

Home » Homemade Aiskrim Mudah

Homemade Aiskrim Mudah



Tak sudah-sudah up entry makan. Lepas ni kena kurangkan bakat kreatif dan daya inovasi mencipta menu masakan sebab aku dah mula risau badan makin mengembang.hehe. Sebelum kononnya nak kontrol makan, kita layan dulu aiskrim homemade yang aku buat. Resepi aku ni pepandai la olah sendiri mengikut perisa kegemaran. 

Aiskrim Oreo Cheese nama diberi. Pecahkan Oreo dan carik-carikkan kepingan keju, campak je macam gambar. Aku pakai setengah peket oreo dan 2 keping keju Untuk impak yang lebih real, kita guna tupperware aiskrim.ngehngeh. 


Hancurkan 5 keping keju dalam susu full cream+sebiji telur atas api perlahan. Lagi setengah peket oreo aku patahkan dan kisar sekali dengan susu cheese tadi +1/3 tin susu pekat+ 1 sudu ovelette dan tuang dalam bekasOvellete digunakan untuk tekstur aiskrim yang lebih gebu, tak nak letak pun takpe. Telur tu pun ikut suka nak letak ke tak. Full cream milk lupa plak aku nak sukat berapa ml. Tapi memang ngam-ngam sebekas ni dapat aiskrimnya.


Lepas sejuk beku dah boleh ngap.





23 comments:

- AZIE - said... Best Blogger Tips

memg simple sungguh ni, boleh try!!

Nurfaezah Abdullah said... Best Blogger Tips

ulala kena try ne hehe

nurbijen said... Best Blogger Tips

nyum nyum... kalau panas2, sedap makan aiskrim... kena tunggu summer baru boleh belasah ais krim puas2...

Nastyna said... Best Blogger Tips

vah vah vah... nak sikit, tapi nak dengan tupperware skali tau, baru feeling hehehe.

Eh apa dah u tanya I tadi? Streussel yer? Streussel tu bermaksud taburan... gitew. Macam I tabur brown sugar as topping for my muffin tu kan.. itu la dia streussel. Sprinkles :D nama mau gempak maaa.

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

safe dulu resipi.

lizz said... Best Blogger Tips

nyum2 sedapnyer...
PK nak gambo aiman Untuk Kad Birthday...
PK terpilih menang giveaway saya

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Senang aje pun kan cuma nak kena rajinlah kalau nak makan sedap..

ros_reeza said... Best Blogger Tips

mudahnya.. sedap ni!

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

belum pernah cuma tapi nanti boleh cuba ni

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

bestnya.... nnti boleh le buatkan utk kami.. ( hahaha nmpk sgt pemalasnya kan liya nie )

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Macamana Aiman dan ibu nak berdiet macam ni? Hari-hari pun ada aje menu menusuk kalbu dan menggamit perut untuk diisi. Oh, PK! Alangkah indahnya hidup kami sekeluarga kalau awak dok jadi jiran sebelah. Memang petang balik kerja ada aje juadah hantar ke rumah sebelah. Eh, ya ke cam gitu?

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

adoiii..sodapp! terliurrr dah ni...hehe

NzA said... Best Blogger Tips

Sedap tu. Mesti mengamcam rasa aiskrim tu.

eita said... Best Blogger Tips

pantas dan cekap..hasil memang mabeles

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ooo sedapnya. Aritu saya pun try buat ais krim macam ni.. konon ya bijak tapi ovelette tak buh, tak menjadi la.. hihi.tapi penggemar ais krim dua beradik tu habiska juga, asal benda sejuk

n O e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

mmg nampak mudah sangat...

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Kalau dah pandai dan rajin mengolah...apa pun menjadi...

terima kasih sudi share resipi..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Mesti sedap. Rajin sungguh Muni cipta resepi. Mesti Aiman suka kan...

husna zahidi said... Best Blogger Tips

kat rumah selalu buat.. abeh je buat lg.. sebab ada hntu ais krim..:p

tp resepi husna lain skit.. guna sbiji tlur, stgh tin susu pekat manis, air suam, chocolate emulco, dan ovalett..

anamizu said... Best Blogger Tips

todia aih pasni ibu aiman dah buleh meniaga eskrem homemade dah! hehe

sal ya said... Best Blogger Tips

Pernah buat sekali. Lps tu fikir pjg nak buat. Sbbnya bdk2 ni kalau tau ad aiskrim peti ais mmg ttp seminit dua jela. Kjp2 g dpr bukak nk tgk eskrem dh beku blm. Hoho...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

mana gambor lepas sejuk? ke tak sempat amik? So, eskem ni rasa dia ada masin2 skit la kan sebab letak cheese.

Masya said... Best Blogger Tips

BAB DERHAKA RESEPI BG KAT PK, Derhaka pun jadi jgk..