Pixajoy

Monday, March 24, 2014

Home » KAD BIRTHDAY GIVEAWAY MAC 2014 | Haslizalizz.com

KAD BIRTHDAY GIVEAWAY MAC 2014 | Haslizalizz.com



Teruk aku kena buli dengan si bambam sekarang ni. Dia punya ligat memang semput nak mengejar. Dah tu garang wey, tak reti dok diam seminit.  Nampak gaya macam jenis tak makan saman. Entah ikut perangai siapa. Masa nak mengadap blog dah terhad. Kat tempat kerja aku memang jarang online. Balik rumah kira mengulit si bambam. Tak mau tidur buai langsung nak mengempeng ja kerjanya. Nak menyapu sampah mengemop pun ambik masa berminggu-minggu. Minggu ni buat kat ruang tamu, minggu depan pulak baru boleh buat kat bilik. Baju yang dah basuh berguni tak berlipat-lipat. Marah laki aku cari seluar kecik tak jumpa.haha.. Lari tajuk dah aku bebel.

Lemau je aku nak update pasal holiday pun. Memikirkan yang minggu ni aku akan sibuk bekerja, gigih ni nak join jugak untuk anak bujang aku sampai sanggup balik rumah lunch tadi angkut netbook bawak opis. Digital birthday card cantik menawan lizz nak bagi, haruslah mencuba nasib. Tak usaha manakan dapat hasil.cheewah..




Nama : Aiman Mukhlis Bin Mustaken
Umur : 7 Tahun
Tarikh Lahir : 20 Mac 2007


saya menyertai Kad bithday giveaway Mac blog haslizalizz





7 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Mudah-mudahan menang ya, PK. Cantikkan digital card Lizz buat. Saya nak tunggu bulan June, Aug, Sept dan Nov. Itupun kalau dia buatlah dan kalau dia nak pejam mata kasi saya menang tanpa bertanding..hehehe!

Oh, bambam tak makan saman ye! Sama ajelah dengan si kecik kat sini. Ligat mak datuk. Siksa jiwa raga dan semput nafas ni. Baru aje tunjuk tangan nak marah, dah berlakon berjuraian air mata. Dia fikir dapat jadi hero Ariana Rose untuk versi 2020 kot. Geram betul saya. Kain baju kalau tak lipat leh pass kat saya, kalau dekat ler. Sap sap soi aje saya lipatkan :)

Tuan Juhaida said... Best Blogger Tips

Good luck ye sertai GA tu hihi.mmg sbg ibu bkerjaya...byk betul benda nak kena buat hihi.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

garang afia ni yer...

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

gd luck mudah2an rezeki PK nanti sapa taukan !

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Good luck.. kalau ada rezki tak ke mana.. lawa la posing Aiman tu.. harapnya ada rezki ya..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

good luck PK... heheheh comei betul aiman ni... hahahah

anamizu said... Best Blogger Tips

wahhh sempat jugak tu PK join hehe.
gud luck utk PK ! hehe