Pixajoy

Monday, June 10, 2013

Home » Aiskrim Malaysia Dalam Cawan

Aiskrim Malaysia Dalam Cawan



Dekat playground ada jual aiskrim Malaysia, sebatang 20 sen. Aiman selalu jugak mintak nak beli aiskrim ni bila petang, time dia keluar bermain. Masa pregnant dulu aku pun tumpang sekaki, hulur Aiman seringgit minta Aiman belikan 5 batang. Yang selebihnya simpan dalam peti ais buat stok.

Perisa kegemaran aku tentulah milo dan jagung. Aiman tak kisah sangat, asal dapat makan aiskrim, laici dan grape pun sedap bagi dia. Secara tak langsung, Aiman belajar membeli dan mengenal wang. Makan aiskrim Malaysia ni memang sedap, tapi tak bagi la Aiman hadap setiap hari, kang batuk.

Kat rumah ni memang jarang buat air manis. Sesekali buat bila tak habis minum, untuk elakkan pembaziran aku masukkan dalam cawan kemudian bekukan. Jadilah aiskrim Malaysia dalam cawan. 
  
Perisa milo je, Kalau perisa lain malas nak buat.

Baru ni Aiman kena batuk sikit-sikit. Ibu dan abah dah warning selagi batuk Aiman tak boleh makan aiskrim. Maka aiskrim ni dok bertapa dalam peti ais dekat seminggu. Aiman dok ketagih aiskrim ni dah lama, bukak tutup peti ais tak dapat makan tengok pun jadi. 

Tempohari tak dapat makan dia jilat-jilat sikit kat permukaan atas cawan pastu datang dekat aku sambil menelan liur,

"emm sedapnya aiskrim..Aiman nak makan aiskrim tapi takut abah marah."

haha Kesian pulak bila tengok.. 

Hari ni batuk pun dah lega Aiman mintak kebenaran dari aku, jawapannya kena tanya abah. Si chubby pun beranikan diri tanya abah,

"Abah.. boleh tak Aiman nak makan aiskrim?"

Dapat je kebenaran sepantas kilat cari sudu. Tak peduli dah aku kata tunggu bagi cair sikit. Aiskrim tu dah kejung kan lama sangat dalam peti ais.

Tengah menikmati aiskrim, dengan nada marah abah cakap, 

"Sapa suruh makan ais?"

"Tadi abah angguk.." takut-takut si chubby jawab

"Abah gurau je..Makan la.."


* Aiman ni takut dengan abah sorang. Kalau degil sebut je nama abah mesti menurut perintah.hehe..






14 comments:

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Sedapnya.... kami pun suka. Feveret adalah milo

Masya said... Best Blogger Tips

rasanya semua anak pun takutkan abahnya kot, amir pun sama...

♥MAMASYAZA♥ said... Best Blogger Tips

ermmmmm akak suka jugak aiskrim dlm cawan camni. slalunye air oren yg jadik pilihan....biar sampai beku.. amik sudu ketuk2...makan pelan2...best

Rapunzeel Cikilolo said... Best Blogger Tips

huhuhu....

bagus hormat abah

:)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

1. Kakak baru perasan header cantik. Suka!!

2. Aiman anak baik akur kalau tak boleh atau boleh dia ikut - suka kakak.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Alahai Siannya Aiman...Tapi Aiman budak yg baik..ikut jer kata abahnya...
Tapi kalau batuk, mmng tak sesuaikan...

transformed housewife said... Best Blogger Tips

anak2 knur pun lg takut dgn papa diaorg. agaknya kita ni suka sgt membebel, jd bila marah pun boleh diaorg buat tak tahu je. huhu

NzA said... Best Blogger Tips

hehehe.....mesti comel je muka sentap aiman....

eita said... Best Blogger Tips

patuh betol aiman..

kalau anak buah ita..larang macam suruh je...

ieda immi said... Best Blogger Tips

saya dulu suka buat dlm plastik panjang2 tuu .. buat utk kami adik beradik makan ..
skrg dah malas nak buat utk anak2 ekke ;)

izan mama mia said... Best Blogger Tips

bertuahlah aiman jenis hormatkan abahnya...mia ni manja sgt dgn papa dia...mama dia naik geram

husna zahidi said... Best Blogger Tips

sedapp..husna jiran sebelah umah yg jual..makanya tiap ptg pakat dok ulang ke rumah tersebut..=P

chii said... Best Blogger Tips

hehehe..chii blh bayangkan camne kalutnya muka aiman time abahnya soal blk..comel je

sal ya said... Best Blogger Tips

husben akak rajin buat aiskrim malaysia.