Aku nak review sikit resort yang kami dok masa kat PD tempohari. Parents kawan adik aku dok sini, jadi adik aku pun dok promote kata tempat ni ok. Sebelum aku pegi dia siap pm gambar bilik dekat facebook. Aku ni jenis tak kisah la sangat janji ada tempat tidur. Kalau en suami pulak wajib kena ada kolam renang. Tiga tahun lepas kami chek in hotel dekat area Teluk Kemang memang jalan kaki je ke pantai tu pun tak teringin langsung mandi laut. Berkubang dalam kolam juga. Dasar jakun jumpak pool, orang kampung katakan.haha
Corus Paradise Resort ni jauh sikit dari Pantai Teluk Kemang, dalam 10 km gitu. Area PD bagi aku bukan ada apa sangat cuma terkenal dengan pantainya je kan. Tu pun pantai tak bersih mana. Kalau nak mandi laut lebih baik pergi Pangkor. Adik aku yang tiga tahun dok sini pun mati kutu tak tau mana tempat nak teroka. Siapa orang PD jangan terasa double meaning pulak.hiks
Resort yang kami duduk kira macam kondo 2 bilik, semalam RM130 sahaja. Ni pun deal dengan budak yang sama parents kawan adik aku tu. Yang parents kawan adik aku dok tu bilik kecik sikit dari kami. Harga mungkin berbeza kot. Dia kira macam ulat tiket tu tak payah pergi lobby daftar bagai sampai je budak tu dah tunggu depan resort terus tunjukkan bilik dan bagi kunci. Kami check in dulu tinggalkan Ain dekat poli sebab dia nak pulangkan jubah, ambik transkrip and so on. Nanti Ain dah selesai dia pergi ambil barang dia dekat hotel pastu kawan dia hantar sini.
Acu Ain dan anak-anaknya dimuka pintu. Masa kami datang bukan weekend dan belum cuti sekolah jadi banyak bilik kosong. Aku perasan macam kami je kat area kondo ni tak ada orang lain. Yang penting balkoni belakang ada view laut pastu bilik pun dekat dengan pool.
Bilik tidur utama. Sampai bilik pun tak boleh nak tidur jugak melayankan si chubby dan si bambam. Melompat tergedik-gedik atas katil dua beradik tu baru keluar zoo katakan. Memang dah lama tak jalan jauh. Ini kira macam first time travel paling jauh untuk Afia. Berjam-jam gak aku tahan mata sampai akhirnya Aiman dan Afia tertidur barulah ibunya dapat lena dengan aman.
Bilik tidur kedua. Yang ni port tidur Aiman dan Acunya. En suami dah rasmi dulu, bukak air cond kuat-kuat dengan tak pakai baju tidur mengangkang dalam bilik ni. Kasi chance en driver berehat melepaskan lelah. Beliau memang bijak, aku gak yang kena hadap dua ekor kanggaroo comel dekat bilik tidur utama.hehe
Ni area ruang tamu. Cik pia macam biasa kalau tak menyelongkar je kerjanya. Pantang dibiar habis satu rumah dia mop. Dah la lantai tak berapa nak bersih sangat. Ada sedikit kureng disini. Aku datang nak holiday tak hingin aku nak pegang penyapu. Kat rumah hari-hari dah jadi maid tak berbayar.
Kawasan dapur. Mangkuk cawan polisterin dia bagi. Oklah dari takde!huhu..Peti ais tu bila aku tansfer makanan Afia dari cooler bag masuk dalam, dari atas sampai bawah beku. Aku letak air nescafe tin tak habis minum dekat highway pun membeku dengan jayanya. Boleh gak la dari takde!
Kawasan bilik air pun tak bersih. Air takungan tu entah bila tahun tak replace. Geli je nak guna getah paip berlumut dok dekat dalam kolah. Rela aku tahan berak. Aku kencing pun dekat area tempat mandi yang ada pemanas air ni.haha..
Ni aku snap view laut dari balkoni belakang. Hari kami check in air laut surut, esoknya baru nampak cantik bila air laut dah pasang.
Eh puan blog tintong pun nak enterframe. Clap ur hand Afia kerana ibu sibuk pandang kamera tak peduli si bambam.huhu..Semuanya view dekat area resort. Lawa gak la cuma bilik je agak berhabuk sikit. Bayar RM130 je lagi mau komplen banyak plak. Apa pun sepatutnya kena utamakan kebersihan la kan. Overall not so bad, padan la dengan harga.
Kolam renang. Continue nanti dengan acara berkubang. Korang hadap je la gambar berkepuk lagi ni nak keluar.
14 comments:
ooo ada orang jaga mungkin under persendirian kot PK..tu yang bilik air tak dicuci..
kalo yang hotel ada housekeeping..selalu after orang check out dorang cuci..
geram tengok afia..
amboih cik kutu datang n9 kenapa x cakap kalau tak boleh datang rumah mama, boleh kita ghatering sama2.... PD mmmm mama sendiri pun kalau kesana lepak lexis je.... tempat lain tu macam tak berapa nak berkenan sangat le... hehehehe
salam Puan Kutu..hadoiii bab bilik air yg tak bape bersih tu yg buat mood bercuti kureng sikit kan Eija...
130 je per nite ek? kira ok gak la tu.. haah la maybe sbb persendirian punya tu yg jns x brp nk jaga sgt tu. hurmmmm
tapi seriyes best nengok pool tu! kalo dpt berendam masa tgh siang panas, fuhhhh nikmatnya !
Alahai, semalam masa tgh taip komen si Nazif ni kacau.. ni kena taipkan semula semuanya.... hihi..biasalah kan kalau mama meniaga anak sambil BW.
Dah mula datang mood nak tulis pasal percutian ya? Bagus.. PK ni kan, cara dia menulis sokmo kelakar tau.. best nak habiskan baca kisah ni..
Cantiknya pemandangan pantai tu.. seronokla part tu kan.. lain2 tu redo jelah, ya.. semalam je tahan la..
RM130 semalam kira murahlah. Kalau saya tahu keadaannya gitu, dah tentu saya bawa baldi siap2..huhuhu...
Kesian kanggaroo comel bila makpak dah penat dan tak cukup tidur. Pandai-pandailah nak lompat kat mana...
Bab swimming pool tu nampak macam best aje. Saya dan family kalau ke PD memang tak heran laut, kita nak berehat di bilik tidur sambil nyelam-nyelam sedut udara bersih kat swimming pool hotel. Lagilah jakun, ya tak!
harga ok la kut...tp bab bilik air tu...noe klu g mana2 pun mesti tengok bilik air dulu...hehehe
Murah jugak ye PK.. tapi bab bilik air kotor tu mmg tak berkenan sgt lah...hehe
wahhh... seronoknya bercuti!
MA amik cuti, date ngan adam aje.
rajin pia mengemop lantai. pasni, lantai tu bersih la kan =)
not bad la kan bilik besar with that price, nak harap bersih nombor satu...hmmm mmg payah la.
apartemn pun ada ulat jugak skrang ni... tapi kalau dpt bilik dgn harga mcm tu, berbaloi sgt... cuma kalau tingkatkan lagi kebersihan, lagi bagus...
Buleh dah tu ngan harganya. Macam sewa apartment pulak rupa dia. Elok utk family besar nih. Thanks for the review. Bleh consider sebab murah
view dia mmg cantik,
kalau time sunset ni rasa mmg best nie amik gambar.
not bad tmpt dia...tp yg pasti PD bukan lg pilihan bercuti utk masa terdekat nie...dh 3 kali bercuti di PD..
Post a Comment