Pixajoy

Sunday, March 09, 2014

Home » Resepi Pisang Roll Goreng

Resepi Pisang Roll Goreng



Walaupun dah lama jadi najis nak gak tempek kat sini resepinya. Senang nk refer nanti. Biarlah aku namakan sebagai Pisang Roll Goreng saja. Macam tak sesuai pulak nak kata pisang molen padahal rupa ada bau-bau bacang je. Pisang molen pun tak mengaku sedara. Cara nak gulung pisang korang boleh tengok kat SINI. Aku buat tak ikut step sangat. Janji pisang tu digulung oleh tepung. Tu pasal tak senonoh, badak je bentuknya, saling tak tumpah macam aku yang kuat mengkedarah.kehkeh


Untuk doh : Campur dan kacau guna tangan (500g tepung gandum+2 sudu marjerin+2 sudu gula+2 sudu mauripan+1 sudu garam). Bila dah sebati baru masukkan air uli sampai membentuk doh yang tak melekat kat tangan. Rehatkan doh 30 minit atau lebih.

Kalau pisang besar boleh potong dua tiga supaya roll jadi comel lote. Aku guna pisang emas yang kecik tu jadi aku tak potong. Lepas tu dah boleh canai doh, bentuk panjang-panjang dan gulung. Dah habis baru goreng dalam minyak panas sampai kekuningan. Siap!







17 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.... menarik ni. Resepi hangat di pagi2 ni.. boleh dicuba nanti

ros_reeza said... Best Blogger Tips

wah nampak menarik ni.. nak try la :)

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Hurmmm... Sedapnya tu Muni :)

n O e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

wah...resepi baru ni...biasa noe buat roti role dgn hotdog jer

Muhammad Taufiq said... Best Blogger Tips

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

tak tengok pulak kesedapan sebab tengok afia dok ngodek apa tu....

NzA said... Best Blogger Tips

mengancam, terancam......nk kena buat jugak ni..TQSM 4 sharing....

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Sedapnya.....

Masya said... Best Blogger Tips

Pisang dlm tepung yer... X pernah buat, mkn pun x pernah... Selalu mkn yg bungkus dgn tpg letak dlm daun tu yg berkukus

- AZIE - said... Best Blogger Tips

nmpk mcm sedap gak ni, wpun xsama mcm pisang molen..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

perghh..... mmg terliur ni saya tgk...

lizz said... Best Blogger Tips

Ni bikin telan ailio n lapo nih..harus saya cuba nanti...

rohalili hassan said... Best Blogger Tips

pisang roll la pulak..tu hari jenguk OKje pisang goreng cheese..macam2 resipi pisang yang ada sekarang kan PK! boleh tahan mengoda pepagi ni,boleh buat bekpes ghasenyer ni..tepung salut pisang tu rasa tawar jer ker PK?

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

haish..ini bikin lapaq time2 petang gini..pergh sedap kan makan time hot2..

sal ya said... Best Blogger Tips

menarik nih...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Eh, napa takda bebelan kat sini? Boleh terlepas pulak entri ni rase cam dah baca aje.

Err, pisang molen tu pisang apa? Yang kita tahu pisang tanduk, pisang abu, pisang apa lagi ek... Nampak nau ler jarang jumpa pisang kita ni yek!

Jap eh, tengah berfikir! Kalau pisang roller blade goreng ni best, napa Afia tak heran pun? Still budak ni dok tengok seni kreatip perabut tu...nape ek...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

wah macam best/// xpernah jumpa lg ni