Pixajoy

Friday, December 09, 2011

Home » CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 10)

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 10)



Pertemuan semalam sepatutnya sudah beberapa hari berlaku. Tapi Lisa belum bersedia. Di asyik menangguh walaupun pemuda itu telah menghubunginya berkali-kali. Tidak sanggup dia menatap wajah lelaki itu.  Walaupun redha dengan apa yang berlaku, tetapi disudut hati Lisa, kehilangan orang yang amat dia sayang menjadikan dia manusia yang tidak dapat menerima takdir. Orang yang paling Lisa sayang pergi meninggalkannya..

Taman pusat bandar menjadi lokasi pertemuan. Petang itu Lisa sengaja datang awal dan mencari lokasi disuatu sudut yang sunyi. Dia duduk di bawah bumbung pondok berukir berdekatan dengan sungai. Lisa menongkat dagu melihat air sungai. Orang sekeliling sudah tidak dihiraukan. Sejak kebelakangan ini, Lisa selalu termenung. Termenung melayarkan memori bersama aruah.

"Sesungguhnya dugaan ini sangat besar di pundakku. Ya Allah berikan aku kekuatan.." Lisa merintih dalam usai doanya.

“Assalamualaikum”

Lisa mendengar suara yang mirip dengan aruah. Tapi suara itu lebih keras sedikit. Lisa mengalihkan pandangannya.

“Waalaikumussalam..”pandangan Lisa terpaku pada susuk tubuh seorang lelaki yang hanya dikenali dari cerita-cerita Aril.

“Mia Mukhlisa kan?”

“Ye..panggil Lisa saja. Ini tentu adik Aril kan?” Sengaja Lisa membodohkan diri bertanya soalan yang memang dia tahu jawapannya.

“Boleh saya duduk..”

“Sila..”

Lisa membiarkan pemuda itu duduk mengadapnya di kerusi. Dia tatap wajah tenang pemuda itu. Kerinduan pada Aril semakin meninggi. Terasa seperti Aril yang sebenar berada depan mata.

“Kenapa pandang saya macam tu? Takut saya..hehe” pemuda itu berseloroh.

“Sory..” Lisa masih memandang raut wajah itu.

“Awak mirip Aril..betul cakap aruah. Suara awak..wajah awak..” Lisa tidak meneruskan kata-katanya.

“Kami twins..Mestilah sama..” Senyuman lelaki itu saling tak tumpah seperti Aril. Lisa sudah mula emosi. Menahan diri dan berlagak kuat didepan pemuda itu.

“Saya datang untuk beri Lisa ini..” sampul surat berwarna merah dihulur.

Petang tadi Lisa kuatkan hati jumpa Muhammad Khairul Fahmi, adik kembar Aril. Ini pertama kali Lisa jumpa Arul. Melalui cerita Aril, sejak kecil Arul tinggal di Kuala Lumpur. Lisa cuma tahu ibu Aril bercerai dengan bapa kandungnya dan pindah ke utara. Ibu Aril kemudian berkahwin dengan ayah Aril yang sekarang.

Walaupun mereka terpisah, Aril dan Arul selalu berhubung dan sesekali berjumpa. Selepas bapa mereka dapat tawaran bekerja di Singapura, Arul dan Aril terpisah jauh. Hanya dunia maya menjadi penghubung mereka. 

Menurut cerita aruah, Arul belajar diluar negara. Aril pulang ke Malaysia dua hari selepas Aril meninggal. Berkali-kali Arul menyatakan hajat ingin berjumpa Lisa selepas kepulangannya, tapi hari ini baru Lisa punya kekuatan untuk bersemuka.

“Apa ni?” Lisa hanya membiarkan surat itu ditangan Arul.

“Surat dari Abang..Ibu beri pada Arul. Katanya ibu jumpa atas meja abang..”

“Minta maaf sebab berkali-kali saya tolak pelawaan awak. Saya belum bersedia. Aruah baru saja pergi..”

“Takpe..saya faham. Walaupun saya dan abang jauh, kami sangat rapat. Saya juga merasai kehilangannya..” Arul bersuara sayu.

“Abang selalu bercerita tentang awak dalam setiap emailnya. Awak selalu disebut dalam perbualan kami..saya tahu abang sayang awak..”

Lisa cuma mendiamkan diri. Menunduk muka. Kesedihan menyelinap ke segenap anggota tubuh.

“Walaupun kita tak pernah jumpa, saya kenal awak dengan dekat melalui abang” 

Arul melemparkan senyuman. Lisa membalas tawar. Sedih kerana didepannya sekarang bukan Aril. Walaupun wajah tenang Aril dimiliki Arul, ternyata ada banyak perbezaan mereka. Melihat pada pakaiannya pun memang ketara sekali. Arul dilihat begitu moden kalau dibandingkan dengan Aril. 

"Abang selalu cerita pasal awak. Dia kata awak nakal, awak kelakar..awak comel..Pertama kali jumpa awak baru saya tau kenapa abang sayang sangat dengan awak" Sempat lagi Arul memuji Lisa

“Aruah juga selalu bercerita tentang awak..” Lisa bersuara.

“Saya rasa awak perlu tahu hal sebenar.” Arul mula serius untuk bercerita.

"Maksud awak?"

“ Malam itu abang telefon saya. Malam sebelum kejadian”

Lisa mengangkat muka. Tekun mendengar cerita dari Arul.

“Abang sangat gembira. Suara kegembiraan abang lain dari biasa. Awak tahu kan abang macam mana? Saya tak sangka..”

Lisa tahu. Dia kenal Aril sudah lama. Kegembiraan Aril jarang diluahkan, jarang diekspresikan dengan mimik mukanya yang sentiasa tenang itu. Gembira Aril hanya di pamerkan dengan senyuman. Jarang Lisa mendengar Aril ketawa terbahak-bahak seperti dirinya. Aril seorang yang sangat cool.

“ Abang beria tanya pendapat saya..”

“Pendapat??” Lisa seperti tidak sabar.

“Abang kata dia nak jadikan Lisa his wife. Selama ini impian abang hanya untuk hidup bersama awak. Abang kata nak beli cincin. Dia tak mahu kehilangan awak..”

Arul menarik nafas..Lisa sudah bergenang air mata. Lisa mengalihkan pandangannya kearah tumbuhan hijau dan landskap diruang taman mini sebelah mereka. Air terjun ciptaan manusia yang mengalir ke dalam kolam bergelora seperti gelora hatinya. Terasa seperti ingin memancutkan air mata sederas air terjun itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan tangis.

“Dia kata dia sepatutnya jadikan awak tunangannya sebelum dia ke Sabah lagi..”

“Abang sangat happy.. Dia beria sekali meluahkan gembiranya pada saya. Abang takut kehilangan awak. Dia nak jadikan awak tunangannya. Dia kata lagi, habis belajar dia nak terus kawin dengan awak..”.

Lisa mendengar sahaja tanpa niat untuk memotong percakapan. Dia melayan perasaan sedihnya.

“Hari yang abang balik dari Sabah, dia cakap nak suprisekan Lisa. Lepas bercakap dia terus letak telefon. “

“Seminggu sebelum tu..Abang pesan dekat saya. Kalau umur abang tak panjang, dia nak saya jaga awak..Saya cuma anggap itu gurauan sebab abang ketawa masa cakap benda tu. Dia memang tak serius..Saya tak sangka..”

Lisa sudah tidak mampu berlagak biasa. Dia sudah dengan air mata yang mencurah.

“Ibu kata malam tu..Abang pergi beli cincin..Dia nak melamar awak..Tapi hajat abang tak sampai..abang..” Arul juga sebak..tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Abang kemalangan sebelum sampai...Abang tak sempat nak beli cincin pun. Hajat abang tak sampai..”

"Ibu tak cerita apa-apa pada awak sebab dia tahu awak sedih. Ibu tau abang banyak meluahkan perasaanya pada saya, sebab tu ibu nak saya sendiri cakap dengan Lisa"

Arul melayan perasaannya. Dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk air mata Lisa yang tumpah. Beberapa minit mereka membiarkan suasana sunyi tanpa bercakap. Lisa sapu air matanya dengan tudung yang dipakai. Setelah puas menangis, Lisa memandang muka Arul.

“Sorry..”

“It's ok..saya faham..bukan mudah nak melupakan kesedihan kehilangan orang yang kita sayang..”

“Awak ambik ni..” Arul menghulurkan surat yang dari tadi ditangannya. Di letak atas tapak tangan Lisa.

“Awak jangan sedih lagi. Abang mesti tak suka tengok keadaan awak macam ni.”

"Sebaiknya kita doakan abang tenang disana. Saya lagi ralat tak dapat tatap wajah terakhir sebelum abang dikebumikan "

“Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita”. Arul menambah sebelum berlalu pergi meninggalkan Lisa.


---------------------------------------------------------------------------


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Di atas katil Lisa tersedu-sedu. Air mata deras turun. Surat sudah ada ditangan…Kedengaran lagu Beribu Sesalan dari corong radio. Dua rangkap pertama lagu tersebut kena sekali dengan diri Lisa. Dari tadi tangannya yang menggeletar dibiarkan dengan melayan lagu sambil teringatkan kisah pertemuan dengan Arul. Akhirnya Lisa mulakan bacaan.

Lisa sayang,

Ini pertama kali Aril menulis surat buat Lisa. Jangan merasa pelik sayang, walaupun Aril tidak tahu bermadah sayang untuk meluahkan perasaan, Lisa perempuan pertama dan terakhir yang Aril sayang. Ketahuilah Aril sangat menyintaimu sepenuh hati.

Sejak kecil Aril selalu ada bersama Lisa.  Selalu bersama dalam susah dan senang. Aril mahu sentiasa dekat dengan Lisa. Perpisahan kita yang selama dua tahun ini satu tamparan yang sangat hebat buat diri Aril. Aril terpaksa Lisa, demi mengejar sebuah impian. Lisa juga impian Aril, tapi pemergian Aril untuk masa depan kita. Aril pergi kerana Lisa.

Aril akui perasaan cemburu melulu Aril tidak adil bagi Lisa. Aril sudah cuba Lisa, membuang perasaan itu jauh-jauh, tapi Aril tak berdaya. Dari pandangan mata lelaki, Aril tahu dia suka Lisa. Hati Aril terluka, tak dapat Aril nak luahkan dengan perkataan. Minta maaf kerana Aril pergi begitu sahaja. Lisa menangis kerana Aril. Aril minta maaf sayang..

Aril harap selepas ini walaupun kita jauh, kita sudah ada ikatan. Ikatan ini adalah keputusan yang sepatutunya Aril buat sebelum Aril Ke Sabah dulu. Melihat kesungguhan dia, Aril jadi takut. Takut kehilangan Lisa. Kehilangan Lisa selama dua tahun Aril di Sabah cukup memeritkan. Aril tak mahu kehilangan Lisa buat selama-lamanya. Kalau ada sesiapa yang berjaya tawan hati Lisa, Aril harap Aril seorang saja orangnya.

Kiranya ada yang tercalar dikata, ada yang terguris dihati, Aril minta Lisa maafkan. Maaf kalau sepanjang kita kenal, Aril ada buat kesalahan dengan Lisa. Walau Aril tak sempat memiliki Lisa, biarkan semua kenangan kita berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian Allah kerana itu semua menjadikan Lisa lebih tabah dalam kehidupan. Walau apapun berlaku, ingatlah bahawa air mata Lisa bukan kebahagiaan untuk Aril.

Ingin sekali Aril berbisik padamu sayang, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan sebagai ingatan rindu Aril yang berpanjangan. Lisa yang Aril cinta, Lisa yang Aril rindu, ingin Aril berbicara sepuas hati, ingin Aril berbicara semahunya, bicara cinta terakhir disini. Love u so much..

Muhammad Khairil Adam

Lisa menutup matanya dengan bantal. Sarung bantal telah basah dengan air mata. Patung Shin Chan dipeluk erat. 

Beep..beep..

"Misae kenapa dah lama tak mesej Shin Chan?"

Sejak Lisa balik kerumah Maktok, Shin Chan mesejnya hari-hari. Lisa langsung tak membalas. Dibiarkan mesej Shin Chan memenuhi inbox. Dia sudah berjanji dengan dirinya tidak akan melayan Shin Chan lagi. Dia takkan menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Walaupun cintanya pada orang yang telah mati,dia rela menyimpan ruang hatinya agar tidak terdetik dek pujuk rayu lelaki.

Beep..beep..

"Hai Lisa, datanglah rumah Ira, Aya kata dia nak datang kalau Lisa nak. Janganlah terus bersedih. Aku tau ko sayang Aril. Tapi ko tak boleh terus macam tu. At least, kalau ko datang sini, aku boleh bawak ko jalan-jalan. lupakan kesedihan ko. Kirim salam Maktok ekk.."


BERSAMBUNG..


* Surat Aril tu susahnya nak buat.kihkih..Sorrylah klu part lepas time Maktok bagitau Lisa tentang kematian Aril tu takde umphh. Aku memang tak reti dan part tu memang susah bagi aku. Ada yang macam tak puas hati dengan kematian Aril. Ini kembar Aril sudah muncul.hehe. Malas pula nak kembangkan watak Arul. Aku rasa macam nak tamatkan mini novella ni secepat yang mungkin.






8 comments:

hyz said... Best Blogger Tips

hamboi gatai naaa belajaq x abes da gatai nak kawen. hahaha... tetiba plak muncul arul. amik nama apex nampak... hahaha

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

yeayyy ada smbungannyaaa...lagi lagi lagi!!

:D

Jue said... Best Blogger Tips

disebabkan aku curi2 bc dlm ofis smbl bz wat tender, maka aku sanggup print bbagai..g toilet konon2 nak pee2..trus bc...uwaaa knapa cite ni sedih???
uwaaa lg..wuwu..wp aku rawk tp dlm hati ade tmn!chewah!!

aku nak tunggu kesinambungan dia! weh beb, sorry lmbt p blog ko..dan aku ngan c tuan blog sticker tu xde pe2 LOL

psst: pttla si Saiazuan ade post psl poem tu kat fb..dia dpt dr sni hupenye..ke kbtulan?hihi

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

OLOO SEDIHNYA.. siap dah plan nk tunang plak... xda jodoh..

nk sambungan lagi.. hihii

Unknown said... Best Blogger Tips

amboi, ada kembar aril lah pulak..

siapa lah shin chan nih.. sian shin chan, lisa bo layan..

Wanie said... Best Blogger Tips

ade twins laa..aril suruh arul jage lisa kan kak?tak kan dah nak tamatkan kot?huhu..rilek la kak..hehe

Unknown said... Best Blogger Tips

alaa..ada twins ke..siap kasi pesanan penaja cmtu plak..aduhai..cinta 3 segi akan berlaku kah..

apaajanews said... Best Blogger Tips

hasil karya puan kutu ke ni...ok juga critenya