Pixajoy

Thursday, December 29, 2011

Home » Tips Menarik Minat Anak Membaca - Membaca Bersama Anak

Tips Menarik Minat Anak Membaca - Membaca Bersama Anak



Buku adalah jambatan ilmu. Banyak membaca luas pengetahuan. Itu ungkapan yang selalu kita dengar dan memang sangat diakui kebenarannya. Merangsang minat membaca dikalangan anak perlu diterapkan sejak mereka kecil supaya kita dapat melahirkan anak yang berilmu dan berpengetahuan.


Pemilihan Buku

Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan usia anak. Warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan anak terdorong untuk membaca. Setiap kali keluar ke pasaraya, aku akan cuba membeli sebuah buku untuk Aiman. Bila Tok Wan Aiman bagi duit, mulalah Aiman minta aku belikan buku untuk dia. 

Dalam membuat pilihan buku :
  • Dapatkan buku yang besar dan bergambar, mudah dipegang, berwarna warni serta terang dan ringkas imejnya.
  • Untuk menarik minat anak, pilih buku-buku yang berilustrasi binatang seperti kucing, burung, ayam dan objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat dan sebagainya.
  • Pastikan buku yang dipilih akan memberi keseronokan dan membantu kita mengeluarkan suara yang berbeza berdasarkan watak dalam buku.
  • Bawa anak ke kedai buku, bantu mereka memilih buku yang sesuai. 
  • Pilih juga buku mengikut kegemaran dan aktiviti kesukaan anak. Aiman suka pada binatang, jadi aku selalu beli buku yang berkisar tentang cerita haiwan.





Membaca bersama


Jadikan membaca bersama keluarga sebagai rutin harian. Apabila semua ahli keluarga memegang bahan bacaan, secara tak langsung anak turut sama menyertai aktiviti tersebut. Selain aku, Aiman juga selalu dera Wan dan Maktoknya untuk bacakan buku cerita untuk dia.haha..


Apabila kita membacakan buku kepada anak:
  • Bacakan sambil mendakap mereka. Dakapan erat memberikan keselesaan untuk anak terus memberi perhatian.
  • Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang dengan bersungguh-sungguh. Libatkan aksi dan pergerakan. Contohnya membuat aksi terbang seperti burung bila bercerita. Aiman selalu gelakkan aku bila aku buat suara mengikut watak. Tapi cara ni sangat berkesan menarik minat anak sukakan buku. Aiman selalunya akan minta aku bacakan buku yang sama berkali-kali.
  • Bercakaplah mengenai benda didalam buku seperti warna, bentuk dan bunyi yang berkaitan dengan kegunaannya dalam kehidupan seharian.
  • Kaitkan cerita dengan anak seperti bertanyakan soalan. Sebagai contoh, "Apa yang warna merah tu?", "Ini bola, Aiman suka bola tak?", "binatang mana Aiman suka?". 
  • Bercerita dengan bahasa yang mudah. Jangan sesekali menggunakan bahasa pelat. Aiman tak pelat kan..hehe..
  • Sambil membaca tunjukkan teks perkataan yang dibaca kerana ia membantu anak memahami arah pergerakan selain mengetahui bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan.
  • Tokok tambah cerita dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham. Tanyakan apa yang jadi selepas itu. Bila dah biasa dengan cerita tersebut, minta anak ceritakan kembali. Ini video Aiman bercerita.keke..




Jadikan Amalan dan praktikkan

Sesekali apabila berada di dalam kereta, aku akan bacakan Aiman buku. Sebelum tidur aku akan cuba luangkan masa untuk bacakan buku cerita untuk Aiman. Kadang-kadang aku cuma bercerita tanpa buku. Melalui pengalaman, Aiman suka kalau aku reka cerita sendiri dan selitkan unsur humor. Adakalanya, kanak-kanak lebih faham suatu arahan dengan bercerita. Tak perlu mengarahkan secara formal, sebenarnya teknik penceritaan yang menarik akan menimbulkan semangat dan motivasi kepada anak.


Antara yang boleh di praktikkan :

  • Aplikasikan apa yang kita bacakan untuk anak dalam kehidupan seharian sebagai teladan. Seperti buku cerita yang dipegang Aiman dalam video diatas, kisah anjing dan bayang-bayangnya, aku nyatakan pada Aiman, Aiman tak boleh tamak, kalau main mainan kena berkongsi dengan kawan.
  • Sewaktu dalam kenderaan, tunjukkan juga perkataan yang kita jumpa setiap hari dan aplikasikannya disepanjang perjalanan. Aiman sejak baby dia dah kenal papan tanda KFC walaupun kat tengah lebuhraya tau.hehe..
  • Galakkan anak untuk bertanya dan terangkan kepadanya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Ini juga secara tak langsung membantu anak untuk menambahkan penguasaan bahasanya. 
  • Jangan lupa untuk membantu anak mencipta ceritanya sendiri. Contohnya dengan menggunakan berus lukisan, lukis sesuatu yang menarik. Jadikan ia sebagai buku yang mengandungi pelbagai bentuk dan warna.
  • Bila anak sudah mula jinak dengan buku cerita atau buku gambar, mereka mungkin telah bersedia untuk di perkenalkan dengan bunyi-bunyi huruf. Sambil membaca cerita terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat pada teks.





Role Model


Sejak Aiman masih bayi, aku cuma gunakan siri Mari Bercerita dalam Majalah Pa & Ma sebagai bahan bacaan untuknya. Sebenarnya selagi kita kreatif, bahan bacaan kita juga boleh dijadikan medium untuk bahan bacaan anak. Sudah jimat disitu! Sekarang, aku banyak mengambil idea untuk bercerita kepada Aiman melalui apa yang aku baca.





    Anak selalunya berminat untuk mencontohi ibu bapanya. Kita sepatutnya menjadi role model memberi contoh yang terbaik dipersekitaran anak-anak. Apabila mereka melihat buku disekeliling rumah dan tahu kita suka menghabiskan masa dengan membaca, anak akan belajar bahawa buku adalah keperluan dalam kehidupan seharian. 


    Oleh itu,

    • Ubah sikap sendiri, ibu bapa perlu tunjukkan contoh minat membaca terlebih dahulu.
    • Tunjukkan yang kita betul-betul minat membaca dihadapan anak bukan berpura-pura minat sebab anak secara psikologinya boleh rasa ibu bapa berpura-pura.
    • Sentiasalah membaca majalah dan suratkhabar dihadapan anak.
    • Ibu bapa mesti memberi galakan dan rangsangan secara positif dan berterusan.
    • Apabila anak sudah pandai membaca, jangan mudah putus asa apabila sekali disuruh anak tidak mahu. Banyakkan bersabar menghadapi kerenah mereka.

    Semoga perkongsian ini menjadi sesuatu yang berguna untuk kita. Sekian.


    "Saya berminat untuk memiliki buku Alam Si Kecil Peringkat Lancar ( Di Taman Bunga) dari FB Islamic Books for Kids  sekiranya terpilih sebagai pemenang"

    Banner penaja:

        
    Amira Studio

    Post ini adalah untuk penyertaan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang ini dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio"


                                                   


    9 comments:

    Anonymous said... Best Blogger Tips

    aku suka membaca tapi bukan buku sejarah. hahaa. kommpem tahan 5 saat je.

    byk tips kat entry ni. kalau suatu hari nnt aku ada baby bole buat rujukan sini.

    Nur Farah said... Best Blogger Tips

    wahhh gudluck.. fara tak kahwin lagi so tak leh nak join la ea.. ehehhe.. btw tips y menarik.. apsni leh praktik.. :D

    Unknown said... Best Blogger Tips

    suka lah n3 ni puankutu.. sbb byk yg kakyong dah praktikkan pd anak2 puankutu ada sebut.. & masih jauh lagi rasanya perjalanan utk memupuk minat anak mbaca ni...


    tapi tips ni memang amat2 bagus..
    tajuk n3 ni patut tukor jd tips membaca bersama anak2 @ yg seumpamanya.. baru lah jd n3 seo.. ;)

    dlm syarat dah sebut, tajuk n3 tak semestinya mesti contest & giveaway ibu sihat anak riang.. ;)

    Mrs Z said... Best Blogger Tips

    menarik entry ni... ada tips2 yg disebutkan dh praktik kat my Alya... lain2 akan cuba pada masa akan datang ikut kesesuain usia dan kemahiran dia..

    btw, Puan kutu duk SP area mana??

    IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

    haa betol tu.. kita ni jd role model.. sy mmg slalu baca buku.. tu yg si alisha ni pantang nmpk sy pegang buku mesti nak 'baca' jugak.. hihii

    btw good luck muni :-)

    Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

    semua btol..heee :)

    y pnting, parents kena jd role model!heee

    ajak nak g library, g kedai buku..

    Lelord said... Best Blogger Tips

    bagus tips ni...leh apply

    MamaYatie said... Best Blogger Tips

    i like!! mmg betul pun, bila kita bacakan anak2 buku cerita haruslah guna intonasi & body languange yg sesuai.barulah sesi bercerita lebih menarik..

    Unknown said... Best Blogger Tips

    PK,
    n3 ni akan UP di blog kakyong esok.. mulai jam 10 pagi... :)