Pixajoy

Monday, June 03, 2013

Home » Petua Mengelakkan Bayi Kuning (Jaundis)

Petua Mengelakkan Bayi Kuning (Jaundis)



Aiman masa baby dulu kena gak jaundis. Dua hari bermalam dekat hospital. memang tragis bila satu hari berkali-kali nurse cucuk untuk ambil darah.  Aku sampai buat drama nangis teruk-teruk kot. Dah la baby tu kecik, berapa banyak sangat la darah. Naik biru kaki comel Aiman kena cucuk.

Dah jadi perkara biasa baby sekarang kena kuning beberapa hari lepas lahir. Aku percaya  gak la faktor pemakanan mainkan peranan penting. Sebab tu masa  pregnant, ibu kena makan makanan berkhasiat. Mak bidan pun pernah pesan kt aku, nak elak kuning masa mengandung jangan asyik nak makan ayam je hari-hari, sayur langsung tak nak telan. 

Masa pregnantkan Aiman aku makan main belasah je. Almaklum la masa tu baru nak mulakan hidup. Afia ni kira beruntung la sikit. Murah rezeki, makan pun ikan yang fresh-fresh je. Walaupun aku tak suka sayur masa pregnant, aku banyak makan buah. Alhamdulillah Afia tak kena jaundis.

Tak tau la sama ada petua ni serasi dengan Afia. Petua untuk elakkan kuning yang jiran mak beritahu. Mak mandikan Afia dengan air rebusan daun inai dan air teh (guna yang uncang je senang, rendam dalam air panas) . Tak salah kalau cuba. Kita sekadar berikhtiar.






14 comments:

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Alia lama gak jaudis dulu. Maybe kot time pregnant fiza bantai jer mkn. Nak2 mknan ringan. Suka giler mkn. Nasib baik skrg alhamdulillah. Alia ok jer ^_^.

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah Afia tak kuning. Kesian baby kena cucuk. Sampai biru2 tgn tu.

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

salam puan kutu,anak sulung k.atie pon sama cam Aiman gak...kita ni lar yg meleleh2 airmata bila depa ambik darah kat kaki baby.Last2,k.atie tak pegi cek darah pon...ikot jer petua mak k.atie.Alhamdulialhhhh..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Best Blogger Tips

masa baby kena dulu.. aduh panik abis.. semua kaedah n petua dysha pakai..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Mmg ada macam2 petua. Kita ikhtiar je. Saya dulu mcm2 cara gak cuba

Masya said... Best Blogger Tips

anak adk saya kene jugak, adk saya minumkan air serbuk mutiara.. alhamdulillah terus okk... iyer ker makan ayam masa mengandung blh sbbkan baby kuning.. ni pestime tahu ni hahahaha.....

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

tk salah kalau mencuba kan petua2 yg ada... ... :)

ummi izan said... Best Blogger Tips

k.izan pun tak pandai sgt bab2 petua ni. tapi mmg tak salahkan nak mencuba...

Mrs Lurve said... Best Blogger Tips

qisya jaundice memg teruk..smpai masuk NICU..mcm2 petua cuba tp xberjaya

Munnafendy said... Best Blogger Tips

untung la afia tak kena kuning..tak la gerun tgk kaki baby kena cucuk kan..aisy ada kuning, mmg mak mandikan dgn air daun inai. ada 1 lg, mndikan ngn air rebusan daun durian :)

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

Anak cr yg pertama tue...kena...Di sebabkan mak mertua ssuruh makan jamu te yg kena kuning tue...

Nastyna said... Best Blogger Tips

Noted for future :D:D

izan mama mia said... Best Blogger Tips

mmg kuning tu bahaya,...kita kena jg dari mula tahu mengandung lagi...

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hurmm..nk buat cena wktu aiman tu xtaw lg kan kak..syukur afia x kena..=)