“Nantilah aku fikir dulu..ok Insyaallah”
“eh ko datang la..jangan macam nie Lisa..parents aku nak sangat jumpa ko, lagipun kalau ada ko dan Aya senang sikit aku nak projek dengan Fir.hehe..”
“Tak janji,nanti aku tanya Maktok dulu..”
“Ala Maktok tu no hal, ko je..Aya dah tanya parent dia, tunggu ko rodger je. Ko jangan tak jadi pulak, aku ada projek besar dengan Fir.Ko tau kan ummi aku macam mana?Abi tu pun ikut jer cakap Ummi, susah aku nak dating.haha..”
“Nakai ang noo..”
“Mana ada, ko kan selalu cakap aku nie lurus.keke..ko jangan fikir banyak sangat. Kita yang hidup nie kena truskan hidup. Allah lebih sayangkan dia. Jangan sedih2. Risau roommate kat sini tau. Jaga diri k..”
“Ok roommate, TQ..”
Mesej dari Ira dibalas ringkas. Malas menekan keypad tapi Lisa gagahi juga. Lisa melangkah malas menuju kebilik air untuk mengambil wuduk. Dia mahu tenangkan diri dengan membaca ayat suci. Ini saja sedekah dari Lisa untuk ibu dan Aril disana. Al-Quran jugaklah penenang gundah dihati. Lama Lisa mengalunkan ayat suci di sejadah. Namun begitu air matanya tetap turun.
Selesai mengaji Lisa baring dikatil. Gambar dia dan Aril waktu kecil ditatap lagi. Bukan setahun dua dia kenal Aril. Sejak kecil hingga kini, sudah 12 tahun. Bukan jangka masa yang singkat. Pulang bertemu Arul petang tadi Lisa sudah tidak sedap badan. Malam ini badan Lisa terasa sejuk. Selimut ditarik. Matanya ditutup rapat. Mengalir lagi air jernih ke pipi tanpa dipinta.
Lisa memicit-micit kepala. Kepalanya terasa sakit, berdenyut-denyut siksanya. Pening kepala semakin menjadi-jadi. Tubuhnya lemah dek tangisan. Lemah kerana terlalu menurut hati. Lemah kerana terlalu membiarkan perasaan mengatasi segalanya. Akhirnya Lisa tertidur dengan air mata.
-------------------------------------------------------------------------------------
Lisa tersedar bila menyedari kepalanya disentuh. Tangan yang sangat dikenali. Kepalanya terasa berat. Badannya menggigil. Segalanya rasa tak kena. Terasa hilang segala kudrat untuk bangun. Matanya dibuka perlahan, terasa pedih. Mungkin kerana sudah kekeringan air mata. Lisa terlalu mendesak air mata turun kerana sebuah kehilangan.
“Eh Maktok..” Lisa bersuara serak, tekak mula terasa pahit dan perit.
Maktok menutup suis lampu tidur kemudian menekan suis lampu Kalimantan. Mata Lisa ditutup sedikit, terganggu oleh cahaya lampu yang terang benderang. Maktok duduk dipenjuru kepala Lisa merenungnya.
“Lisa demam nie sayang..kenapa sampai jadi macam ni? Mata tu habis bengkak. Lisa pikiaq banyak sangat. Kita yang hidup kena teruskan hidup..” Ayat yang sama dari mesej Ira kini diulang dalam percakapan Maktok.
Kepala Lisa diusap. Tangan maktok merayap ke leher pula.. Dia tidak berdaya untuk membuat apa-apa,dibiarkan Maktok merasa suhu badannya.”
“Kepala Lisa sakit Mak tok” Lisa meluahkan kesakitan.
“Panaih tinggi nie Lisa. Kena p klinik. Maktok p telefon abah hang..”
“Tak payah la Maktok, ada panadol tak?”
“Badan hang panaih, kepala sakit..takkan nak makan panadol ja. Lisa nak bangun pun tak larat, Maktok p telefon abah. Kita ambik ubat..” Maktok memujuk.
“Tak payah la maktok, Lisa ok..demam sikit je. Kesian abah nak mai pulak. Hari nie restoren bukak. Abah mesti sibuk”
“Cucu Maktok nie memang ketegaq!” Maktok menggetap bibir. Cuba meluahkan ketidak puasan hati kepada Lisa.
“Ala Maktok..merajuk pulak..Lisa cuma tak mau susahkan abah. Mama tu satgi hingaq pulak! Lisa demam je. Lisa makan panadol cukup. Kalau tak lega jugak kita p ambik ubat. Lisa janji. Lisa pun boleh p sendiri rempit bawak Maktok. Kita tak payah susahkan abah.”
“Hang ni. Macam Maktok tak tau!”
Wajah berkedut Maktok mempamerkan kerisauan. Maktok mengurut kepala Lisa. Memicit-micit untuk mengurangkan pening kepala cucunya. Membelai rambutnya dengan penuh kasih sayang.
“Hang takut ubat kan? Bukan sari dua Maktok kenai Lisa..”
“Tau takpa..”
Maktok geleng kepala dengan jawapan sadis Lisa. Demam Lisa merisaukan hati tuanya. Tangan maktok masih meneruskan usapan. Lisa selesa begitu. Sejak ibu pergi, hanya tangan Maktok yang sentiasa membelainya, jejari Maktok yang selalu melimpahkan cinta seorang ibu, kasih sayang Maktok tiada taranya. Nak harapkan mama.Huh..
“Dah tunggu sat, maktok p dapuq amik panadol dengan ayaq..”
Maktok cium dahi Lisa sebelum memulakan langkah. Lisa dari dulu dilayan seperti anak kecil. Manja betul dengan Maktoknya!
“Sayang Maktok...” Lisa sebak mengungkapkan di dalam hati.
Maktok mengerti dengan Lisa. Sejak kecik Lisa tak pernah mahu menyusahkan abahnya. Sakit demam hanya Maktok yang menjaga. Maktok yang bertindak sebagai jururawat sejak Lisa dulu. Kali ini demam Lisa mungkin kerana rindu. Rindu pada Aril barangkali. Mungkin juga kerana Lisa terlalu meratapi pemergian kekasihnya.
Lisa hanya menjamah sekeping roti buat mengalas perut. Dia kemudian menelan panadol. Itu pun semuanya dihantar Maktok, Lisa tidak berdaya untuk bangun. Badannya panas dan kepalanya berat. Lisa jarang sekali sakit. Kali ni demam yang lain dari biasa. Selesai disuap ubat oleh Maktok, Lisa tertidur semula.
Bila terjaga, nasi dan sup ayam panas telah tersedia dipenjuru katil. Maktok memang jururawat yang berdedikasi. Bukan sekadar menjaga dan memberi Lisa ubat, tugas Maktok lebih dari itu. Makanan orang sakit juga telah tersedia. Oleh kerana tekaknya yang perit, Lisa langsung tak berselera untuk makan.
Tekak Lisa cuma mampu menerima beberapa suap nasi. Kering tekaknya dihilangkan dengan minum air suam. Panas badan tidak juga turun. Lisa keletihan. Setengah hari dihabiskan hanya dengan tidur. Dia cuba untuk bangun tapi tidak berdaya. Maktok dari tadi membebel marahkan Lisa sebab tak mahu ke klinik. Puas membebel Maktok keluar.
Lisa membelek majalah Remaja sebagai bahan bacaan untuk menghilangkan kebosanan. Sudahnya dia hanya melihat gambar, melayan matanya yang ingin tidur, lali dek penangan ubat. Hari sudah berganjak petang. Suara bising kanak-kanak bermain diluar sayup terdengar.
Alangkah indahnya hidup budak-budak tu. Tak perlu fikirkan kesusahan, tak perlu fikirkan kesedihan. Mereka hanya tahu menghabiskan masa dengan bermain. Ingin rasanya Lisa menjadi kanak-kanak semula. Merasa keindahan ada Aril disisi. Supaya dia boleh bersama-sama dengan Aril bermain dan bergelak ketawa. Kenangan bersama Aril tak mungkin dapat Lisa buang dari kotak memori.
“Assalamualaikum..”
Sapa pulak dah..Lisa tidak dapat meneka. Suara itu perlahan dari pintu biliknya. Tak lama kemudian Maktok datang dengan seorang pemuda. Pemuda yang Lisa jumpa di taman tempohari. Maktok dan Arul masuk seriringan kedalam bilik Lisa.
“Awak tak sihat ke?” suara persis Aril memeranjatkan Lisa.
“Arul..eh tunggu ja kat luaq, saya boleh bangun..”
“Takpe..saya datang sekejap je ni. Sory terpaksa masuk bilik anak dara..”Arul bersuara.
“Terkejut Maktok tengok Arul ni. Sama betui dengan aruah..” Maktok tidak dapat menyembunyikan takjubnya, menunjukkan ekspresi terkejut dan meluahkan kepada Lisa.
“Maktok ni..kan Lisa dah cerita” Suara Lisa seakan berbisik. Mendekatkan mulut ketelinga Maktok.
Lisa cuba untuk bangun dibantu Maktok. Arul hanya tersenyum. Matanya meliar kesegenap ruang bilik. Dia berdiri dari tadi.
“Aduh malu pulak dia tengok bilik aku yang berterabur. Seleraknya mengalahkan tongkang pecah.. Lipas pun tak hingin membiak kat sini. Dasar anak dara pemalas! Mana sempat nak mengemas. Fikiranku hanya memikirkan Aril. Kesedihanku hanya pada kembarmu, Arul! Mana mungkin kau mengerti..”
“Teruk ke nie Makcik?”
Arul memandang muka Maktok.
“Eh panggil saja Maktok, terasa muda pulak dah. Maktok nie tua dah.hihi..”
Maktok menyengih menampakkan gigi palsunya yang rata.
“Betul tu Arul. Panggil Maktok je..” kata Lisa.
“Teruk..panaih lagi badan dia. Tapi ketegaq tak mau pi klinik!”Maktok menyampuk.
“Orang ok la Maktok..”Lisa menarik muka.
“Jom saya hantar pergi klinik. Boleh Maktok?”
“Takpa..Esok lega la nie..Tak payah p klinik Maktok kan? Nanti sihat la.. “ Lisa masih dengan sikap degilnya.
Arul tiba-tiba mereaksikan kerisauan. Tadi kata nak singgah sekejap. Siap offer nak bawak pergi klinik pulak. Lisa rasa tak senang. Bukan nak tanya aku dulu, aku bukan nak p klinik pun. Maktok pula seperti hendak bersetuju dengan pelawaan Arul.
“Tak menyusahkan hang ke Arul?”
“Maktok dah telefon abah Lisa ni tapi esok baru depa nak mai. Risau jugak tengok keadaan Lisa. Maktok ni mana tau bawak moto. Abang Lisa pulak p Melaka. Kalau tak menyusahkan jom la kita p klinik. Satgi makin teruk. Lisa tu suka ambik mudah benda lagu ni..”
“Boleh Maktok. Tak susah pun. Maktok dengan Lisa siap dulu. Saya tunggu kat luar..”
Maktok sudah mengiayakan. Risau benar dengan cucu kesayangannya. Lisa sudah tak mampu berkata apa. Menurut saja, mengambil tudung yang diberi Maktok kemudian menyarung ke kepala. Dia hanya bertshirt dan berseluar track yang dipakai sejak pagi. Tak mampu lagi nak menyolek muka. Hentam sajalah!
Apa rileks betul mamat ni, cool sebijik abang dia! Lisa jadi malu bila Arul memimpinnya ke kereta tadi. Arul buat biasa saja. Pertama kali lengannya dipegang lelaki yang baru dua kali dia jumpa, Lisa kekok. Mungkin kurang sedikit malu. Mula-mula tadi Arul nak dukung aku, gila apa aku demam ja, bukannya lumpuh! Dia tak tau ka aku ni berat? Macam boleh jer dia nak dukung. Mau terberak Arul nanti! Lisa mendetik ketawa didalam hati.
Dalam kereta Maktok tak henti-henti bertanya itu ini pada Arul. Maktok seperti biasa terlalu ramah sampai Lisa naik rimas. Maktok menjadikan Arul seperti artis sensasi yang tak mampu menjawab “no komen”. Soalan wartawan Maktok buat Lisa bertambah pening. Sampai kesian Lisa tengok Arul perlu melayan soalan Maktok yang bertubi-tubi.
Sewaktu mengambil ubat, Arul mahu membayarnya tapi Maktok menolak. Maktok hulurkan duit Arul menolak. Arul menghulur duit Maktok pula menolak. Kakak di kaunter farmasi sudah serba salah mahu ambil wang siapa, duit yang mana.
“Susah sangat bagi je pada Lisa!” Lisa meleraikan kekusutan.
Berderai ketawa Arul. Besar juga ketawa mamat nie, tak seperti Aril! Akhirnya Arul terpaksa akur dengan Maktok. Maktok kalau lawan dengan siapa pun mesti menang punya!
Sebaik sahaja sampai di halaman rumah, Arul minta diri untuk balik. Maktok memujuk Arul masuk ke dalam rumah terlebih dahulu, minta Arul minum sebelum balik. Ini tanda ucapan terima kasih. Masa Arul datang tadi tak sempat pun dia minum.
Maktok kedapur membancuh air. Lisa dan Arul diruang tamu menunggu.
“ Esok saya nak balik KL..” Arul memulakan perbualan.
“Sat sangat kat sini. Nak balik dah?”
“Saya kena balik. Bukan boleh lama. Dah seminggu saya kat sini.“
“Cepatnya..Tak sempat nak kenal lebih rapat”
“Tak ada istimewanya saya ni. Hidup dengan buku je. Abang dulu untung ada awak. Tapi nak buat macam mana. Kita tak mampu nak lawan takdir. Saya harap awak lebih tabah..” Arul seperti cuba membuat Lisa memahami dia masih solo.
“Terima kasih..Eh mek saleha kan ramai. Takkan tak ada yang berkenan?”Lisa sengaja menduga.
“Apa? Mek Saleha tu sape? Saya tak kenal..”Arul buat muka pelik.
“Tak la, kalau omputih lelaki panggil Mat Saleh, perempuan Mek Saleha la..”
“Ohh..saya ingatkan apa. Kelakar pulak..hahaha ”
“Mana ada Mek Saleha nakkan saya. Halimah jongang pun belum tentu nak. Nanti kita boleh berhubung melalui email, facebook, twitter. Awak ada akaun kan?”
“Hehe..Terima kasih ye bawak saya p klinik. Sory sekali lagi pasal lambat jumpa awak..”
“Sama-sama..Takpe saya faham.."
Arul menarik nafas kemudian menghembuskannya.
"Saya dah janji dengan abang nak jaga awak. Tapi sorry for now saya memang tak mampu..Saya kena balik KL jugak. Flight dah booking. Habis degree saya mungkin sambung Master. Lama lagi saya kat US. Awak jaga diri. Makan ubat. Insyaallah kita akan selalu berhubung. Jarak bukan penghalang, dunia maya juga boleh jadi pengerat sesuatu hubungan. Itu tidak mustahil. Awak percaya kepada jodoh?”
“Apa tadi awak cakap?” Lisa minta diperjelaskan ayat terakhir dari Arul.
“Awak percaya tak dengan jodoh?”
“Percaya..tu kan dah tertulis..Macam sekarang, saya dah tak ada jodoh dengan Aril”
Lisa bersuara sedih, sudah tidak mampu memikirkan jawapan ilmiah yang panjang lebar untuk soalan Arul. Kepalanya masih berdenyut. Berkerut-kerut wajah Lisa memandang muka Arul. Terasa seperti sudah lama mengenali Arul. Dia nampak Aril dalam wajah tenang itu. Aril yang berkaca mata. Saling tak tumpah!
“Sakit lagi? Jom saya pimpin masuk bilik. Tunggu Maktok jap”
BERSAMBUNG..
* Sudah kehilangan mood menulis. Ada ayat berterabur kat mana-mana tolong inform..:)
7 comments:
http://wanwidget.com/
panjang betul cerita nih
menantikan part 12
alaa akk..jgn hilang mood!
habiskan dulu..heee
nanti sy dtg baca yer.. nak kne tunggu alisha tido... br ada feel.. hihii
aduhaii..cinta 3 segi akan berlaku kah....
arul dh berkenan dkt lisa ke ni.. hihii
terus kan.. cepat amik mood cari mood... ;)
apa jadi dgn shinchan...??
Post a Comment