Pixajoy

Thursday, July 30, 2015

Home » 5 Syawal : Raya Rumah Jiran

5 Syawal : Raya Rumah Jiran



Beberapa hari punya sakan beraya kesana kesini tapi rumah jiran yang dekat pun tak sempat terjah lagi. Hari terakhir dikampung nak keluar beraya pagi tu hujan sampai petang. Lepas Asar sempat juga kami ke rumah jiran-jiran. Dah tak mood berbaju raya dah pun. Dressing orang masuk kampung ja la.hehe..

Sorang sekoq angkut titi Acu pi beraya.. Cik Pia la punya idea..

Budak banyak akal ni alphabet siapa entah dia jumpa. Afia dah pandai baca doa makan tau walaupun pelat.hehe

Mak Kutu bersama anak-anak kutu.haha..


Ikut hati nak sambung lagi raya sampai hari Sabtu baru aku dan en suami naik kerja. Fikirkan macam tak patut nak pontengkan Aiman sekolah kami balik juga malam selasa raya ke 5 tempohari. Alhamdulillah perjalanan lancar, takut juga jam, tapi semuanya dipermudahkan.

Rabu Aiman dah mula sekolah. Tiga hari punya plan nak keluar beraya rumah mak pengasuh, jumpa penyewa rumah kami pun semua tak jadi. Mata abah Aiman Afia la ni buat hal, tak gerak mana dok rumah buat tahi mata. Sendiri isi kuih raya dalam balang, sendiri ngap!

Tamat kisah raya.hehe..













7 comments:

myliferia said... Best Blogger Tips

Weekend selalunya banyak jemputan raya. Sabtu ni pun ada.

Kalau jiran di kampung memang meriah, kat bandar ni orang bz memanjang

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

nak suruh berehat la gamoknya tu pk. hihih
dah baik ke mata abah aiman?

bab isi kuih dlm balang kendian makan sendiri mmg laju kan pk..

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

kami pun belum beraya rumah jiran-jiran

Bunda a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Sebut pasal sakit mata...samalah bunda pun dari raya kedua mula dah rasa tak selesa...mata berair dan rasa macam pedih2...

Ingatkan ketumbit biasa tapi takder mata.pun...rupanya macam bisul jer...dari dalam kelopak mata...benjollah sebelah mata kiri bunda...hingga harini tak surut sepenuh lagi...terganggu penglihatan...bunda tak g doktor pun ...beli ubat titis kat farmasi jer...huhuhu..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Meriah beraya kt rumah jiran.. kami g kejep je nazif buat hal terpaksa balik awl.. adoi..apa lagi nk brgambar...

Macam mana mata abah aiman skrg? Harap dh ok ya

LYAfrina said... Best Blogger Tips

biasa dh tu..bjln sana sini..last2 bru smpat jln rmh jiran dekat2 kan

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tahun ni saya beraya bersendirian di rumah ajelah. Rumah kakak-kakak pun tak lepas lagi. Raya dah nak habis. Kuih raya masuk balang, maintain gitu tak gerak. Hahaha!