Pixajoy

Wednesday, March 12, 2014

Home » Selsema & Video Afia Tunjuk Hebat

Selsema & Video Afia Tunjuk Hebat



Ohh satu famili kena selsema. Bukan nak salahkan cuaca, tapi cuaca memang mainkan faktor penting pada kesihatan. Sejak cuaca sejuk sampai kemarau macam sekarang boleh dikatakan setiap bulan Afia tak sihat. Ibu yang tinggi daya imun pun dah soseh soseh nyeh hingus. Tekak kering suara berubah dah ni. Tu pun ada hati jadi tarzan lagi. Mangsanya tentulah Aiman.

Paling kesian dekat si bambam la. Dari semalam tak berhenti dok bersin sambil meleleh hingus cair dari lubang hidung kepek dia tu. Sekali aku lap, sekali tu dia merengek tak puas hati. Marah sungguh dia. Tadi ambil kat pengasuh pun muka monyok. Tak ceria langsung macam biasa. Bila ibu buat lawak dalam kereta pun dia boleh buat derk. Jangan sampai demam sudah la nak.


)

Video semalam ni. Macam biasa santai petang takat depan sliding door. Muka sememeh ruam dekat pipi. Ini budak memang kuat jerit. Dia tunjuk hebat sekarang dah boleh berdiri lama sikit. Kaki dah kuat tak lama lagi boleh jalan kot.







12 comments:

BUNDA said... Best Blogger Tips

Orang dewasa pun on off kesihatan...apa lagi budak2. ...

sal ya said... Best Blogger Tips

cepat betul anak2 ni besar kan?

lizz said... Best Blogger Tips

sekarang ni memang musim batuk selsema ...lagi la bila jerebu ni kan...moga cepat sembuh yer...ala takleh nak tengok video afia ni huhu

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Cuaca mmg tak menentu sekarang ni PK...selsema mmg cepat betul menghinggap, minum air banyaklah PK....
Tu kalau dah dapat kaki sok tu...emm lagilah tunjuk action tu hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ni dah start jerebu balik kat sini. Sesak nafas rasanya. Mata pun dah pedih-pedih dah ni. Kalau kita yang sakit takpa, tahu nak buat apa sebab diri sendiri merasa. Kalau anak-anak yang sakit aduhai, terseksa rasanya. Cakap kat Afia tak payahlah sibuk nak menghirup udara nyaman kat luar pintu rumah. Lebih baik kuak lentang atas katil aje, lagi best.

NzA said... Best Blogger Tips

Alahai, kesiannya afia..moga cpt ok ye sayang.....

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Alahai comelnya Afia...
Dah baik ke selsema korang tu? Harapnya dah ok ya.. kita yang besar ni ok lagi kalai selsema..budak2 nati tidur pun meragam kalau tak selesa hidung..

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

comeynyer.. musim sakit2 skng ni cuaca x brp nak baik. jaga diri & keluarga yer

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Kalau selsema hingus putih kira okay lagi la tu. Harap2 cepat la sembuh ye Afia. *tak leh tgk video sbb blocked kat ofis ni.

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

biasalah keadaaan cuaca selalu mempengaruhikan... Qayyum hari tu demam sampai warded le sekarang sumaiyyah pulak...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

Ini memg geng qisya ni...confirm, suka menjerit huhuhuhu...sepesen dgn qisya ni

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

kuat jugak menjerit yer