Pixajoy

Saturday, November 14, 2015

Home » Aktiviti Homeschool Afia

Aktiviti Homeschool Afia



Lagi aktiviti homeschool Afia. Yang mana ada gambar ibu tempek je la kat sini untuk perkongsian.

Learn 1 to 10.. Pakai kotak dan cawan kertas. Afia matchkan ikut nombor, sebut dan kenal nombor. Suka dia buat ni beberapa hari juga ulang buat sampai jemu.

Ni DIY number flashcard ibu buat ada letak titik pada nombor ikut bilangan. Afia akan guna manik kira pastu letak pada titik. Apa ibu cakap belit ni. Harap refer pada gambar tu fahamlah ye.haha

Board puzzle ni selain untuk kenal ABC 123..bagus untuk motor halus juga. Boleh belajar warna sekali. So far Afia dah boleh hafal A to Z secara teratur cuma ada dua tiga huruf dia suka skip.

Aktiviti bermain dengan water colour lagi. Kali ni siap buat cop tangan. Comel tak tangan si bambam umur 2 tahun 6 bulan ni.

Yang ni ABC boxes ibu panggil. Ibu lekatkan sticker ABC pada penutup botol pastu tulis ABC pada kotak tab untuk Afia matchkan. Penutup botol ni boleh buat untuk huruf besar dan huruf kecil.

Dulu masa ibu buat homemade playdoh Afia masih kecil tak pandai sangat nak main. Nampak colour clay ni kat kedai RM2 terus rembat. Suka Afia main minta ibu buat macam-macam bentuk. Beberapa hari asyik nak minta main ni je. Habis semak satu rumah pastu bertabahlah kalau jumpa melekat sana sini kat lantai.huhu

Aktiviti mewarna tapi lebih kepada menconteng je la kan.hehe.. Nak bagi Afia biasakan pegang pensil dan dan untuk praktis menulis je pun. 

Nanti kalau rajin ibu update lagi aktiviti homeschool Afia ye.








6 comments:

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

macam macam ada kan. tak sabarnya nak buat dgn rania.. kena simpan kemas kemas, bila nak ajar nnti.
rania skrg suka pegang pen tangan kiri la.
bila kita tukar tangan dia tukar balik. aduh duh..
nurse ckp normal tp ajar juga guna tangan kanann.dalam family saya ayh n adik bongsu, paksu and anaak bongsuu dia pon guna tgn kiri.
mcm mak saya pula tulis guna tgn kanan, pgg pisau tgn kiri

Perlis Online Lemang said... Best Blogger Tips

alahai comeinya...

salam perkenalan dari blog baru bertatih (^___^) folo anda di 1069

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Selain daripada bab masak campak baling makan, bab mengajar anak-anak di rumah ni pun saya salutelah dengan PK. Saya ni takdalah begitu rajin. Anak-anak saya memang sejak kecil belajar apa adanya saja. Janji tau. Kira malaslah juga emak macam saya ni ek! Kesian anak-anak!

OKje said... Best Blogger Tips

Mak pun tak rajin weyh....silap silap depa belajaq sendiri ajelah hihi..... Kalaulah mak ada anak kecik lagi....huh....entahlah apa jadi haha

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya berkenanla yang stiker di tutup botol tu.. nak guna utk ajar nazif la.. dia masih lagi tertukar antara huruf2.. tak kotor pun ya.. buat pun senang tu kan.. haha.. yang kena buat2 ni kang mama lak yang malas nk berusaha membuatnya..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bagus sgt kak..kipidapp..