Pixajoy

Monday, May 05, 2014

Home » Santai Taman Jubli SP

Santai Taman Jubli SP



Berangan kononnya nak buat makan-makan ala picnic dekat Taman Jubli untuk birthday girl sampai kesudah jadi angan-angan. Abah spoil, baik punya ketiduran. Next time abah kata kita pergi. Untuk tak menghampakan si chubby dan si bambam, hari Sabtu ibu bawak anak-anak ibu santai kat sini. Datang tanpa abah sebab abah kerja. 

Tengah cari parking terjumpa dengan opismate. Dia bawak anak-anak dia main kat sini juga tapi dah nak balik. Kami datang lepas Asar. Turun dari kereta si chubby tunjuk uncle yang biasanya jual sate ikan dekat kuarters. Senyum je abang tu sebab dah kenal kan. Macam biasa santap sorang sepuluh cucuk sate dulu sebelum mula main.


Nampak tak lidi sate ditangan kiri?


Cik pia asal berjalan je sandal kaki kanan asyik la tercabut. Praktis jalan sekejap terus ibu dukung.


Buai laju-laju sampai pokok sena, Awek kat sebelah tu siapa yang punya.hakhak


Sumbat Afia dalam ni untuk betulkan urat-urat ibu.huhu..


Posing sini bu..

Kata orang tua-tua dilupa jangan. Ibu cari port baik punya jauh sikit dari orang ramai untuk Afia berlatih pijak tanah. Praktis tak sampai dua tiga langkah pun. Penat ibu bagi arahan suruh jalan boleh dia bagi aksi Marilyn Monroe.haha layan!




Melihat Afia yang tak kuasa pun nak parktis berjalan, jom kita pusing satu taman. Dah lama tak tawaf sejak dah pencen jogging. Masa tengah semangat nak kuruskan badan dulu sini la port aku bakar kalori. Sibuk Aiman cari daun nak bagi rusa makan sampai sakit-sakit tangan satu ranting pun dia tak berjaya patahkan. Harap badan je besaq!




Sebelum balik Aiman request aiskrim. Makan dalam kereta sebab Afia pun dah mula nak buat perangai. Mana tak mengantuk, aku paksa-paksa tidur dari pagi dia keluar masuk bilik haram tak lena. Ibu jangan tanya dah dua tiga kali lelap dah.hehe Sogok sekejap dengan aiskrim ibu. Kira halal Afia kan dah besar dah setahun dah kan. Cuma bagi rasa je, ni pun kemain panjang lidah dia keluarkan. Jilat jangan tak jilat.haha



Kami pulang ke pangkal jalan hampir pukul 7. Sampai rumah bukak baju, basuh muka, basuh kaki, bagi nenen tertidur terus si bambam ibu.




18 comments:

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

comelnye afia..

Tihara said... Best Blogger Tips

comelnya 2 beradik ni
saya suka tengok si chubby comel ni
kalau saya jumpa mesti saya nyakat dia..
nampak frenly :)

cik atie said... Best Blogger Tips

bestkan dapat spend masa dengan famili... hihi

aIEn said... Best Blogger Tips

best nyer riadah ptg2 dgn anak2. x sabar nk tggu medina besar sket, blh bwak dia riadah ptg2 mcm ni =)

lieyalatif said... Best Blogger Tips

seronoknye dpt outing pi taman.... lieya tesenyum tgk pic afia angkat baju tu...adoi comel gile...heheheehehe.... geram tgk budak yg baru2 nak berjalan ni...tekedek2.... keletah yg mencuit hati .....

tang cukai sate ikan sebelum main tu syok tu...wajib kudap2 dulu sebelum main heheheeh perut dah kenyang sikit baru hati senangkan cik puan kutu heheehehehe

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Afia dah penat berjalan.. seronok makan aiskrim.. tapi abg dia lagi seronok makan aiskrim huhuu :D

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Wah, header baru ke itu? Lagi menawan gambar Afia letak situ. Barulah hari-hari nak datang skodeng. Amboi, Afia! Sekali suruh beraksi, ambil hah aksi Marilyn Monroe dia posing. Kelas menantu Mommy!

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

header baru tu..cantik sangat gambarnya..puas la Afia main kat taman tu...:)

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

owh! dah besar dah dia..dah pandai berjalan dah, sikit lagi berlari lagilah kalut ibu..

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

hehehe seronok habiskan wakut2 berkualiti dgn anak2 yer PK

- AZIE - said... Best Blogger Tips

syokla kalo sekali sekala g taman2 mcm ni..ish kat sini mcm xde je, kalo ada pun jauh huhuhuhu

GREENJADE said... Best Blogger Tips

kih kih kih...tutup mata auntie tgk aksi Marilyn Monroe si mmbam ni..

o ye..i like the buai laju2 pantun u la sis...rasa mcm nk balas jek pantun u tu..hik hik hik

cantik lah tempat ni...buat photoshoot family best ni..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Syoknya keje yang boleh ada masa lapang di waktu petang.. boleh bawa anak2 ke taman.. amboi Cik Pia dah mula pandai nak bergaya model tu nampaknya.. makin tambahla saham

Nastyna said... Best Blogger Tips

apo ni CIk Pia marilyn Monroe hahaha cekci cangat tau.

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Oh... dah mula dpt kaki dah Cik Pia kita ye:) Letih main memang senang tidurlah...

Norhasniza Khalid said... Best Blogger Tips

wah, kemain lagi anak dara kecik ni berposing ye..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

seronoknya beriadah macam ni dgn permata hati. aiman beriadah sambil makan sate ke. ni kira piknik skali la kan. best la piknik kat taman. saya pon suka gak.

dah tu yg si afia tu comel sgt tu ngape. siap pose mcm miss monroe tu yg tak tahan nak sengih tu.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Oh gambar nilah yg tempek kat header tu yeh PK.....
Haha...Pia buat aksi ala ala Merlyn Monroe ...seksi weyh.....adik cute sila tutup mata....haramm..hehe