Pixajoy

Monday, April 07, 2014

Home » Kek Keju Blueberry

Kek Keju Blueberry




Kan dah kata demam cheese tengah melanda. Sebab takde cream cheese, kek pakai slice cheese pun jadi. Boleh tahan senang jugak nak buat. Mana tak senang, aku kalau buat kek main agak-agak campak je takde penimbang nak sukat bagai. Nak kata sedap sangat tidaklah, tapi tahap laku dia satu hari je boleh habis sebiji kek ditarahnya kami tiga beranak.haha..

Kek ni versi kukus. Aku ada google resepi slice cheese cake tapi kebanyakkan semua kena buat telur putih jadi meringue. Tak sanggup aku nak ambik risiko meringue tak jadi, takut aku pulak yang bertanduk nanti. Cubaan pertama tekstur keknya boleh tahan gebu. Aku suka yang gebu masa baru lepas kukus tapi Aiman kata kek yang dah masuk peti ais lagi sedap. 

Aku buat kek ni waktu malam, agak kelam kabut dengan Afia yang merengek nak tidur, dengan Aiman dan abahnya yang tak sabaq nak makan, tak sempat aku nak feeling tangkap gambar dari pelbagai sudut. Yang ni pun kira tahap cepat ambik sepotong terus snap sebelum aku melantak dan tidur.



Ok fine memang selekeh banyak. Apa ada pada rupa ye tak, buat untuk makan sendiri je.

Resepi Kek Keju Blueberi

Bahan-bahan

  1. 250 gm butter
  2. 150 gm gula kastor
  3. 4 biji telur 
  4. 250 gm tepung kek (aku pakai tepung gandum + 1 sudu serbuk penaik)
  5. 2 sudu sunquick
  6. 200 ml fresh milk (aku pakai full cream milk)
  7. 6 keping slice cheese
  8. Blueberry jem

Cara-cara

  1. Pukul butter + gula hingga kembang. 
  2. Cairkan keju dalam susu dengan api perlahan, ketepikan. 
  3. Masukkan tepung dan pukul berselang seli dengan telur dalam adunan butter tadi. 
  4. Masukkan 2 sudu sunquick + susu dan cheese yang dicairkan tadi, pukul perlahan hingga sebati. 
  5. Lenserkan loyang, tuang adunan dan kukus hingga masak.

* Untuk blueberi jem curah atas kek - panaskan jem dengan air pastu untuk pekatkan aku letak sedikit tepung jagung. 





26 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

amboi sambil2 buat kek komitmen lain pun byk jugak kan.. dengan anak lagi..xpe yg penting rasa tu yg ada.. bab rupe campak tepi dulu

PetakBunga said... Best Blogger Tips

dah lama teringin nak buat sendiri cheese kek ni..tak ada kekuatan lagi..ha.a.

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

Rajinnya..malam2 pun jadik..
sama ngan akak..rupa tak penting..janji sodap..
akak tengok terliur ni ..kira ok la tu..

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Mmg tgh demam cheese ni hehe.. sebenarnya.. demam rajin.. ;)

LydSunshine said... Best Blogger Tips

baguih... nnt share lagi resepi yg kukus2 ye. sekarang ni tgh berazam nak buat kek, tapi nak yg versi kukus je. sebab oven dah rosak. boleh jadi ke guna slice cheddar. hebat puan kutu ni buat cheesecake.

lizz said... Best Blogger Tips

amboikan main campak pun jadik...memang hebat tau..
meleleh tau saya nengok kek nih...
ok la nih tak selekeh pun..
janji ianya sedap dan dibuat dengan penuh kasih sayang gitu...

lizz said... Best Blogger Tips

amboikan main campak pun jadik...memang hebat tau..
meleleh tau saya nengok kek nih...
ok la nih tak selekeh pun..
janji ianya sedap dan dibuat dengan penuh kasih sayang gitu...

NzA said... Best Blogger Tips

wah mmg tabiklh..ada baby pn smpai masak kek bagai..akak ni sejak ank2 dh besar makin "M" nak masak2...huhuhu....

Anonymous said... Best Blogger Tips

tq share rezepi, nk suruh angah try buat nnti hehehe

Masya said... Best Blogger Tips

mengiurkan lama x buat.. ni versi kukus yer.. cam sedapp jer...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

rajinnya...aritu cheesekut..

Cho Zila said... Best Blogger Tips

alamak bestnyer.. dapat ngapni sepotongpun dah puas hati kot...

Nastyna said... Best Blogger Tips

kami stok cheese selalu duk ada dalam tapi papa JJ tak suka ciskek, bagi dia cis adalah untuk dimakan secara ruji, bukan untuk dibuat manis2 dengan kopi hahahaha terus potong stim I yang dulunya hantu ciskek. tapi nak try buat jugak la one of this day one of ur ciskek hehe.

Nadhirah said... Best Blogger Tips

:) blogwalking sini . . mohon singgah blogshope sy : http://ayraashoppe.blogspot.com/

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Itu dia... dalam pada sibuk menjadi juga kek sedap. Aroma sunquick tu yg menggoda pastinya..

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

humai...me. me.love cheese..meleleh tu PK>.

AtieYusof said... Best Blogger Tips

aduii! sedapnya nampak...rajin btl lah PK ni..semua menjadi plak tu..hehe

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

ermm dapp ...bolih cuba nanti..

sal ya said... Best Blogger Tips

Janji sdp.

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

nak juga.... hehe

nurbijen said... Best Blogger Tips

wah, mmg sempoi jer caranak buat... tak perlu buat base pun... ada masa nak cuba cara ni pulak.... sblm ni mmg buat cheesecake guna cream cheese.. lain kali boleh guna cheese slice pulak

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Dalam pada banyak 'gangguan luar' tu boleh juga mengukus kek keju. Saya ni peminat cheese ya PK. Saya kalau apa sahaja letak cheese, memang saya tak peduli siapa depan mata walaupun mak mertua sendiri. Kek selekeh kalau rasa sedap pun duli apa. Bukan nak buat jual online pun, buat masuk dalam perut kita aje.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Sempat lagi buat kek di saat Afia nak tido ya. Memang ibu yang cekap ni. Papa N memang cukup gemar kalau kek keju.. saya je yang malas nak buat. Tengok PK buat ni, mula nak rasa teringin.hihi

Unknown said... Best Blogger Tips

kalau tekak stu family bleh terima cheese xpelaa..husna sdiri pon boleh than yg skit2 je.. :(

anamizu said... Best Blogger Tips

kalo dah jenih mmg suka ke dapur,
mmg xyah main sukat /timbang dah.
main cmpak je konfem jadi ! hehe

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

eh mcm tak leceh sgt buatnye yer kutu. nak coba lahhh...