Pixajoy

Tuesday, June 11, 2013

Home » Menu Berpantang : Biskut Osborne Julie's

Menu Berpantang : Biskut Osborne Julie's



Ini bukan OSBON Maharajalawak ye. Pernah makan biskut ni? Kalau tak pernah makan pernah tengok tak? Adik ipar belikan mak masa mak jaga aku dalam pantang. Aku tumpang sekaki, dah mak kata biskut ni tak berminyak boleh makan, en suami pun belikan untuk si isteri.

Before this tak pernah tau kewujudan osborne, dalam pantang ni antara biskut yang paling sedap boleh makan.haha Rasa dia macam takde rasa, biskut kosong, ada masin sikit, tak berapa lemak dan teksturnya keras banyak. Masuk dalam milo panas lama-lama pun bila masuk mulut masih rasa kerapuhan biskut. Senang cakap tak lut dalam air.

Stok osborne dah habis lama. Dah tak larat nak hadap biskut kepala lutut hantar mesej minta en suami belikan biskut ni dan sejenis lagi biskut apa-apa pun takpa. Alih-alih empat bungkus beliau beli biskut yang sama. Memang suka perli!

Sebungkus lagi telah selamat dikendurikan

Tak nak bagi aku makan biskut pelik-pelik la tu. Ni rahsia tau! biskut tiger, biskut marie, biskut yang ada krim pun aku dah bantai dalam kuantiti releven.hakhak.. 





13 comments:

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Dah tak kira janji biskut ye. Tapi kalau keluarga kakak berpantang biskut cream tak boleh makan. Tak apa kalau tak ada masalah..

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

x pernah makan biskut ni..ni pun baru tau..nnt bolehla cuba...:)

GreenJade said... Best Blogger Tips

pesal aku tak tau pung...uhuhu

mcm best ngap2 dn lappy ni..heeeeee

Mrs Lurve said... Best Blogger Tips

xpernah dgr biskut ni hehehe...masa dlm pntg dulu mkn biskut kepala lutut dan cream crackers hup seng

mrs mell said... Best Blogger Tips

biskut ni rasa lemak2 kan?.. gelembung rangup gitu kan? kalu betul.. kami pggil biskut kapal.. haha

transformed housewife said... Best Blogger Tips

ala mkn je berbagai jenis biskut asalkan berpada2. hehe

izan mama mia said... Best Blogger Tips

org yg tak berpantang pun sedap makan biskut nih

husna zahidi said... Best Blogger Tips

husna pernah tgk..roomate bawak pergi kolej..tp payah nak jumpa kot..=O

Masya said... Best Blogger Tips

teringatkan kwn sy gelak satu biskut tu rendam kat air kopi panas baru dia lembik.. dia panggilnya biskut tu biskut lutut sy kalau namapak biskut yg dia ckp tu.. mesti sy nak gelak tau...

chii said... Best Blogger Tips

x pernah tgk la plak...ada mcm biskut yg slalu org buh dlm air kopi tu ke

CtAyue said... Best Blogger Tips

nampak cm sedap tu

sal ya said... Best Blogger Tips

akak suka weetameal.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mrs mell

biskut kapal tu lain,yg ni tak lemak..biskut kapal tu sedap..:)