Pixajoy

Tuesday, October 07, 2014

Home » Dugaan Raya Haji

Dugaan Raya Haji



Hari ni Aiman dah mula sekolah, aku dan en suami pun dah mula kerja. Raya jadi sangat tak semangat bila aku tak sihat, selera makan kelaut, sebetulnya selera juga makan tapi kena pantang.huhu.. Seminggu aku demam on off, sakit tekak tahap nak telan air liur pun sakit, batuk nak tercabut anak tekak, batuk sampai terkencing (ini serius, ini bukan lawak). Mungkin salah aku jugak berkeras tak nak ambik ubat pada mulanya, tapi aku terima ujian sakit ini dari Allah. Mula-mula masa nak bertolak Lumut rasa demam dah ok, batuk baru nak start, sampai sana semua jadi makin teruk. 

Sebelum raya tu rasa tekak dah ok sikit, aku makan nasi himpit kuah lodeh pastu nasi himpit kuah kacang pulak. Malamnya ketupat palas aku bantai sampai 3 ketul dengan rendang ayam daging lagi. Tak tau angkara makanan apa satu malam aku menanggung siksa batuk yang amat. Aku syak sebab kuah kacang dan ketupat tu kot, minyak dan santan yang sebabkan batuk. Esok raya terus serik nak makan lagi. Telan air liur je la tengok orang makan. Sampai sekarang pun masih gerun tengok makanan berminyak.

Malam raya pertama SIL suarakan pendapat suruh buat ujian darah takut aku kena denggi. Aku ingat kalau demam tak lega jugak balik SP nanti baru nak buat chekup. Walaupun takde sakit sendi tapi risau gak la takut ada penyakit lain. Aku tak pernah pulak sakit teruk sampai seminggu macam ni. Lebih baik check up.

Ditengah malam tu en suami bawak pergi HAT Lumut. Mujur la suami adik ipar aku tu kerja dekat HAT, so senang la sikit. Kalau tak memang kena tunggu lama la untuk check segala mak nenek. Suhu badan aku 38.8, boleh tahan tinggi, darah kena ambik 3 botol, upt semua depa check, depa check ulser, kat tekak aku ni pun ada accident sikit. Sepatutnya kena masuk air sebotol tapi aku consider nak minum air banyak-banyak je. Esok pagi dapat result darah Alhamdulillah semua ok. 

Sepatutnya kami rancang beraya di Lumut, petang raya pertama terus bertolak balik Nibong Tebal, kampung aku. Akhirnya dengan keadaaan aku yang tak sihat, aku dah malas nak balik. Dari Lumut kami terus bertolak balik SP. Petang semalam dah selamat ada kat rumah sendiri. Aiman pun dah mula mengadu sakit kepala, seram sejuk badannya. Malam tadi bagi dia ubat demam harapnya dia ok dekat school tadi.

Aku belum sihat sepenuhnya. Dok paksa telan ubat je ni. Nanti sambung cerita raya kami yang so-so je..:)










  

25 comments:

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

dugaan betol biler tak sihat..
pk kena buat medical check up cecepat..risau gak kot denggi..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Alahai siannya kawan kita ni. Kena masa raya pulak ya. Sakit berangkai2 pulak tu.. saya doakan moga PK cepat pulih sepenuhnya dan dijauhkan sakit lagi ya.. jaga diri k

Nastyna said... Best Blogger Tips

uishh kalau sampai dah tak selera tengok makanan... memang kena check la. get well soonest yer pk.. I rasa ketupat tu la kot buat teruk batuk... bahaya ni ketupat ni.

Nastyna said... Best Blogger Tips

uishh kalau sampai dah tak selera tengok makanan... memang kena check la. get well soonest yer pk.. I rasa ketupat tu la kot buat teruk batuk... bahaya ni ketupat ni.

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Selamat hari raya aidiladha buat PK sekeluarga. Semoga cepat sihat..

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kesiannya... batuk kalau seminggu tak kebah memang akan panjanglah jawabnya. Kadang macam dah nak sembuh tapi bila silap makan berulang balik..

Harap-harap Aiman oklah tak macam ibunya. Kesian kalau budak yg kena..

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Moga Cepat sembuh..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

kalo batuk../bila mkn kacang or apa2 yng berkacang mmg batuk akn jd makin parah... huhu.. lya ni pom demam.. tp mujur lps raya bru demam ni.. terketar gak malam2.

alhamdulillah..mujur result darah cantik je.. apa2 pon lya doakan moga cpt sembuh ye.. begitu juga untuk abg aiman.. moga x melarat la..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

eh lieya pun same tau...kalo kene batuk tu tahap pakai pad hah...sebab tekencing3 sekali...almaklum laa dah tua, tak grip kuat sgt dah ..batuk sikit pun leh terkucil heheehehe...kene byk amik vitamin c nie cik puan kutu.... hope semakin sihat tau...lg pun mmg musim skrang...

tu laa batuk jadi lagi teruk la bile mkn bende berminyak2 tu...tapi dah name raye kan...mane laa tahan nak tgk ajek...huhuhu...byk2 minum air masak key....

hope cik puan kutu makin sihat key....take care...bykkan rehat n minum air putih...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alahai sian pk.
smga cepat sembuh ye.jgn tinggal ubat.
salam aidiladha

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alahai, tak sihat ke PK? Kalau dah pakej yang datang memang tensionlah jiwa raga. Apalagi kalau batuk sampai terlepas-lepas gitu... Saya paling tak tahan kalau kena batuk atau selsema. Memang tension sungguh. Setakat demam tu okeylah lagi. Alhamdulillah semua checkup clear ya. Takdalah denggi. Kalau mak tumbang, susah satu rumah tau.

Diana Rashid said... Best Blogger Tips

Biasanya kalau dah ada tanda2 sakit2 tekak tu saya akan elak kan apa2 makanan ada minyak dan berkacang.sebab kalau makan jugak memang tak tidur malam la.anak2 saya pun saya buat macam tu..tak payah ubat2..sehari dua dah ok batuk nya..

lizz said... Best Blogger Tips

Salam pk..olo sian dia tak sihat...selamaat hari raya...moga cepat sembuh yek..

lizz said... Best Blogger Tips

Salam pk..olo sian dia tak sihat...selamaat hari raya...moga cepat sembuh yek..

acik watie said... Best Blogger Tips

tak selesa bila batuk ni,kan..lebih-lebih lagi time-time camni

ida =) said... Best Blogger Tips

harap2 cepat sembuh ye.

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Alahai syafakillah PK... saya pun masih lagi batuk tak.habis2... 38.8 boleh tahan gak panas PK tu... rehat byk2... moga Allah beri kesembuhan buat PK dan buat Aiman juga...

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

semoga cepat sembuh ye..kalo batuk teruk memang rasa penat je..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Alahai batuk time raya. Sama mcm fiza kalau dpt batuk mesti sampai nak terkencing. Eloklah bawak klinik. Lama gak batuk tu. Tu la kata org tua mknan berminyak memang akn buat batuk mkn teruk.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Harapnya dah beransur sembuhlah ya PK.. risau juga bila demam lama2 ni.. dugaan sungguh kan.. sabar lah..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

saya faham PK, cemana rasa demam dan batukl sampai terkencing tu. Saya pernah laluinya juga. Mmg seksa betul. Tapi oleh sebab saya mmg sentiasa pakai pantyliner, so tak lah jenuh nak bersalin seluar. Harap cepat sembuh ye PK.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

so skrg muni dh sihat ke blm ni

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Demam yeh? Kesiannaya....Tak pe....tak pe ujian darah pun OK kan so tak yah nak risau sangat ..... Insyaallah makan ubat baiklah tuu.
Dugaan tu demam time raya.....makanan sedap depan mata tapi kalau tekak tak selera apa gunakan PK!

Masya said... Best Blogger Tips

baru baca .. harap murni dah sihat ... kalau batuk, kacang mmg x blh makan.. lg katal tekak tu nak batuk huhuhuhu

husna zahidi said... Best Blogger Tips

betul jgak sranan SIL kak murni tu.. ofismate husna dua org kena syak denggi.. sorg kena warded, sorg lg tiap2 hari p spital ambek drah.. hhuuhu..