Hari ini aku home alone. Aiman pergi Lumut selama dua hari ikut Wan dan Maktoknya. Bila dah sorang-sorang, angin rindu pun menyapa. Eceh! Tiba-tiba terngiang pulak suara si chubby. Dialog Aiman ni sikit pun aku tak ubah..
Ada gaya petani tak? Sama plak tu warna kulit.hehe. |
Situasi 1 : Borak sebelum tidur
Ibu : Aiman, nanti kita pegi beli beg sekolah, kasut sekolah..Aiman nak sekolah kan?
Aiman: Tak payahlah ibu..Kasut Aiman yang lama kan ada. Beg pun ada.
* Kasut lama dah koyak rabak dah pun. Nak beli yang baru pun menolak. So sweet!
Situasi 2 : Baru lepas mandi
Ibu : Alahai kesian anak ibu, tuala Aiman pun dah buruk. Ibu pun tak sempat nak beli.
Aiman : Takpelah ibu. Syukur apa yang ada.
*Serius teruja dengar perkataan syukur. Tadi pagi first time dengar. Alhamdulillah anak ibu tahu bersyukur. Gunalah tuala sampai koyak rabak yer.haha..
Situasi 3 : Aiman bercakap ditelefon dengan Tok Wan
Aiman : Wan..ada satu lagi hal penting Aiman nak tanya.
Tok Wan : Apa dia?
Aiman : Boleh tak Wan belikan Aiman mainan?
*Ini setiap kali call pun ada hal penting. Kalau dia mintak kat aku, aku bawak p kedai dua ringgit, pilih ja mainan apa yang dia nak. Jimat duit Ibu!keke
Situasi 4 : Bila Aiman minta tolong
Aiman : Ibu..tolong ambikkan Aiman air.
Ibu : ( aku pergi ke dapur dan ambil air)
Aiman : Terima kasih..
Ibu : ( aku dok best layan TV)
Aiman : Sama-sama tak dak?
*Dia memang bahasakan aku balik!hoho..
Banyak lagi dialog-dialog Aiman yang selalu buat aku tercuit. Bila abah dia nak pergi kerja dan kelam kabut sebab dah lambat, akan keluar dialog, " abah tak salam Aiman?". Kalau aku nak pergi kerja, dia nasihatkan aku suruh berhati-hati mengalahkan orang besar!
16 comments:
oh.. best kalau ada adik macm aiman..hehehe.. snng ja nak dgr cakap.
hehe..bijak aiman ni, tengok la sape yg didik kan :)
*dah ade gaya aiman ni..
hehe selambe jer dia...
"bijak...bijak...kdg2 dialog budak2 ni sekali keluar mmg power.."
suwit la aiman ni. nak anak mcm aiman la kang.. hek3... kim salam kat aiman. ckp pakcik ensem kim slm.. hek3
Aduhai aiman.. sejuk hati auntie dgr. Aiman anak yg soleh!!
so sweeeet aiman. tak pasal2 ibu plak terkena balik ye.
gud boy......dr kecil dh nmpk seorg anak yg xmenyusahkan ibunya....
hehe.. dialog last tu... nk tergelak lak... tp sweet je diaolog aiman ni..pndai dia bckp kan..
hihiii comel je aiman ni.... pandai sungguh!!!
kutu bagus lah kalau anak bee mcm kutu gak , tapi malang nya perempuan , semua nak baru huhu tak de makna nak pakai benda dah rabak2 nih even tuala pun suka ambik yg baru , yang lama tolak tepi ..
tapi anak bee naj air p ambik sendiri
bagusnya Aiman. Alhamdulillah.
aha.aiman sagat la comel. budak budak sekrang cerdas. cam anak buah aku. tak bole salah ckap kite kene balik. huhu~~~~
hehe.. pandai gak si chubby aiman ni berkata2.. mesti pening pale ibu die.. hehe
bijak berkata-kata.dh besar nti ni mesti pndai menasihati hehhehehe.
comelnya anak akk!hee
mengalahkan org besar plak..hihihi..
Post a Comment