Pixajoy

Friday, December 02, 2011

Home » Jelajah Jemari Asmara GiveAway

Jelajah Jemari Asmara GiveAway


Assalamualaikum.

Hari nie aku bersemangat join giveaway dari Ibu Yusuf dan Maryam, pemilik blog Jejari Asmara. Hadiah memang sangat best, tak percaya korang klik banner tengok. 

Nama pun jelajah, habislah entri lama-lama Kak Zefa aku godeh. Aku memang pengunjung tetap blog Jejari Asmara, so banyak jugak hal berkaitan memang dah tersedia aku tau. Wajiblah join untuk support sahabat blogger. Entri pertama Kak Zefa adalah pada tarikh keramat 23 Nov 2010, boleh usha di SINI. 

Bila bertandang ke blog jejari Asmara, aku suka ceritera ayat bunga-bunga kak Zefa, begitu menyentuh naluri wanitaku.hehe. Mula-mula aku memang tak tau Kak Zefa nie kerja apa, selalu buat aktiviti, bagi ceramah dan sebagainya. Entri World Of Career dah menjawab teka teki aku selama nie.

Balik Terengganu naik kereta
Bonet penuh dengan bagasi
Catatan jemari seorang wanita
Punya ceritera untuk dikongsi

KakZefa nie peminat pinggan mangkuk lama (PML) dan ada banyak koleksi yang dikongsi dalam blog. Antaranya boleh usha kat SINI, SINI, SINI  dan SINI. Pada yang minat mendeco rumah ala english style boleh gak ambik inspirasi dari deco rumah KakZefa macam kat SINI dan SINI.

Pergi bercuti ke Pulau Mutiara
Perlu dijaga adab dan sopan
Hasil Jemari Ibu Asmara
Resepi dikongsi buat tatapan

Boleh dikatakan hampir setiap hari ada entri tayang makanan dan resepi. Hidangan Ikan Kerisi Masak Cuka paling terkesan kat hati aku. Berkeroncong dan terliur jer perut bila tengok apa yang Kak Zefa masak. Antara yang best Puding Roti Sempoi, Kek Coklat Kukus Berkeju, Kek Lapis Chess Persona, Muffin Pisang Kukus Bercip Coklat, Apam pisang comelPuding Roti Karamel. Tak dapat aku nak senarai semua.

Kalau puan pergi Kelantan
Jangan dilupa si buah naga
Jejari Asmara punya coretan
Rakaman kebahagiaan satu keluarga

Boleh tengok antara coretan percutian Kak Zefa dan famili kat SINI dan SINI.

Pergi bercuti membawa moyang
Jangan dilupa membawa diari
Kenangan abadi anaknda tersayang
Yusuf dan Maryam nama diberi.

Antara entri yang menarik perhatian aku, cara KakZefa melatih anak ke tandas. Entri Yusuf SINI dan Maryam SINI. Jom tengok jugak kenangan harijadi birthday Girl Maryam Nabihah dan birthday boy Yusuf Nabhan.

Last sekali korang mesti baca yang INI. Best! hehe. Ikutkan banyak lagi link aku nak share. Nak create pantun sekejap je, tapi sakit jiwa gila dengan kesengalan line. Nak buat entri nie pun makan masa dua hari tau.haha..Layan!




ID follower: Puan Kutu

- Jemari Asmara tersenarai di dalam blog list LAWA-LAWA di sebelah kiri bawah sekali, dah lama pun kat situ. Perasan tak?

- Banner Jelajah Jemari Asmara terletak di sidebar kanan.




* Sory sebab dari semalam aku tak jenguk korang. Aku busy sikit. Nanti aku janji aku qado entri yang terlepas. Semalaman tak tido. Sudah tintong!










12 comments:

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

all the best ya puan .... semoga berjaya dgn GA

Salam ..

Ada masa singgah dan bagi pandangan tentang template blog saya ya. Terima Kasih

azam said... Best Blogger Tips

wah.....join gak la camni

Mama QS said... Best Blogger Tips

SELAMAT MENCUBA PUAN KUTU....

Dari Seremban ke Perlis,
Jangan Lupa singgah ke Rawang,
Puan Kutu memang suka masuk kontes,
harap-harap kali ni pasti Menang....

Love u Muah...

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

rajen kutu bercontest ..caiyok2 ;)

gudluck dear ;)

Hanie_Dew said... Best Blogger Tips

omg! hadiah memang gilos gempak. all the best to you. kalau menang jangan lupa tunjuk hadiah.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Aiman kata...ibu pasti bolehhhh!!!!

Semoga Pn. Kutu bejaya...

kakyong said... Best Blogger Tips

gud luck PK..
rajin join GA..
kakyong ni tak pernah sampai ke blog jejari asmara tu... payah juga nih kalo nak join.. jd wish gud luck utk PK jer la..

LadyBird said... Best Blogger Tips

gud lak akak :D...

NzA said... Best Blogger Tips

gud luck PK....

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

good luck muni..

btw, suka dgn gmbar aiman tu.. comel je aiman wat gitu...hihii...

Masya said... Best Blogger Tips

tahniah.. akak dah menang pun...

norlieharumaini said... Best Blogger Tips

tahniah puan kutu..