Pixajoy

Sunday, March 30, 2014

Home » Selagi Tak Tutup Mata 2

Selagi Tak Tutup Mata 2



Selagi Tak Tutup Mata

Random pictures aktiviti makan-makan. Bak kata en suami, kita ni habis duit kerana makan je. Katanya nikmat hidup, selagi tak tutup mata kita makan. Waktu sihat sebelum sakit kan. Pun begitu makan kena beringat juga. Walaupun sakit tu ujian, jangan sampai sakit kerana makan sudah. Dah kenapa pulak aku ni?haha..Layan!


Kali ni buat Puding Roti Kukus aku derhaka letak banyak roti. Kat rumah ada kismis tapi aku suka plain macam ni. Aku memang tak suka makan kuih, roti atau kek yang ada kismis. Bagi aku kismis hanya enak dimakan begitu saja. Macam biasa la nafsu tekak yang lebih, makannya tak semegah pun. En suami hadap sorang sikit lagi nak habis satu loyang. Benda ni memang kesukaan beliau.


Nyum-nyum Nasi Lemak Homemade. Sesekali buat sendiri memang best. Mewah dengan lauk pauk lagi. Cuba kalau beli kat kedai. Kau agak sepinggan macam ni berapa? Sambal udang semangkuk tak berapa luak. Aku sekarang dah mula pantang sikit udang dan sotong. Kesian dekat Afia kulit dia sensitif. Aku agak je bila aku makan seafood kulit Afia mula buat hal.


Motif utama nak tunjuk Pulut Udang/Pulut Panggang ni. Tempohari aku dok gian makan benda alah ni sampai setiap hari pergi beli. Makan sampai muak dan sekarang tengok pun tak terliur. Dekat area rumah aku ada satu kedai ni je jual kuih tujuh bijik, RM2. Percaya tak RM2 macam dalam piring ni aku sorang boleh habiskan?ngehngeh... 


Nasi Goreng Bodo Bersate. Menghabiskan lebihan sate yang di beli dekat pasar malam. Aku panaskan semula guna pemanggang ajaib makan dengan nasi goreng bodo untuk breakfast. Malamnya terlalu kenyang sangat, sebungkus pulut durian aku hadap licin. Bab pasar kena salahkan en suami. Beliau yang rambang mata. Bila bini gemuk pandai beliau psiko.haha..


Ikan Nyoq-nyoq Masak Kari Bersama Hati Pari. Hari tu en suami bawak balik ikan nyoq-nyoq putih ni aku pergi masak ala stim. Mana aku tau ikan  ni sedap masak kari. Dah jenis tak kenal spesis ikan. Ambik dua ekor sekali aku masak kari. Tak makan siap!haha..Yang spoilnya hati pari tu dh pecah dalam kuah. Tobat ni first time aku masak hati ikan besar camni. Ada petua tak tak nak bagi hati ikan hancur?Aku rasa aku takde usik sangat pun hatinya masa dalam kuali.

Kalau kenyang tunjuk kepala gajah pun tak terliur. Cuba kalau lapar!




12 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

Wah semuanya sedap sangat

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Nasi Goreng Bodo Bersate tu nampak mcm paling best hahaaa.. Jual dalam Airasia memang laku tu :D hehehe

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Sukalah dgn tagline suami PK ni. Bagus juga kan. Senang hati kalau dpt makan apa yg kita suka. Ada orang tu pasal makan kedekut atau berkira, tapi bab lain berlebih. Tak ada nikmat hidup betul.. hihi.. bagi saya yang sederhana nilah.. kalau kaya raya tak kisah berhabis makan, melancong dan beli semua barangan mewah...

nasi lemak PK lauk banyak..kenyang tu..murah pulak harga kuih kat sana, dapat lagi rm2 utk 7 biji. Sini kebanyakan 5 biji rm2. Dah la kecik.. kurus je PK, nak makan habis dua pinggan pun oklah..

Umialya said... Best Blogger Tips

rajinnya PK

nurbijen said... Best Blogger Tips

Kalau rumah ni buat puding roti, saya dah Irfan saje la yg tukang perabih... yg lain2 mmg tak pandang :(
Wah, kemain mewah lagi nasi lemak tu... mmg berbaloi bila buat sendiri... mcm2 lauk ado :)
Hati pari? Makan pun tak pernah, apatah lagi nak kongsi petua... hihihi

Chot said... Best Blogger Tips

pehh..kemain akak makan...haha..seronok tgk org mkn banyak. Selera je.

MrJocko said... Best Blogger Tips

Sedapnya nampak kuih pulut bakar tu

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Mewahnya kalau bab makanan nih. Mestilah nak makan selagi terdaya, kalau dah tak boleh nak mamam, terliur ajelahkan...

Saya tak pernah tengok hati pari gitu. Bukan setakat ikan aje tak kenal, sayur-sayuran pun sama. So oklah kalau PK tak kenal spesies ikan dah bakal besan pun sama sengalnya :)

Sedap nasi lemak buatan sendiri tu. Kalau beli dah tentu-tentu kena mahu lebih RM10 kot.

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

lapar pula tertiba.. hehe

Masya said... Best Blogger Tips

hati pari?? seyes x pernah makan.. jauh sekali nak masak....

meriahnya nasi lemak siap ada sambal sotong

- AZIE - said... Best Blogger Tips

hati pari tue sy xpernah mkn..tp dkt kantin ofis selalu wat..sold out pulak tue!!

Unknown said... Best Blogger Tips

owh..ada ea ikan nyok2 style kecik.. husna pnah tgk style besaq tu jaa..:p

akak pnah mkn sate semeling?? yg org dok canang murah tu.. mmg murah kak.. 35sen jaa scucuk..:)