Pixajoy

Tuesday, July 07, 2015

Home » Resepi Kek Keju Susu Kukus

Resepi Kek Keju Susu Kukus



Bulan puasa pun meroyan nak buat kek wey. Dah buat kek ni memang keluat la aku punya diet. Makan nasi sikit tapi melantak kek punya banyak, pakai tak turun dah la berat aku.haha..

Aku buat setengah adunan saja. Dah puasa ni tak termakan pulak kalau buat banyak. Masa makan terhad takut mengundang pembaziran. Bila dah setengah adunan ni faham sajalah aku adjust sukatan derhaka sendiri. Tapi jadi jugak kek ni tau. Mula-mula dah risau dah sebab benda jenis letak ovalette dan di blend guna blander ni aku selalu fail. Sukanya aku makan kek ni tak tahan daulat dah dok ngap.haha..Aku bagi resepi yang macam aku buat. Cheese kena lebih baru mengancam.


Resepi Kek Keju Susu : 1/2 cawan fresh milk + 4 slices cheese dimasak atas api hingga cheese hancur. Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan 3 biji telur + 1/2 cawan gula kedalam blander pastu kisar sampai kembang. Dah kembang masukkan 1/2 sb ovalette + 1 penutup esen vanila + 1/4 cawan minyak, kisar lagi. Tuang cheese plus susu tadi dan putar. Ayak 1 cawan tepung gandum + 1st baking powder kemudian tuang bahan blend tadi. Kacau sebati, lenserkan loyang dengan minyak, tuang adunan dan kukus hingga masak.

Kalau agak tak confident dengan resepi chef campak baling, ni resepi asal aku bagi.


Sedap dan simple kek ni. Rupa tak cantik sangat tapi serius tak rugi dari segi rasa. Aku rekemen juga untuk tambah koleksi kuih raya. Korang buat la, budak-budak mesti suka! Oklah..aku nak pi sambung makan kek ni. Bye!










10 comments:

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Sedap tu muni. Fiza pernah makan kat rumah kawan. Hehe...

fuzy said... Best Blogger Tips

sedapnya boleh cuba nantiBoleh cuba resepi overnight oats sunnah, sedap dan kenyang lebih lama!

Sue Bee said... Best Blogger Tips

kalo dah dah cheese dalam tu,mana tak sedapnya PK.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

simple kan..
blm pnh merasa lag ni.

nak on oven pon malaih yak mat ni. bercinta aje nak buat sekut raya.
pk dh buat sekut raya ke ?
brpa jnis?

SalbiahM said... Best Blogger Tips

jangan kata budak, mak budak pun suka..ehehe.nak gi raya rumah akak lah nanti..haha

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Walla weyh! Awat keluar kek keju kukus pulak ni! Terencat iman orang berpuasa tau tak! Dahlah kita ni bukan boleh jumpa keju, meleleh aje air liur ni... Nampak macam senang bangat ni PK sampai boleh campak baling buat resepi sendiri. Agak-agak kalau saya buat ikut style PK (waima ikut style asal resepi sekali pun) ada tak kena campak baling dalam tong sampah nanti?

wanie yahaya said... Best Blogger Tips

sedapnya...nak try jugak nanti...
follow blog sy juga ye...http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com...tq

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Kalau PK yang buat..saya memang percaya kek ni sedap. Elok gak buat kek nampak biasa2 je, nanti kalau gitu, kita yang boleh makan banyak2.. orang tak tahu mungkin akan anggap tak menarik..haha.. idea bagus tak?

ida said... Best Blogger Tips

i memang suka cheese cake. Nampak menarik resepi ni. Terima kasih sebab berkongsi.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

aumm..sedap n gebuss nmpak