Pixajoy

Friday, July 03, 2015

Home » Anak Sembelit

Anak Sembelit



Afia kena sembelit. Cerita ni agak lama juga berlalu. Masa tu jiwa kacau sangat. Nak story apa pun tak ada mood. Dia punya tak boleh handle tu sampaikan satu hari tu aku buat smoothie, letak madu guna sudu plastik, nak minum rasa apa benda putih-putih, rupanya dah blend sekali dengan sudu. Punya kronik tahap kerisauan aku kan. Luar je nampak cool sebenarnya.hahaha. Baru Allah bagi ujian sikit, tak boleh imagine anak orang lain yang ada sakit kronik tu ye. Semoga Allah beri mereka ketabahan dan kekuatan hendaknya.

Seingat aku sekali je najis Afia keras, pastu terus fobia nak berak. Dia dok tahan-tahan berak tu kot yang jadi sembelit. Setiap kali nak berak melalak macam apa lagi. Hal berlarutan lama juga. Biasanya memang setiap hari dia berak, kadang sekali sampai dua tiga kali. Ni tiga empat hari tak berak mana aku tak risau.

Mula kena tu aku minta en suami belikan ubat sembelit, dua kali juga guna ubat pancut masuk dalam lubang dubur. Bila Afia berak rasa lega la sekejap, pastu setiap masa doa moga esok dia berak, malangnya tidak. Macam kita tau yang ubat tu tak bagus, beri kesan pada usus dalam jangka masa panjang. Aku tak nak la biasakan Afia dengan ubat.

Dah takut nak berak dok tahan juga sampai empat hari takkan nak biar. Aku bagi jugak ubat cecair jenis makan punya. Namanya 
Ubat Lactulose kot. Aku ada google, sama rasanya untuk mengatasi sembelit cuma yang aku beli di farmasi tu dalam botol kecil. Aku tak bagi la setiap hari, agak Afia sampai tiga hari tak buang baru bagi. Memang bagus ubat ni, dia cairkan najis, berak pun smooth je.

Pun begitu sampai bila nak bergantung dengan ubat. Selagi tak cari cara atasi, sampai bila pun masalah tak selesai. Puluh la suruh en suami beli betik segala jenis buah langsung tak berkesan. Nak kata Afia makan pelik, air pun sekadar air kosong je, susu badan takkan sembelit kot.

Hari demi hari berlalu Alhamdulillah sekarang dah ok dia membuang. Dah mula hilang la kot fobianya tu. Tapi tu la bila dah pakaikan diapers baru nak berak. Aku takut nanti jadi susah pulak nak free diapers dia. Sekarang kat rumah memang dah tak pakai diapers kecuali waktu tidur malam, rumah pengasuh dan outing lama-lama.

Bulan puasa ni otak lembap. Nak cakap apa pun jenuh cari perkataan. Tu yang nak update pun tahap malas tinggi. Sedap menganga ja tunggu waktu buka.hehe




7 comments:

SalbiahM said... Best Blogger Tips

kalau dewasa boleh try Aloe Vera Juice, tapi tak berani suggest untuk bebudak.kesian cik pia..harap-harap nanti dah besar masalah ni hilang.

anak saudara saya ada masalah sama,ada orang kata dia tak boleh makan coklat(bukan gula-gula).kurangkan milo n coklat baru dia Ok.cubalah..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

Dulu Aqilah pernah sembelit, sampai berdarah... meraung jgn cakapla, saya yg tengok pun mennagis sekali...

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Kesian tengok kalau dah berhari hari tak membuang.. Sakitla tu, tu yg meraung..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Kesiannya gitu.. saya yang tua ni kalau sembelit sekali sekala pun terasa seksanya.. apa lagi budak2 ya..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

rania dlu sblm sbkn sokmo lambat poo poo. kekadang tu ambil masa sminggu. bila jupa nurse dia ckp normal kalau bby nyusu badan.

awal tu sy pon risau. bila nurse kata mcm tu,sy wat lek wat peace je. lepas tu makin lama makin kurang harinya. sampai la skrg kekadang sehari 2x.

masa bg solid food lg saya risau bab sembelit. tp alhamdulillah ok j. cuma rania x blh ngam dgn pisang. bila mkn pisang dia akan poo poo lambat. rania mudah poo poo bila bg avokado dan jus prune.

takut n kesian bila ank smbelit.ingat anak kak ipaq dlu, sampai nangis2 la x blh poo poo.msa tu dah 3 thn lbh kot.kurang mkn sayur. sampai mama dia nak msk ubt bontot pon takut.mcm trauma gituu.

ps:a’aa tokei mudim org mukim saya.hihihi. kiranya pk dh pnh ke kilang mudim la erk?
jalan situ la ke rumah saya. kalau ke sana blh la singgah kg saya. x jauh dah ;)

suami saya ckp apa tau pasai tiket tu. faktor umur.kikikiki. dah 30an katanya..

CtAyue said... Best Blogger Tips

sama mcm dhia pun pernah kena sembelit sekali..lps tu jd melaratlah sbb dia rs fobia kan sebenarnya. sbb duk tahan tu jd sembelit..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Samalah macam Adik Cute. Kalau nak melepas, mesti lompat setempat. Tak pun lari bergalah dari hujung bilik ni ke hujung bilik sana. Tension bila tengok dia macam tu. Berpeluh sakan tu yang tak sampai hati. Bila kita nak basuh, pandai pulak tu kata tak habis keluar semua, tunggu kejap lagi. Dia sendiri kata dah macam tahi kambing! Itu disebabkan susu yang diminumnya. Makanya saya tukar susu. La ni dah okeylah.