Pixajoy

Sunday, July 05, 2015

Home » Tips Diet Di Bulan Puasa

Tips Diet Di Bulan Puasa



Ikutkan aku ni memang jenis agak mudah naik turun berat badan. Kalau aku melantak tak ingat dunia, seminggu pun boleh naik 2 kg. Sepanjang pertengahan puasa ni aku dah turun 4 kg. Tak tahu la kalau sebab kurang air ke apa, tapi lemak di perut ni memang dah rasa kurang banyak. So gigih la kan aku nak bagi tips ikut cara aku. Lepas raya mungkin akan naik bertingket-tingket balik.hehe.. 

Aku bukan diet jenis extreme, tapi bulan puasa dah tentu kita memang kurang makan. Tu yang ramai berlumba nak diet bulan puasa ni kan. Kuncinya say no to air manis dan kurangkan nasi. Sepanjang puasa aku memang telan air kosong je, tak kira waktu buka dan sahur. Ada juga rasa sikit macam air tebu, milo ais tapi rasa je ok, buat lepas merasa nikmat dunia.

Bab makan susah nak cakap sebab aku ni serius kuat makan. Tu yang sebolehnya tak mau buat kuih untuk berbuka. Bayangkan la seminggu dua tiga kali, sekali 5 biji murtabak en suami beli. Sebijik setengah murtabak untuk aku sorang. Tapi aku pastikan nasi yang aku ambil mesti tak lebih dari dua senduk. Lauk tu belasah je la banyak mana suka. Kuah yang berminyak dan berlemak tu kena kurangkan. Ni ayam golek buka semalam. Sebab satu ni je menu, sekoq ayam selesai kami tiga beranak.haha..



Sebaiknya apa cara diet pun kita kena pastikan menu utama yang kita makan tu kita sendiri yang masak. Kalau lauk beli sedia maklum memang banyak yang tak sihat. Lagi satu kena pastikan waktu buka tu jangan ada makanan yang banyak. Satu dua jenis dengan kuantiti sedikit dah la supaya nanti tak ada baki makanan untuk kita berulang makan selagi tak tidur. 

Tu je kot, ada lagi dua minggu nak raya ni boleh lagi kurangkan beberapa kilogram. So good luck buat yang berazam diet di bulan puasa. Buat kuih raya tu tahan nafsu sikit ye. Sambil baking kuih memang heaven ngap masuk mulut tak ingat kalori. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya.haha




8 comments:

nasa mulia said... Best Blogger Tips

bulan puasa, bulan menambah berat saya...hari biasa makan nasi sekali, bulan puasa 2 kali...hehehe

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Hebat tu PK dah 4kg turun.. mmg tips yg bgus ni.. saya pun perhatikan badan saya mudah gak naik bila saya banyak minum air manis, ais dan benda berkeju yang mana ketiga2 tu di hari biasa mmg saya elakkan. Tapi bila datang musim nk makan tu, melantok aja.. lepas tu mulala rasa naik kat paha kat pipi..

Puasa kali ni saya tk fikir apa sb sblm puasa berat dh kembali 46kg.. kira okla kot. Ada kwan menegur lagi cengkung, agaknya turun la kot. Kalau xpun ok je lagi ni.. haha..

Chot said... Best Blogger Tips

jenis cpt naik cpt turun ni untung..haha..untung time cpt turun je la..time tgah mkn berselera tu..xtau nk ckp cmne..time xberapa berselera tu jrg2 pulak jadi..selera sokmo dokk

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya memang pelik sikit. Bulan puasa ni memang jarang turut berat. Tapikan tahun ni kotnya mak mertua ada rumah, tetiba aje badan terasa ringan sikit ^_^ Mungkinlah turun beberapa gram, itu yang kain baju terasa longgar 0.01-0.1 cm. Hahaha!

SalbiahM said... Best Blogger Tips

betul tu kak..kalau beli banyak sangat, pas balik terawih sat lagi mulalah ke dapur nak makan lagi.tu yang gems, sebab makan sebelum tidur

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

caya lah pk. good luck tp jgn lps ramadan kembali mertenak lemak pulak tau.hihi.maklum la rendang, ketupat, lemang pon byk santannya tu.hihi

kuih raya lagi la kan.. hahaha

aduhai bab lepas merasa nikmat dunia tu yg tak tahan tu.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

lya trn berat badan..sbb mkn sekali time berbuka.. xde tambah2.. sahur just minum oat

Norains Sulaiman said... Best Blogger Tips

Harap-harap berjaya turunkan berat badan tahun ni.