Rasanya ini pertama kali aku buat entri aktiviti makan luar kami sekeluarga. Selalunya makanan yang terhidang diblog ni semuanya hasil tangan aku sendiri kan? Aku secara peribadi sangat segan untuk ambil gambar makanan di restoren, rasa tebal je muka tak tau nak letak mana.haha..Tadi bila orang sebelah dok sibuk tangkap gambar makanan, "mesti nak masuk facebook la tu.." kata en suami. Aku dekat rumah pun sorok-sorok je tau bila tangkap gambar masakan masuk blog especially kalau en suami ada.hahaha..
Semalam selepas baca INI, aku terus meleleh air liur dan automatik mengidam! Aku gigih goda en suami ajak makan kat situ. Jiran aku pun kata mee udang banjir kat situ sedap. So kena la cuba sendiri sebab selera setiap orang kan berbeza. Lepas solat maghrib kami terus bergerak ke restoren. Perjalanan ambil masa lebih kurang sepuluh minit je dari rumah. Ini pertama kali kami kesana. Ekceli baru jugak tahu tentang restoren nie. Terima kasih Ibu Alisha atas infonya.
Persepsi pertama aku tentang tempat ni sangat ok. Siap ada orang jagakan parking pastu bila kita jejak kaki je ada pekerja yang menyambut dan carikan tempat duduk. Aku tak nafikan restoren ni suasana dia best. Tapi mood sedikit lumpuh bila pekerja restoren yang ambik order di meja kami langsung tak manis muka. Aku faham mungkin depa penat, pelanggan pun ramai dan nampak macam tak cukup pekerja.
Aku curik gambar ini dekat blog Ibu Alisha. Mintak halalkan.hehe. Untuk mee udang banjir kita boleh pilih nak udang laut atau udang bela. Kami minta udang laut. Sila bayangkan yang mee banjir aku tak banjir meleleh macam gambar. Ye la tadi aku makan hidangan untuk tiga orang saja, udangnya cuma 6 ekor. Aiman makan nasik putih dengan ayam kicap. Selain tu kami order kerang bakar hidangan untuk dua orang. Untuk minuman aku dan Aiman air suam, en suami limau suam. Itu saja, total RM 36.80.
Bila kerang bakar sampai en suami tegur, "kerang ni nak makan dengan kuah apa?". Ok pekerja dia kata lupa, lepas tu datang dengan air asam. Kalau makan nasi sesuai kot air asam tu. So en suami minta sos manis tapi dok menunggu tak datang-datang. Lepas tu en suami minta lagi dekat pekerja lain, tunggu lagi tak datang juga. Kali ketiga bersuara baru pekerja tu pergi kemudian datang bagitau " Minta maaf, sos habis!". Terus potong mood aku nak makan kerang bakar! Korang rasa logik tak sos habis sedangkan jam belum pun menunjukkan pukul 9 malam? Agak ralat disitu..
Limau suam RM 1.50, En suami kata mahal.haha. Kalau mintak hidangan untuk dua orang tadi memang tak cukup kami dua makan. Bagi aku meenya sikit dan rasa tak banyak beza macam kuah charkoteaw. Rasa dan servis boleh tahan sajalah. En suami kata kalau beliau masak lagi sedap. Siapa nak makan boleh datang rumah bawak bahan-bahan nanti en suami masakkan.haha..Sekian!
* Untuk info, masa di Johor en suami berniaga charkoteaw. Lain kali Insyaalah nak try makan ikan bakar pulak bawak abah dan mak.
23 comments:
nampak menyelerakan... tapi x mkn udang lah... kedai2 mcm ni, yang buat taik pekerja2nya lah...
Haha.. akak pun malu2 sebenarnya nak ambik gambar kat kedai makan kecuali kedai tu jauh dan dtg sekali je.. kalau kedai yg selalu dtg memang tak pernah ambik gambar..
ps: hari tu kat melaka sebuk ambik gambar harga ikan, pakcik tu tanya, nak masuk metro ke? hahaha..
nmpk sedappp..
tp akk kata biasa je ek?heee...
kalo hubby akk mmg pndai msk so mmg btol la apa dia kata..:)
banyaknya udangg..wuu..ira suka udang!
akak! mee udang D'King ni kat manekah??baru bukak eh..tak familiar pun..gila banjir..hehe
nampak menyelerakan..
pelanggan ramai kot, pekerja dah penat. sos habis mungkin sebab dah sikit, maka habis la. haha~
wahh, cerita pasal mee udang banjir lagi.. nyummmiii... entah bila la nak merasa menu menyerelakan ni ya.. ehe
Sedapnye mkn mee udang. Tp akak tak tahan. Alergi makanan laut.
terliur maklong tengok..
hari tu dah pernah cuba buat..
memang sedappp..!!
ooo dah pegi ek... servis restoran tu mmg xbrp bagus sikit.. mksud saya, ketika saya g tu pun, mee udang yg diorder lambat sikit smpai, tp blh consider la mybe sbb org ramai..
xtau la pulak yg muni punya lain dr dlm gambo.. yg kami punya, mmg betoi2 banjir la.. order utk 4 orang,udangnya ada 20 ekor.. ohya, saya punya ni, mee udang banjir special..
kalu ikan bakar kat sini xsedap tapi xtau la kan.. selera setiap org lain2.. 1st time kitaorg g mkn ikan bakar.. biasa2 je pun.. that y 2nd time try mee udang pulak...
p/s : tunggu lain kali saya n hubby g mkn order untk ber2 pulak, tgk mee udang tu banjir ke tak... nanti saya report yer.. hihii
Assalamualaikum.
Gambarnya menyelerakan. :)
erm..kadang semua da ok..tiba dia punya servis ngan staff..mmg out..nak dtg mkn lg pun..kena pk dua tiga kali..
sedapnye.. mengaliur tgk. hehe..siap boleh terbau2 lagi ha aroma dia. selalu mcm tu kan.. pekerja byk kerenah, kesian tokey kedai nnt. Aida pun kadang2 nak amek gambar kena sorok2, pernah terkena dah amek sorok2 tapi lupa off flash..hehe
peberet gua tuuu
kt tmpat dya ade 1 tmpat makan mee bandung udang .. perggghhhh !! sepinggan besar udang ade 7 ekor .. yummy !! ohhh ~ servis dan pelayan sangat ok . pantas , cepat dan mesra . hahaha !
memang banjir la mee tuh. saya jarang makan sebab alah pada udang.
http://wanwidget.com/
serius sedap, saya suka mee udang
selalu macam tu kan,bila ramai orang,mulalah servis keparit
mmg nmpk banjir gilers! pdn beno ngan nama mknan dia hihi
sbut psl servis, tringat hari p satu restoran ikan bakar ni..smpi aku nak tbako ngan servis dia urghhh
abis cemana gmabar dari blog Ibu Alisha bole jadi banjir cenggitu. udang banyak tuuu...
brp rege mee udang banjir 6 ekor udang tu???
@Hanie_Dew
ibu alisha katanya special,hidangan utk 4org..udang 2 ekor..aku en suami kn mkn udang sgt,buat apa udang byk2..lgpun dah selalu mkn udang kt umah.hoho..
@kakyong
RM20 kakyong.mahal kan..:)
ntah npe sampai skrg sy xtermengidam lgsg nk mkn mee udang banjir kat kuale sepetang tu... femes kann..sampei masuk tv..ni baru tau ade kat SP :p
maybe sbb sy xsuke udang besor2 tu kot...
hmm..mencacatkn pule servis depa ye kutu.sabo je le..
Post a Comment