Pixajoy

Wednesday, July 29, 2015

Home » 4 Syawal : Mini Reunion

4 Syawal : Mini Reunion



Dalam group whatsapp geng pompuan satu sekolah dulu plan nak konvoi beraya rumah kawan-kawan akhirnya terlaksa di hari raya ke 4. Macam biasa la dalam ramai-ramai berapa kerat je dapat join. Pun begitu happy sungguh dapat jumpa Ida, Milah, Ina dan Su. Depa semua ni last jumpa masa zaman sekolah. 14 tahun dah kot, tu dia tua bangka dah kami. Semua membesar bagaikan juara, Milah sorang je maintain kecik dari dulu sampai sekarang. 

Punya banyak gambar dari HP memasing sampai nak tempek yang mana pun aku dah pening. Gambar dari Hp aku elok sikit tapi dah bercampur-campur gambar dalam folder aku belasah je la tempek mana sempat. Sampai rumah Ida ngan-ngam lunch hour, memang perut tengah berkeroncong. 


Laki aku makan bertambah-tambah.

Tengah Milah, terasa cukup besar berdiri sebelah orang yang kecik-kecik ni.

Terima kasih tuan rumah nasi tomatonya.

Mak budak yang sama besar budak-budak.hehe..


Kami konvoi tiga buah kereta ke lokasi seterusnya rumah Ben. Syok dok rumah kampung macam ni, rumah pusaka aruah mak ayah suami Ben. Belakang rumah sawah padi semua depa punya. Kaya oi..rumah pun nala punya besaq tak habis renovate lagi, jenuh nak kemas.haha..

Hero-hero sado kami


Aiman dan Awek.haha anak ida yang sulung ni.


Aiman dan puteri-puteri Ida


Cik Pia sukahati dia je ambik cat orang pastu pusing melawat satu rumah.


Nak balik sambung bergambar lagi


 
Salam-salaman gaya posing dihari raya. Pulun sangat!kahkah

Boss pun kami paksa bergambar.hehe

Dah puas melantak soto, mihun dan mi sup bagai kat rumah Ben, kami ke rumah Ina. Ina ni tukang masak, ada buka gerai kat depan rumah, pandai masak la kan, memang A masakan dia.

Sampai la dok rasa kesedapan nasi tomato dan laksa Ina. Serius sedap sangat!

 Posing outdoor pulak. 

Tuan rumah baju hijau

Rumah Su yang terakhir kami konvoi dah tak daya nak makan. Afia je aku suap mihun goreng. Dia tidur dari dalam kereta nak kerumah Ina sampai rumah Su jaga terus lapar. 

Posing pakat sembunyi badan, aku jugak yang nampak gemuk.hakhak


Happy dan puas sangat dapat jumpa kawan-kawan lama, gelak sakan sampai senget pipi. En suami pun tak habis lagi perli kata seronok tengok muka aku happy, tak pernah tengok aku seronok macam ni.hehe..

Insyaallah raya Haji ni kalau jadi akan ada big reunion sekolah aku. Ramai yang akan turun padang. Depa tengah rancak planning reunion baik punya. En suami pulak plan nak balik Johor, raya haji ni kan cuti sekolah panjang. Kalau ada rezeki aku join reunion, kalau balik Johor pun ok, dah tiga tahun kot tak jejak bumi JDT. Kita hanya merancang.










14 comments:

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

bestnya dapat jumpa kawan2 lama..

nasa mulia said... Best Blogger Tips

Happy ye sambil beraya boleh jumpa kawan2 lama.

eima said... Best Blogger Tips

meriahnye beraaya jumpa kawan2

myliferia said... Best Blogger Tips

Syoknyer beraya. Jumpa plak geng-geng lama. Meriah betolll :)

lieyalatif said... Best Blogger Tips

meriahnyeee weyyyy....tu laa cik puan kutu...time raya laa ni boleh buat reunion jumpe geng2 sekolah ke geng2 keje kan..... tapi tu laa takleh pi umah semuaorg sekali harung...rugi sebab nanti sah2 semua sediakan mknn...kang gi rumah ke 3 dah tak leh makan sebab dah full....sian masak byk2 tak abis kang hehehhe...tapi ape de hal..stenbai plastik leh tapau ye tak hahaahahahahahaah

lieya ngan geng2 sekolah dah lost dah.....geng2 u dulu ade laa jugak jumpe time2 kenduri...laa ni pun same dah pupus...harapkan kat fb jek laa heheheheheh

eita said... Best Blogger Tips

waaa...meriah nyerraya dia..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

tu diaaa.syiokknya
bestkan..
atuq makan pastu sembang
mmg happy sgt la tu pk.sampai abah aiman ckp mcm tu.

a'aa raya haji sambung dgn seminggu cuti sekolah.mmg lama.sy pon bru check kalender smlm hihihi..

laksa tu Ya Allah.. nenngok j raya hari tu.
biras kami, bru bersalin buln feb ruari ri tu dh 2x bantai makan laksa .
kami ja dok gigih pantang lagi..

lia ummiirfan said... Best Blogger Tips

laksa dan nasi tomato memang perfect combination :))

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Fuyooo..mmg syiok la buat reunion. Kalo SB yg buat,ntah jadi ke tak.kengkawan berterabur seluruh pelusuk.

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Hmmm.. kalau macam itu gaya rumah last yg kesian sebab masing-masin gperut dah sendat dah tak termakan dah kan. Bungkus ajelah bawa balik. Tapi seronok juga buat reunion macam ini. Jalinan persahabatan terus diingati.

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

seronok berkumpul..lagi-lagi masa raya..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bestnyer kumpul rama2 cam ni..biasa dh..bila plan2 ni, xsmesti smuanya leh join..msg2 ade komitmen kan..lg2 time raya..tp leh jumpa beberapa kerat pon dh happy

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bestnyer kumpul rama2 cam ni..biasa dh..bila plan2 ni, xsmesti smuanya leh join..msg2 ade komitmen kan..lg2 time raya..tp leh jumpa beberapa kerat pon dh happy

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Dah tak sabar nak pergi reunion yerk? Kalau sayalah, makin menyembunyikan diri lagi adalah! Lepas beberapa tahun jumpa balik kawan sekolah memanglah dah lain rupanya. Siapa yang maintain mengecil tu memang hebatlah!

Banyaklah baju raya PK yerk. Macam-macam event ni pergi ~_^