Pixajoy

Saturday, June 08, 2013

Home » Cabaran Mengajar Afia Menyusu Melalui Botol

Cabaran Mengajar Afia Menyusu Melalui Botol



Dua tiga hari ni aku dah mula perkenalkan Afia dengan botol. Tak berkesempatan lagi nak cari puting yang sesuai. Guna apa yang ada je. Apa yang aku baca puting silikon bagus dari lateks sebab lateks ni ada bau, mungkin baby tak suka. Kalau ada online shop yang jual puting jenis silikon sila bagi link ye kawan-kawan. 

Nak mulakan mesti la dengan susu fresh. Apa yang aku tau susu yang dibekukan, susu dua tiga hari punya rasanya memang tak sama kan dengan fresh? Jadi aku perah je terus bagi Afia. 

Day 1 : Aku bagi dia menolak, siap buat muka geli macam nak termuntah. Tak lama kemudian aku panggil adik aku, bila adik aku suap, Afia hisap. Rasa lega la sikit dia nak. 1st day mulakan, aku rasa sekali sehari cubaan untuk botol dah cukup hebat. 

Day 2 : Semalam dah berjaya, hari ni dengan confident minta adik aku susukan Afia. Malangnya misi tak berjaya. Banyak kali gak adik aku cuba. So far ada dua je botol BPA free yang aku dah beli. Satu jenama Fiffy dan satu lagi Anakku. Aku cuba tukar yang Anakku tetap tak berjaya. Sayang dengan susu yang di perah aku cuba bagi tak lama lepas tu. Afia tetap tolak.

Day 3 : Kali ni minta en suami bagi susu melalui botol. Yang lawaknya dia tutup mulut rapat takde chance en suami nak sua puting pun. Sebenarnya aku perasan Afia memang macam bagi signal nak melalak. Aku sua pun dia bantai melalak gak. Beberapa kali bagi tetap dia tak nak hisap. Mungkin aku bagi pada waktu tak sesuai. Frust menonggeng la ibu.

Baru tiga hari cuba mesti ada cabaran. Apa pun usaha dan latihan perlu diteruskan. Even cuti aku masih panjang, aku dah start perah stok susu sekali sehari. Dapat la dalam 3 hingga 4 auns 10 minit mermaid. Pastu bila susu dah tak meluncur laju, aku stop perah. Patutnya kena kosongkan terus. Tangan lenguh gila. Ekceli lebih kepada malas.haha. Dah survey breastpump. Gaji nanti baru beli kot.

Abaikan susu  yang nampak comot tu. Mermaid katakan!

Semalam officemate datang melawat. Depa kata tahun ni turn aku cuti raya. Ikutkan bulan puasa aku dah kena naik kerja. Kalau la aku dapat sambung cuti bersalin sampai raya (akan diikhtiarkan.hehe), stok susu perahan dah 3 bulan kot. Siapa nak minum? Afia kan selalu direct bf.huhu..

* Nanti update entri tips menyusu melalui botol. Aku tengah menuntut ilmu.






14 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

Teruskan usaha, I dulu cuba cuba dan cuba then give up, mmg budak ni langsung tak nak dari botol even suam2 pas perah terus bagi. For me ok lagi sebab tak kerja, macam u mmg kena usaha sampai dapat la. All the best PK, and Afia ;)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

memang mencabar jugak ya..tak pe dik..pelan2, InsyaAllah berjaya nanti...

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

sumaiyyah dulu pun macam tu juga mula2 orang gaji akak bagi guna shrink ubat tu... lama2 dia nak juga

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

assalam,

perlahan2 , sabar...lama2 nak lah tu..

jangan pakse mendadak, baby pun tahu gak memberontak, maklumlah dah sedap nenen ibu..

umi alya said... Best Blogger Tips

Pelan2 latih dia

CtAyue said... Best Blogger Tips

hehe.. good luck.. boleh tu slow2 ajar.. explain kt afia, kena belajar minum ngn botol gak nt mama kan nk g keje..mesti afia nak punya..hehe.. apapun teruskan usaha dan semoga misi berjaya... :)

izan mama mia said... Best Blogger Tips

afia belum puas menyusu melekap dibadan ibunya lah tuu...bagi masa lagi laa dia hisap puas2 dulu...kan byk lg cuti..ehe..kan afia kan..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Dah banyak stok nya? Memula memang susah. Bf kan lagi best. Dekat dengan ibu. Usaha tangga jaya =)

Wahhh... sakan lah bercuti raya tahun ni

iietamalek said... Best Blogger Tips

truskan usaha

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Kalau baby yg pandai merasa dan memilih ni payah juga. Ada yg tak kisah tu senang ;) Biasa tgk org bg bila dia betul2 lapar. Takde pilihan dia hisap juga. Good luck

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

insyalllah lama2 okle tue... moga dipermudahkan ye..

Masya said... Best Blogger Tips

teruskan usaha.. hebatlah mermaid sendiri ....

Mrs Lurve said... Best Blogger Tips

jgn putus asa...masa msih pnjg..teruskan mencuba. InsyaAllah berjaya nti.

husna zahidi said... Best Blogger Tips

afia cakap x ori la ibu..haha..