Pixajoy

Friday, July 31, 2015

Home » Aiman Berserban

Aiman Berserban



Cuma nak tayang anak soleh berserban. Nampak je macam mudah, bukan semua orang pandai lilit serban tau. Pak Njang Aiman ni yang lilitkan. Kat kampung Aiman ikut Pak Ndak Pak Njang jadi geng surau. Dari kecik memang kerja dia mengekor pak sedara dua orang tu la.

Raya kedua sampai kampung terus buat aktiviti mendobi. Baju basah tak ada baju nak pakai, ni yang Aiman repeat pakai baju raya untuk solat.


Pak Njang hadiahkan baju ni siap tasbih untuk Aiman. Dok usik Aiman baju putih Aiman gelap dah macam India.haha. Tak menahan tu siap kata nak pakai baju ni pergi KAFA. Aiman nak tanya dekat ustazah boleh tak kalau nak terus pakai baju ni. Kalau tak boleh, Aiman nak cakap baju KAFA Aiman basah. Sapa ajar menipu anak oi.hahaha...Tasbih pun nak bawa pergi sekolah nak zikir katanya. Aduh! 


Adik Fia sibuk nak enterframe sama. Jeles la tu kita asik snap gambar abang Aiman je!


Alhamdulillah adik-adik aku (Pak Njang Pak Ndak Aiman) sekarang dah banyak berubah. Dah jadi orang kuat surau, bendahari dan bilal. Semoga doa anak-anak soleh aruah mak dan pak sampai ke sana. Ameen.







9 comments:

lieyalatif said... Best Blogger Tips

wahhhhhhhhhhhhhhh aiman..sejuk mate aunty lieya tgk...mcm haji2 hah.... amin mane tau masin mulut aunty aiman cepat naik haji...jadi ustaz mcm ustaz don tu ke kan....amin...amin....

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

aamiin
segak cntik balutannya kemas.
suka aiman, kan !

smga aiman pon ikut jejak langkah pak njang n pak ndak nti

Unknown said... Best Blogger Tips

semoga aiman terus menjadi anak yang soleh

SalbiahM said... Best Blogger Tips

segaknya Aiman...moga menjadi anak soleh ya

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

wah aiman...ada iras2 ustaz abdullah khairi...semoga menjadi anak soleh..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Manis kan berserban.. sunnah tu.
Memula belajar lilit kalau dah biasa sekali lalu aje buatnya
Hubby kakak memang pakai serban utk solat raya
Tapi solat biasa pakai kopiah aje..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Hensem je ustaz aiman berserban ni. Bagusnya aiman, jarang budak usia aiman ni yang nak oakai serban..songkok pun pkai kejap2 je biasanya..
Seronok dan lega bila adik beradik berubah lebih baik kan.. adik saya pun sama.. masa remaja dan sekrang lain sangat..rasa lega sangat mak ayah sempat merasa baktinya semasa masih ada ni..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

waahh..iman muda ni

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tenang aje hati tengok Aiman berserban. InsyaAllah yerk, jadi anak soleh juga nanti. Kalau bohong sunat sebab nak berserban dan berjubah ke sekolah agama, boleh kot. Hehehe!