Pixajoy

Monday, June 24, 2013

Home » Jerebu Melanda Sungai Petani

Jerebu Melanda Sungai Petani



Semua dok kalut update cerita pasal jerebu aku pun tak mau ketinggalan. Buat entry pasal jerebu klise sangat kot.haha Aku ni even dah habis pantang kira macam tinggal dalam gua jugak, kalau tak outing memang memerap dalam rumah tak perhati dunia luar. Afia kalau bawak kat sliding door, kena cahaya sikit kemain seksa nak bukak bijik mata. Jakun la kan selama ni dok dalam gua. 

Petang tadi baru terperasan jerebu dah melanda Sungai Petani. Walaupun tak berapa nak teruk aku dapat rasa bau asap. Patut la lately tekak asyik kering je. Kuat aku melantak air masak. Afia pun setiap masa macam mencari susu. Agaknya nak lepaskan dahaga la kot. Cuaca panas sekarang kulit si bambam tu dah naik ruam. Kesian si cantik ibu.

Aku perhatikan budak-budak slamber je dok main bola kat padang. Tak terkesan langsung dengan jerebu kot. Baru ja pegang kamera nak tunjuk bukti jerebu kat korang  Afia dah bunyi. Terpadam terus hasrat suci. Tutup langsir masuk gua kembali.

Sama-sama kita doakan semoga keadaan cuaca kembali pulih.






6 comments:

MulutPayau said... Best Blogger Tips

tempat akak pun dah terkena jugak...
semoga keadaan cepat pulih....

Rapunzeel Cikilolo said... Best Blogger Tips

same la kat sini paling teruk la hari ni...

izan mama mia said... Best Blogger Tips

mg jerebu makin pulih...mia dh boring main dalam rumah jer

Masya said... Best Blogger Tips

dah sampai sana yer... itulah kat taman kt pun ada jugak yg main bola.. padahal dah putih dah.. kat kawasn tu jerebu...

aizamia3 said... Best Blogger Tips

moga cepatlah reda keadaan jerebu ni hendakNYA..

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

ari ni penang nampak cerah sikit..ada la cahaya matahari berbanding semalam