Pixajoy

Monday, July 13, 2015

Home » Shopping Baju Raya Afia

Shopping Baju Raya Afia



Kisah Sabtu, mungkin shopping terakhir, semua persiapan raya dah complete, Alhamdulillah. Gabra oi poket dah rabak, belum lagi raya.hahaha..

Sebelum masuk SP Plaza dah pesan dah tak payah bawak titi, pujuk kata suruh titi jaga kereta tapi sebolehnya Afia nak angkut titi masuk mall. Pastu satu hal kita kena pegang titi dia. Macam biasa la anak dara ni aktif berlari kesana sini. Ibu dok tengah pilih baju dia boleh buat taik, apa hal pun kena cari toilet dulu salin drypers sekali salin baju. Satu apa pun tak sempat beli. Baju kurung budak tak jumpa, baju kasual tak jumpa berkenan dihati ibu. Pun begitu sempat menjala shawl ibu kat sini.hehe..


Singgah beli skincare cantik punya dia landing kat kaunter macam boss. Ibu nak snap gambar terus Afia pejam mata pura-pura tidur. Akal sangat Cik Pia ni tau!

Let's go to another shopping mall.  

Nak ke Amanjaya Mall takut jam pastu fikir susah nak cari parking aku suggest ke Central Square. Waktu pilih baju kasual anak dara cabaran juga Afia langsung tak bagi kerjasama, "amau..amau.. (tak mau)".  Sibuk tengok baby tengah beli kasut padahal budak tu muda berapa bulan je dari dia. Kakak la sangat kan pantang nampak baby "eii..garm (geram)...." sekali dengan gaya tangan dan ketap gigi.

Kelam kabut je pilih baju kasual dia. Balik rumah tiga pasang baju ibu beli hanya muat-muat badan Afia. Padahal baju yang tiga tahun punya. Sekarang memang nampak badan Afia bagai dipam-pam, perut boroi makan pun kemain selera tau. Rasa menyesal pulak patutnya cari saiz besar sikit. Tapi tu lah kan kalut dengan anak ni main rembat je mana sempat.

Dekat ruang legar CS tak banyak pilihan baju, cuba tanya baju raya budak, adik jurujual tu bawak ke butik. Dah tak daya nak mencari kat tempat lain beli juga jubah Afia yang simple bodo-bodo pun RM 60. Bagi aku mahal la takat nak pakai sekali. Kat butik nak suruh dia pakai jubah tu nak tengok muat ke tidak pun jenuh berperang. Dah pakai satu hal tak nak buang, kesian adik jurujual jadi tukang pujuk. Mai last minute shopping ni dengan anak pun aneka gaya perangai, pejam mata je la bayar. 



Tu dekat tangan Afia lollipop. Lepas buka dia nampak lillipop dekat kaunter, bagi coklat tak layan nak itu jugak. Geram betul ibu. Abang Aiman tu dah kenapa pulak tido.haha..







13 comments:

misz sheyla said... Best Blogger Tips

hihi..sbr jela...betul..saye beli baju anak size 2 tahun..balik rumah xmuat..tension je rase..anak baru umur setahun kot...ke label pade baju slh..

nasa mulia said... Best Blogger Tips

Wah bagus PK dah settled semua...kami tak start lagi nie, raya di bandar takde suasana macam di kampung....huwaaa

lieyalatif said... Best Blogger Tips

kehkehkeh...kemain pandai pia belakon tdo...mcm die puase sokmo hahaahahaha...letihkan cikpuan kutu berjalan time puase2 nie...lieya ni lembik...tak larat...sbb tu persiapan raya dah siap awal2 sebelum puase...tapi biase laa tetap ade penambahan soping gak hahahahaha

**************


Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat cikpuan kutu sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….

eima said... Best Blogger Tips

hahahah mcm2 gelagat afia ... lama tak bershopping kat SP
CS tu tatau la cam dah rupanya dah dekat 8 thn kot tak pi tah ke lebih dah

Sue Bee said... Best Blogger Tips

kna banyak sabar kalo shopping baju untuk bebudak ni

najihah sahami said... Best Blogger Tips

haha..afia xposeee...hehe..baju budak lagi mahal dari baju kita kan? telan airliur time nak bayar. haha

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

rasanya dapat adik sure baik dia nanti hehehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kira dah settledlah persiapan raya ya, PK. Saya baru aje keluar mencari pakaian anak-anak Sabtu lepas tetiba tengok si Adik mata dah merah macam nak kena sakit mata. Lain hal pulak jadinya, kena ke klinik. Sampai la ni, hilang terus mood nak shopping raya. Tahun ni kira paling sempoilah, leka aje sampai petang raya nanti kot :)

Masya said... Best Blogger Tips

pandai afia berlakon.. tu dia.. sakan shopping...

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

puasa ke afia tu.. letih sungguh nmpk

LYAfrina said... Best Blogger Tips

hihi..cik pia ni mcm kakak asya jugak.. bila nk snap je..trus buat mcm2 gaya..tdo la.. mcm2 ..hehe

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Mai le tayang jubah cik Pia ngan shawl tu....teringin weyh nak tengok.....
Amboih bukan main ngengadanya Cik Pia sakat ibu hihi

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

amboi kemahen afia ingt lena sungguh.buat buat j ye.skli nengok dh mcm big boss j.ada gaya

saya pon last minute cr baju rania.
beli bju anak dgn ayah j pastu mecing dgn baju umi hat sedia ada. jarang sekali pakai, apa ada hal, kan.. hihi.. zaman gst..