Pixajoy

Tuesday, February 05, 2013

Home » Mee Ketam Puan Kutu

Mee Ketam Puan Kutu



Menu petang semalam. Jangan risau takde kutu kat dalam ni.hoho..

En suami bawak balik ketam banyak-banyak aku sorang je la nak ngadap. Beliau tak makan sangat. Aiman hanya makan bila ibu tolong kopekkan isi. Dalam freezer banyak ketam lagi. Tengah fikir apa menu nak masak.

Bukan nak puji diri sendirilah. Jauh sekali nak riak atau takbur. Rasanya Mee Ketam Puan Kutu ni lagi sedap dari Mee Udang Banjir D'king. Sebab tu letak gambaq besaq gedabak.muahaha..

Resepinya macam buat mee bandung biasa. Simple dan sedap!


Resepi Mee Ketam

Bahan-Bahan
  • Mee kuning dicelur
  • Ketam dibersihkan dan dibelah dua. (aku malas belah, belasah sekor-sekor)
  • Cili kering, Bawang Putih, Bawang Merah, Sedikit Halia (dikisar)
  • Sos cili
  • Sos Tiram
  • Sayur Sawi dan Carrot (dipotong)
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Maggi atau Kiub Ayam Maggi sebagai perasa
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sedikit Tepung Jagung (untuk pekatkan kuah)
  • Taugeh dan bawang goreng (Hiasan)

Cara- Cara
  1. Tumiskan bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili dan sos tiram kemudian air ikut suka nak kuah banyak mana.
  3. Masak hingga mendidih pastu masukkan ketam.
  4. Kemudian masukkan batang sawi dan carrot.
  5. Bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuah. Kacau rata.
  6. Pecahkan telur dan akhir sekali baru masukkan daun sawi.
  7. Perasakan dengan serbuk maggi, garam dan gula secukupnya. Kuah siap!
  8. Masukkan mee yang telah dicelur dalam mangkuk, tuang kuah, tabur taugeh dan bawang goreng. Now dah boleh ngap!






24 comments:

izan mama mia said... Best Blogger Tips

wah membangkit selera...

Masya said... Best Blogger Tips

errkkk.. semalam cr ketam x jumpe... ingat nak masak ketam telur asin.. hari ni nampak murni publish mee ketammm uwarrr.. mau guling² nak jugak....

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Pepagi tunjuk mee dgn ketam. Terliuq dibuatnya. InsyaAllah, nanti nak try arr resepi muni. Thanks yer (^_^).

Rajin sungguh muni memasak :)

Munnafendy said... Best Blogger Tips

wooootttt!! salin resipi! salin resipi!

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

sedapnyaa..masuk dlm list cuti raya cina nnti..=D

kak murni..mee banjir tu husna dah dgr lama dah tp x berkesempatan lg nk p..huhu..

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

huwaaaa...nanges sbb dah lama sangat tak makan ketam! kompem sedap nih...tgk gmbr ajepun dah rasa kesedapannya...

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kakak tengok gambar ketam yg duduk dlm pinggan pun dah dapat agak memang sedap ni...

Mrs Lurve said... Best Blogger Tips

besarnya ketam tue..nmpk pun dh menyelerakan..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Sedappp nya! terliur tgk..
boleh cuba resepi ni nnti:)

Fieda Rafli said... Best Blogger Tips

wah..buat org meleleh leleh ni..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Best Blogger Tips

sgt jrg dngar mee ketam.. tapi confirm sedap sb ketam memg sedapp

mama ila said... Best Blogger Tips

waaaaaaaaa...sedapppppp..nak try lah pasni...adeiii..meleleh air liur tgk ketam besar gedabak..huhu

Nieyxzha Hassan said... Best Blogger Tips

pergh! ketam tu....marbeles! post kat sini sikit... nieza nak try sangat nak masak ketam dengan telur masin tu...camne la...teringin nak buat.. ^^

~gara-gara tengok post siti kat instagram..hahahaha ;p

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

dah ambik resepi nie... nk buat ler weekend nie..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

akak tak makan ketam..tapi tengok gambar tu mmng mnggoda betul...

Nastyna said... Best Blogger Tips

mee ketam ni fenomenano terbaru ker kak? Mrata namak mee ketam. Faveret saya ketam ni, dah lama jugak tak makan sebab kat sini takder yg fresh and harga yg sejuk beku dari zaman batu tu pun sanagt la mahal.

NzA said... Best Blogger Tips

tu diaaaaa....trgolek ketam lemak brkrim dlm mangkuk.....bak sini kalau xhabis...akak peminat ketam.....

BlueiceButterfly said... Best Blogger Tips

brselera tengok ketam besar tue ha..tak brapa suka ketam sebab malas nak kopekkan..hehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

msk sendiri mmg terbaik lah...!!

tp sy thn dpn la kot baru leh mkn mee.. mash lg pantang mkn.. :-)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

slurppp.. mesti sedap.. menu lain drp lain ni..

Rapunzeel Cikilolo said... Best Blogger Tips

kalau buat pedas-pedas mesti sedap kan...

Nor Salmi said... Best Blogger Tips

Kalau buat ni anak2 dara akak tentu suka. Akak dan anak2 bujang tak makan ketam..

azura said... Best Blogger Tips

saya teringin mee ketam tapi tak jumpa ler pulak...kena masak sendiri ler ni ikut resepi Puan Muni

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

sedapnya....nak trylah nanti..