Pixajoy

Monday, November 16, 2015

Home » DINALANG ABC Salji

DINALANG ABC Salji



Cerita last week balik Alor Setar untuk doktor check sama ada burung Aiman available untuk sunat.haha Insyaalah anak bujang ibu dah book untuk bersunat dengan kerelaan diri sendiri cuti sekolah akan datang ni.

Ni nak story port makan yag selalu kami singgah kalau balik Alor Setar ikut jalan lama. Lokasi betul-betul bersebelahan Balai Polis Simpang Empat. Dinalang ni antara kedai yang menjadi tumpuan ramai. Famous la jugak ABC Salji dia...dah pernah masuk tv. 

Aku tak pasti la pulak kedai ni buka pukul berapa. Tapi pagi sangat memang takda. Kalau pagi kami selalu singgah dekat kedai bersebelahan Dinalang. Kedai tu roti canai dia best. Bihun sup dia pun puas hati la makan semangkuk besar.


Kami sampai Dinalang lebih kurang pukul 1 petang. Order ABC 3 mangkuk, aku makan bihun sup..Aiman dan abahnya nasi ayam. Sebelum order sampai dah belasah dadih susu lembu asli 5 bekas tau.hehe..


Cik Pia sorang sampai dua bekas. Ibu rasa gitu-gitu je!


Ni dia ABC Salji. Memang tekstur
ais dia gebu gila. Susah kot nak dapat ABC yang macam ni, biasanya agak kasar. Lupa pulak aku snap ABC secara dekat.


Semangkuk RM3..sebelum ni RM 2.50 baru bulan lepas kot abah dengan adik ipar singgah harga dah naik 50sen. Memang agak mahal la bagi aku semangkuk kecik sangat sekali ngap je..lagi puas hati kena ABC Pantai Merdeka, sesekali boleh la kan.


Istimewanya kacang dia pun masak sendiri. Tekstur ais tu la paling win. Kena cepat-cepat makan kalau tak memang cepat cair.








7 comments:

Azian Elias said... Best Blogger Tips

tetiba macam teringn nak makan ABC memalam ni..

fiza linolie said... Best Blogger Tips

huhu... sedapnya abc Muni. Sorry lama tak komen sini... just singgah je.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, Cik Pia! Mengalahkan Mommy mertua pulak tangan berinai! Inai di tangan Mommy mertua pun dah hilang tau...

Janganlah borak pasal ABC ni, PK. Saya ni ngilulah kalau dengar orang sebut atau cerita ABC ni. Tetiba aje mengidam nak juga!

Eh, dulu kalau saya ke Changlun, selalu singgah kat satu kedai makan tepi jalan ni makan ABC dan juga mi goreng dia sedap marbeles. Lupa pulak apa namanya!

eima said... Best Blogger Tips

menarik tu klu balik kedah boleh la snggah

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

rasanya ni la kot kedai yg mmber sklah rendah dok heboh dh group. sbb dia dok ulang alik blk umh mntua di simpang pat. saya blk kedah xdan nk jjcm pon. dh dok teringin nk p sini.

betul abc ais gebu mmg sedap dilayan

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Entah bilalah mak nak gi Aloq Staq ikut jalan lama PK oii... Emmm...ABC kalau halus mmg win, masuk mulut pun haluih terus cayaq dlm mulut. Hihi....eh? Awat cheq ni teruih jadi Mak Cun pulak hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Kemain nampak cik pia enjoy the abc tu ya.. syokla dapat balik kampung selalu.. makan sedap2 sokmo ler korang..