Malas nak menaip dah ni. Layankanlah gambar yang ada.
Flashcards time! Semua pun DIY pakai kotak. Selain daripada ajar guna buku bacalah anakku..Ini antara aktiviti kenal dan sebut sebutan fonik. Yang sebelah kiri Afia tu flashcard huruf hijiah. So far buat permulaan ibu buatkan yang berbaris fathah saja.
Aktiviti penyepit ni dulu-dulu memang ada buat..bagus untuk daya fokus, hand eye coordination dan fine motor skills. Yang ni Afia sendiri sorting colours tanpa disuruh. Sambil buat ibu tanya what colors is this..haa begitulah lebih kurang aktiviti mengenal warna.
Ni pun salah satu aktiviti color sorting juga. Ada felt butterflies, bears, fish, ladybird ibu rembat beli tapi macam tak rajin je nak buat busy book..so dapat idea untuk sorting mengikut warna. Sambil belajar warna, Afia belajar tentang objek juga.
Fishing Activity yang sangat bagus dan fun untuk perkembangan anak. Punya suka dapat fishing sampai terkencing dalam seluar sayang sangat nak tinggal main air agaknya. Dah terkencing baru bagitau ibu.haha..
Ni sebenarnya aktiviti mengira dan kenal nombor. Ibu pernah tunjuk pizza slices yang ibu buat dalam entri sebelum ni tak lama dulu. Masa ni baru habis baca buku fonik..tak nak pulak Afia kira..nak berlakon makan pizza je. Takpelah berimaginasi tu satu teknik pembelajaran jugak kan.
Waktu sebelum Afia tidur memang antara masa yang paling ibu rasa sesuai untuk proses pembelajaran. How Do U Feel card ni DIY juga ye..untuk ajar Afia kenal emosi macam sedih..gembira..terkejut dan sebagainya..Nanti share doodle emoticon yang ibu lukis..Yang ni dia dah tidur tersnap bahagian depan je. Sesambil nenen sesambil tunjuk dan sebut gambar emosi at last terus lena bersama kad.hehe
Kata malas taip tapi macam banyak juga aku bebel.haha..Tu je nanti share aktiviti lain. Sekarang ni dok buat aktiviti yang lebih kurang sama je. Cuti sekolah dah mula..tak plan lagi aktiviti untuk anak-anak. Bagi settle anak bujang punya khatan dulu la..Sekarang dia memang syok dok enjoy ibu kasi chance. Ibu pun nak cuti gak ni seminggu manja-manjakan diri membina lemak.huhu..
9 comments:
menarik mcm mcm aktiviti utk afia
srlamat menternak lemak pk ;) hikhiks
Amboi2.. kemain suka memancing ya cik pia.. haha.. mujur budak kecil lg ya. Kalau yg dh besar terkencing gitu dh kena piat telinga..
rajinnye ibu .....bagus!!
aktif betul si gegirl ni yer..
Seronok tengok mcm2 aktiviti Afia ya.. suka dia..:)
Teruja sangatlah tu Cik Pia memancing ikan dalam kolam sampai terkencing ya! Hahaha!
Cuti sekolah kali ni saya tak beri peluang anak bujang rehat berlebihan sampai teroverdose. Keputusan exam pun merosot walaupun dapat tempat teratas. Dah mula buat homework tak kiralah cuti sekolah baru aje bermula!
bestnya aktiviti afia!
afia sgt enjoy dgn xtvtnya..
Lepas ni mama cik Pia boleh bukak tadikalah nampak gayanya hihi...
Post a Comment