Pixajoy

Saturday, July 25, 2015

Home » Afia 1 Syawal

Afia 1 Syawal



Tahun ni anak dara dah makin cerdik. Laju je pi salam bila orang nak bagi duit raya. Siapa tak bagi duit raya tak mau salam.haha..Dekat rumah wan mak tok masih lagi nak conquer semua benda. Asyik gaduh ja dengan abang Afi, dua-dua pun tak berakal lagi. Baru lima cucu Pak Mat, kalau ramai tambah pening! Tapi kat sini la meriahnya raya.

Pagi satu syawal orang semua dah pakai baju raya dia nak bogel. Haru sungguh abang-abang semua pakai songkok dia pun nak pakai. Penat ibu beli headband bagai pastu anak mak pengasuh pun ada bagi headband tobat dia tak mau pakai.hehe..

Memang tak ada gambar cantik posing berdiri sebab Afia langsung tak bagi kerjasama. Gambar berdua dengan abang Aiman pun dia tak nak. Buat mak kilauan emas yang awet muda, nak tengok jubah cik pia kan..ni ha..jubah bodo-bodo pun kalau yang menggayakannya comel..jadi lawa la kan.hahaha.


Buat mulut camtu ingat comel sangat?


Konon lepak la tu banyak sangat makan kuih raya!



Naik car baru muka ada senyum













10 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Amboi2.. lawanya baju raya cik pia.. bestla cik pia kumpul banyak duit raya.. anak2 saya tak nak ambil sampul, sedara mara kena bg pd mama..

Inani Hazwani said... Best Blogger Tips

Comelnyaa dia. Hihi :D

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

afia takde geng pompuan ke kat umah tok wan?
comey jer aksi cam gtu..
selamat hari raya PK..

lia ummiirfan said... Best Blogger Tips

afia.. comellah buat mulut gitu., aunty geramm.. hihi..

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Aloloo..kiut nya..cantik baju raya tu

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

ada kazen paling kecik baru 7bulan.besaq sikit baru bley geng.hehe

nurbijen said... Best Blogger Tips

Bagus Afia dah kenal duit raya..
Irfan ada had juga dia terima duit raya.. bila dah rasa byk, orang hulur pun dia tak ambil.,, dah cukup katanya... sabo ajo lah...

SalbiahM said... Best Blogger Tips

comellah buat muka macam tu!baya afia ni tengok orang dapat duit raya dia pun nak jugak.pastu tak ingat letak mana..haha

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

comel j afia buat muka mcm mna pon.ibu geram lettew.

pndai ye..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, Cik Pia pakai jubah raya tahun ni! Yalah, kalau dah comel pakai apa pun comel. Tak pakai apa-apa pun comel juga. Hahaha!