Pixajoy

Friday, October 03, 2014

Home » Afia Imanina 17 Bulan

Afia Imanina 17 Bulan



Afia baru lega demam. Seminggu lebih juga tak selera nak makan, semalam baru datang selera. Buat Mihun Sup untuk lunch banyak dia makan. Sekarang ni mulut dia dok potpetpotpet nak cakap. Tapi takde pun perkataan yang keluar. Pendek kata di usia 1 tahun 5 bulan Afia masih tak pandai cakap. Yang dia tau sebut biasanya abah, sesekali dengan jelas dia sebut bye, nak amm dan nak nen.hehe

Menjadi kebiasaan bila dengar apa-apa doa pun mesti Afia tadah tangan. Lepas azan pun kemain lagi suruh kita angkat tangan doa. Yang kelakarnya bila Aiman sebut bismillahhirrohmanirrohim automatik dia angkat tangan. Banyak kali abang dia buli pun Afia tetap solehah tadah tangan doa.

Gelagat cik pia di usia 17 bulan. Bila kita suruh buat notty face, dia sengih tayang gigi dan sepekkan mata. Tengok gambar makanan dekat board book dia sebut amm amm sambil nganga mulut dengan comel. Bila kita suruh tunjuk gambar ball, cat dia dah pandai tunjuk. So far Afia memang excited dengan bola dan binatang. 


Pantang nampak pen semuanya dia nak conteng.


Bulan depan baru checkup dan cucuk untuk setahun setengah. Semoga terus membesar sihat cerdas bijak bagaikan juara.


* Pagi esok kami bertolak balik Lumut dengan mak abah, sambut raya haji rumah adik ipar kat sana. Latest pic si bambam nanti upload. Aku demam sakit tekak, batuk dah 3 hari tapi berlagak takmau ambik ubat. Aku ni jarang sakit, kali ni teruk jugaklah, nak makan pun perit ja tekak, telan air liur pun sakit.





19 comments:

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

pandainya Afia...mesti x sabar2 nk dengar Afia cakap kan...

moga PK segera sembuh dan Afia sembuh sepenuhnya...

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

Sunsilk + promoted content tuk PK :)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah dipermudahkan menjaga Afia tahu-tahu dah 17 bulan. Semakin cerdik dan ligat ni:)

Moga cepat sembuh nak raya ni.

ida =) said... Best Blogger Tips

susah hati kan kalo anak demam.

yeayyyyy... dah pandai conteng! kasi kertas byk2 utk Selamatkan dinding

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Datang sini jer mesti Cik Pia baru baik demam...sian cik Pia,....Gitulah Cik Pia demam upah nak pandai cakap pulak....

Minum air banyak tu PK belilah strepsil tak pun hacks rasanya boleh membantu tekak yg sakit tu

Acik Erna said... Best Blogger Tips

acik yang baca gelagat Afia pun rasa seronok..apa lagi la Pk yang mengadap setiap hari kan

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

selamat sampai dan selamat hari raya buat PK dan keluarga ya..balik lumut pulak kali ni ya?

dah nampak makin panjang dik Afia ni.. bagus bagi dia berjinak jinak dengan pensel awal2 kan, dia minat nanti,, 17 bulan dah, cepat besar rasanya..

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

alhamdulillah... moga terus mmsr dgn sihat dan dlm pemliharaan Allah..

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Salam Puan Kutu....Comey Dik Fia yer.Slmt Hari raya Adha utk Puan kutu sekluarga ya

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Kejap je anak dara ni dah setahun lebih. Moga membesar jadi anak yg solehah. Amin..

NzA said... Best Blogger Tips

Cepatnya masa berlalu...dh nk msuk 2 thn ni budak comel nie.....ank2 akak semua lmbat berckp..sekali bercakap xhenti2...
Selamat hari raya haji...bestnya dpt kumpul ramai2....

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Akak, moga cepat sembuh yer. Comel Ros tengok cik Fia ni. Hihi..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Selamat hari raya aidiladha PK... moga cepat sembuh... kita serupa... kalau batuk, demam, selsema... mmg tak mkn ubat...

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Cepat masa berlalu kan? Bila tengok afia mesti ingat kat Aniq sebabnya umur sebaya, cuma afia awal sebulan.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

moga terus mmbesar bagaikan juara ye afia

Mummydearie said... Best Blogger Tips

At least Cik Pia kenal juga cat, kan. Si Adik rimau pun panggil cat, lagilah kelas. Kejap je dah besar panjang ya Cik Pia. Bila nak mai KL nih? Hehehe ...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..
smga mmbesar sbgi anak solehah

LydSunshine said... Best Blogger Tips

bagusnya dia tadah tgn baca doa. Kemain Abang Aiman dia ye, buli Afia. Melting la dia tgk adik dia yang comel tu.

Sama la Afia ni suka haiwan. Penyayang kot mereka berdua ni.

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Suka menconteng.. Bagus Afia :)