Pixajoy

Sunday, March 30, 2014

Home » Outing Tanpa Abah

Outing Tanpa Abah



Kisah semalam. Pertama kali aku drive bawak Aiman Afia pergi Tesco. Muka dan gaya macam ganas kan, hakikatnya aku hanya drive dekat-dekat tak pernah pergi jauh. Macam la Tesco tu jauh sangat. Aku selama ni drive tak jumpa banyak traffic light. Sekarang baru agak konfiden nak memanjangkan langkah. Tempohari berani dah ambik en suami dekat bus station. Lagipun bila lagi nak berdikari, selama ni asyik dok bawah ketiak masam en suami apa kes.

Waktu abah ada Aiman sentiasa behave. Sebelum pergi abah dah pesan tak mau mintak mainan. Kata Aiman, "Aiman memang tak mau mainan, Aiman nak beli buku cerita je". Ye ye je kan, cuba tengok kalau abah bagi green light. Selalunya bila abah takde kena guna nama abah sebagai senjata. Buat apa, mintak bukan-bukan ibu report kat abah. So far cara ni sentiasa berkesan.

Alhamdulillah baik-baik saja anak ibu. Aiman dah besar memang banyak membantu. Dia yang jadi tukang tolak troli dan tengokkan adik. Afia sesekali meronta juga dalam car seat, bila bagi benda pegang baru dia leka. Bila dirikan dia dalam troli suka benar. Gedik goyang sana sini. Tapi tak lama sangat suka, lepas tu mintak dukung semula. Jadi la buat ibu melepas lelah.  


Membiarkan Aiman tolak troli sampai aku menonong je ikut dia ke kaunter. Dah baik punya letak barang yang dah tentu lebih daripada sepuluh, adik cashier baru nak cakap yang tu kaunter ekspres. Gasaklah aku buat muka tebal. Nak salahkan Aiman macam tak patut. Tak selalu kot ibu ke kaunter untuk buat bayaran. Selalunya aktif di maybank2u.hehe

Selamat pergi selamat kembali, poket je tak selamat...:)




9 comments:

umi alya said... Best Blogger Tips

sikit jer belinya, kalau akak kalau tak cecah RM200 dan ke atas, memang 'tak sah', rabang mata jadinya, tengok tu berkenan, tengok ni berkenan.. membeli ikut nafsu..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@umi alya

mana akk tau sikit?katanya salah masuk lorong ekspress..barang beli berkepuk2 mujur adik cachier kata takpe..klu tak jenuh ambil brg semula dr kaunter masuk troli.huhu

mama ila said... Best Blogger Tips

Hehehe..xper..silap kaunter skali skala =)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Aiman dan Afia goodboy nampaknya.. boleh ibu bawa jalan lagi lain kali. Saya baca yg MD bawa anak2 jalan saya dah jeles. Tak berani saya. Ni PK pun sama. Fikir2 balik rasanya saya ni sebab saya risau naim buat hal bila dia berkenan nak beli sesuatu. Bukan boleh jangka dia ni. Tak layan dia kita pesan tak boleh beli barang mainan ke apa. Aiman good boy la dgr ibu cakap..

nurbijen said... Best Blogger Tips

Bagus anak2 PK... well behave bila kuar jenjalan... lain kali boleh la outing lagi tanpa ayah, yer tak Aiman?
Cashier tu tgk muka sweet Afia kot, tu dia pun redha jugak walau barang satu troli.... hihihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Nasib baik Afia masih sopan-santun lagi tak pandai meminta itu ini. Boleh dah ni PK keluar bertiga. Si Aiman pun dah leh take over tolak troli. Emak tugasnya campak baling bayar aje. Jimat dah tugas kat situ :)

Alah, saya pernah aje HD suruh beratur kat kaunter untuk org mengandung sebab pakai baju orang mengandung walaupun anak dah setahun :) Lepas apa ...

Masya said... Best Blogger Tips

untung² x kena beratur lg...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

amboi afia..dh pandai berdiri..

husna zahidi said... Best Blogger Tips

kalau dah p tempat mcm tu mmg poket tempah maut la kak..hehehe..