Pixajoy

Monday, March 31, 2014

Home » Teluk Kemang

Teluk Kemang



Lepas mandi kolam kami balik bilik bersiap untuk checkout. Terlanjur dah datang PD sebelum balik wajib la singgah dekat Teluk Kemang. Sebab dah malas fikir mana tempat nak lunch, terus kami isi perut kat sini. Boleh tahan sedap juga. Orang nogori masak lemak cili api memang meletop la kan. Berduyun manusia makan kat sini. Paling best coconut shake dia sedap. Tak kuasa aku nak beraksi jurugambar di tengah orang ramai. Katanya blogger pun kena kontrol sahsiah jaga reputasi juga.

Lepas makan Aiman request nak kencing pulak. Dah tak pasal-pasal dia baik punya pancut dekat rumput sebelah pokok. Mana kuasa nak cari toilet ditengah panas membahang. Senang kan jadi orang lelaki.hehe. Adik aku je pergi beli T-shirt dan key chain dekat deretan kedai yang ada. Aku tak minat nak membelek takde benda nak beli jadi tunggu kat bawah pokok sambil snap aksi dua beradik ni.



Ini budak comel macam biasa aktif bebenor. Berdiri ke sana sini nak panjat meja segala mak nenek naik semput ibu nak mengepung. 


Aiman kontrol macho je dengan senyuman muka selambak dia ni.


Orang nak bergerak aktif dah dipaksa bergambar, melalak la anak dara aku. Aiman muka rentung sungguh sekarang ni ye. Dahla memang jenis kulit tak berapa nak gebu, kulit jenis cepat sun burn, hari-hari main panas kat playground gini jadinya. 





18 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

Cik Pia pun makin gebu ni, besor sungguh nampak dia dalam gambar tu. Itu la seney betui jadi orang laki, pancut jer mana2 hehehe.

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

comel adik..putih eh..
abg pun hensem..hitam manis gitu. senyuman tu cair.

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

seronoknya mereka berdua..nampak senyum kepuasan pada si abang....

lieyalatif said... Best Blogger Tips

ooo cik puan kutu pun ke pd jugak yeak heheeheh...ramai tol ke pd cuti2 ni kan ....

lieya kelako bace tang aiman kencing tu...betul ckp cik puan kutu, jadi lelaki ni senang..pancut je kat celah2 pokok heheheeh tu kalo time terdesak la kan.....

alahai comel nye dak kecik tuuuuu...afia meh sini aunty nak gigit2 pipi kiri ngan pipi kanan tu kekekekeekek

n O e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

seronok la aiman tu...dpt jalan2 masa cuti sekolah ...

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Singgah di Teluk Kemang untuk makan2 memang terbaik la Puan Kutu :D

Comey jer adik berdik dua orang ni :D

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

hehehe... cute je pic yg akhir tu, KA boleh dikatakan saban tahun mesti jejak PD Ni 2 -3 hari

zainatul abu bakar said... Best Blogger Tips

Bestla dua beradik ni dpt mndi pantai ye tak. Hehe

jemputlah ke blog perempuankampungmoden.blogspot.com

ros_reeza said... Best Blogger Tips

seronok kan kalau dapat main dua beradik ni :)

NzA said... Best Blogger Tips

org lelaki berkulit gelap xklisah kan aiman...he3x....

- AZIE - said... Best Blogger Tips

sekali imbas..aiman n aifa ni mcm xsama pulak..lain...

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hehehe..kesian afia..

lizz said... Best Blogger Tips

kemain lagi dua beradik ni..pi bercoooti cooti bestnyer...

mama ila said... Best Blogger Tips

hye afia..heheheh..comel lah awak nie..seronoknye dapat jenjalan PD =)

LydSunshine said... Best Blogger Tips

kat rumput pun boleh la aiman. Hahaha...

Afia ni kadang2 nampak mcm muka luth pun ada. Hehe.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Teluk Kemang mmg wajib singgah PK...kalau tak beli pun wajib cuci mata....hehe
Alah budak sekolah....biasalah.....suka msin panas!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Rajinnya PK menulis.. eh, saya yang dah lama tak menulis, bila dah datang ni rasa banyak pula semua orang menulis.

Seronoknya.. ai Aiman, dah tak tahan ya.. hihi. Kalau fikir pasal ni, kira mudah juga jaga anak lelaki. Kan?

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hello, hello, apa khabar besan? Ni dah kembali semula nak meroyan kat sini. Rindu ek? Huahaha... memang kesianlah dapat besan kuat perasan ni.

Aiman, nasib baik ibumu yang photokelapa tu tak snap gambar Aiman main pancut-pancut kat pokok bunga melur. Kalau tidak, Aunty tak tahu apalah perasaan future girlfriend Aiman nanti bila membacanya. Rate dululah PK entri kalau ada gambar-gambar seksi cam Abah ngan Aiman dulu tu. Opsss.... mulut memang tak insuran beli nak ngumpat!

Nak puji gak...comelnya buah hati Mommy nih.... apa senyum-senyum sorang? Jeles ke?