Pixajoy

Friday, March 14, 2014

Home » Aiman Si Pemamai

Aiman Si Pemamai



Sejak dua menjak ni Aiman selalu terjaga waktu tidur mimpi buruk menangis ketakutan. Meleleh air mata dia panggil nama ibu. Kadang-kadang sampai peluk abah sambil nangis. Aku suspek dia letih sangat, sebab tu mengigau yang bukan-bukan. Dia tak takut tidur sendiri dan biasanya akan lupa tentang mimpi bila ditanya esok hari.

Cerita malam tadi. 

Aiman bangun untuk salin seluar sebab dia dah kencing malam (yang ni penyakit keturunan kot.hihi). Dah lepas masuk toilet dan kencing aku nampak dia pegang baju. Aku tidur dekat bilik sebelah toilet jadi kalau dia bangun biasanya aku akan sedar. Dalam keadaan separuh mamai aku pun tegur suruh dia ambil seluar dan pakai. Buat apa ambil baju, ambil seluar dan pakai, aku ulang kemudian sambung tidur. 

Bila en suami balik kerja aku pun bangun. Aku tengok Aiman tidur tanpa seluar. Baju yang dia pegang masa keluar toilet tu dia pakai terbalik. Yang tak boleh tahan tu, dia pakai baju dua lapis. Masa tidur dia dah pakai baju. Lepas kencing dia sarung lagi satu baju. Dia sangka dia dah pakai seluar dah la tu. Tak sanggup aku nak rakam aksi tak senonoh dia. En suami pegang anu dia pun boleh dia tak sedar.muahaha..


Hari tu dua kali mandi tengah malam sebab dia ingat ibu kejut suruh mandi pergi sekolah. Ibu kejut suruh bangun kencing je. Kali ni dia buat mamai lagi siap aksi 18 sx. Macam-macam!

Semalam dengan konfiden Aiman kata,

" Ibu..Aiman jumpa dah kapal terbang yang hilang tu. Dekat belakang sekolah Aiman.."

Boleh macam tu?


* Semua peringkat umur terkesan dengan kehilangan MH370. Aku tidur sampai dua kali termimpi-mimpi. Teruskan berdoa semoga misteri terungkai.







28 comments:

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

alolo tomey2 montel2 nyer dia....
Salam ziarah dari bunda dan selamat berhujung minggu...

#doauntukMH370 :(

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Penat tu kot Muni... Sebab tu termimpi-mimpi. Hehe... Kes amai2, confirm lain dibuat, lain jadinya. Hurm... Tu la kan... Mintak2 cepat2la mh370 tu dijumpai...

NzA said... Best Blogger Tips

alahai amin...kesian pulak smpai tidur terganggu...kalau boleh PK buatkan air yasin utk aiman tu..yelah budak2 ni mcm2..moga dia akan ok..akak ingatkn akak je trbawa smpai ke dlm mimpi. akak mimpi krew n penumpang meminta tolong n baby tu menangis xhenti2..aduyai, bangun pagi bergenang air mata.....sama2lah kita doakn utk mrk.....

Unknown said... Best Blogger Tips

salam ziarah dihujung minggu...alahai,Aiman...aiman!!hihi

Cho Zila said... Best Blogger Tips

Baca tergelak2 mengenangkan perangai budak2ka... macam2 hal

Unknown said... Best Blogger Tips

haa sama kes la ni ngan anak dara sorang aq tu..selalu dok mamai jer hendak2 if tidok petang selepas balik dari sekolah..ermm penat la tu..tapi idak la sampai terkucil hehe..

#Doa buat MH370 :(

Nastyna said... Best Blogger Tips

hahaha Aiman punya versi mamai mmg takleh blah, bahaya gak ni, harap tak membawa sampai ke besar yer mamai tu. Like my brother la, penat sangat selalu meracau bercerita time tidur, senang kot nak korek rahsia dia ni muehehe.

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

gebu betul si aiman ni...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. kelakar Aiman ni. Kuat mamai ya. Siap mimpi pasal MH370 lagi tu.. haha..

Umialya said... Best Blogger Tips

penat sangat kot sampai termimpi2

Unknown said... Best Blogger Tips

Eh eh eh..mamai aje keje aiman ni..nasib baik tak mamai buka pintu merayau-rayau malam2..bahaya tu..hehehe

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Cuba ikut petua kakak ni. Suruh en abe tonggengkan Aiman sebab nak suruh ibunya bimbang juga AIman tu montel (ibu tak kuat ye Aiman).. pegang kaki ke atas kepala ke bawah (pegang kuat-kuat tau). Buat sebelum tidur bagi elakkan kencing malam. Kesian malam-malam kena mandi..

lizz said... Best Blogger Tips

hehe saborjerla...siap mimpi pesawat hilang tu yang tak menahan tu...

lizz said... Best Blogger Tips

hehe saborjerla...siap mimpi pesawat hilang tu yang tak menahan tu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

hehehe lucu ler pulak.. doakn terus MH 370 yer

lieyalatif said... Best Blogger Tips

heheeh aiman..aiman..tegelak2 aunty lieya bace kisah awak ni tau...tapi siyes comel heheheeh

cik puan kutu tau tak, si mia pun ade peel mcm aiman nie...kalo tgh tdo pastu kite kejutkan mesti die mamai n buat bende bukan2...sebab tu takleh kejut sebarangan ....kite yg berhangin nak layan kang hahahaahahahah

Mummydearie said... Best Blogger Tips

PK, kena salurkan maklumat tu ke pihak yang berkenaan. Manalah tahu memang betul MH370 tu kat belakang sekolah Aiman aje :)

Oh, ibu ni ... sapa suruh buka rahsia gelap cam ni ! Mesti bila Aiman dah besar, dah pandai main jeling2 dgn gegirl sure dia malu gila kalau nampak entri nih. Semua adegan SX pulak tu tak leh parental guide langsung :)

Kencing malam tu ikut keturunan yang mana yek? Ibu ke Abah ni ...

Sebenarnya mamai pergi mandi gi sekolah saya pun pernah mengalaminya. Pernah juga lompat katil pagi Ahad yang indah sebab fikir dah lambat bangun nak gi kerja, ya. So jgnlah suka hati terbahak-bahak aje nak gelakkan orang :)

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

hehehehe....letih sangat agaknya sampai masuk dalam mimpi...dulu anak noe pun asyik kencing malam je...lepas tu makin kurang...makin kurang...

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Aiman ada kuasa psikik kot huhuu..
Baca2 je zikir sket2 pada aiman sebelum tido.. doa ibu insyallah makbul untuk anak nya :D

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

aiman tak kisah..hehe..takpa bab kencing malam...nnti pelan slow la tuh..budak2 byk peel dn ragam kan..hat kata jumpa kt sek aiman tuh la ..tak leh blah..hehe..mamai jmpa MH370 gitu..heheh..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Helo, helo ! Mana pi ni menghilang lama sangat. Tak cukup kakitangan menguruskan rumah dan keluarga ke atau tak cukup tidur ni ...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Tak tanya dia mimpi ngeri berkenaan apa? Mungkin kesan drpd apa yg dia lalui masa siang tu kot. Ce tanya dia kot2 dia ada kena buli ke. *hehe.. mula la nak buat gaya ahli saikologi ni.

Unknown said... Best Blogger Tips

Oh Aiman tidak ... jangan ibu pergi ambik gambar letak sini pulak...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

aimannnnn...lawakla awak ni hehehehe...tp tetap cumel!!

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

hihihi..aiman..aiman..
nanti dah besar lagi hilang lah mamai tu..anak akak pun ada yg macam tu..tapi aiman punya mamai lagi kelakar..:)

PetakBunga said... Best Blogger Tips

Kencing mlm ikut sapa ni..
Alamak dah awek tau ni.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hahahha lawak la aiman ni.. sambil sengih2 saya baca... keturunan ibu ke abah tu? hihii

Masya said... Best Blogger Tips

HAHAHA.. AIMAN².. MENGIGAU RUPANYA...