Isnin yang indah. Walaupun tengahari, angin bertiup segar dari sliding door. Sambil menikmati udara sejuk, aku mengetuk keybord. Wah intro!
Kanak-kanak tidak akan membaca dengan sendirinya sehingga dia betul-betul sukakan buku. Membaca bersama anak merupakan cara terbaik untuk dia sukakan buku. Baringlah di dalam bilik bersamanya. Tak lama dulu aku pernah share Cara Tarik minat Anak Membaca, hari ini nak berkongsi pula bagaimana memberi inspirasi kepada anak untuk membaca.
Besar dan Mudah Di pegang
Beli buku yang besar dan mudah dipegang untuk si kecil. Dengan ini anak akan senang untuk memegang dan membelek buku dari satu halaman ke satu halaman. Dapatkan buku yang berwarna terang dan ringkas imejnya.
Pilihan Buku
Pastikan buku yang dipilih akan memberi keseronokan dan membantu anak mengeluarkan suara yang berbeza berdasarkan watak dalam buku. Ini secara tak langsung membantu anak untuk menambahkan penguasaan bahasanya.
Ceritalah lagi
Jangan lupa untuk membantu anak mencipta ceritanya sendiri. Contohnya dengan menggunakan berus lukisan, lukis sesuatu yang menarik. Jadikan ia sebagai buku yang mengandungi pelbagai bentuk dan warna.
Role Model
Ibu bapa sepatutnya menjadi role model memberi contoh yang terbaik dipersekitaran anak-anak. Sentiasa membaca majalah dan suratkhabar dihadapan anak. Cara ini menggalakkan mereka untuk minat membaca.
7 comments:
yes i like .. memang itu pun yg di buat selalu
memang bagus tanamkan amalan membaca dalam kalangan anak2 sejak kecil lagi..kebijaksanaan punca kejayaan....tahniah puan kutu kerana prihatin hal2 sebegini
betoi tu.. mcm sy lak, dr dlm perut lg sy dh start membaca utk alisha.. hihii
bila dh lahir sblm pndai meniarap sy dh biasakan dia dgmn buku.. skrg ni pntang jumpa buku mesti nk belek2.. hihii
dan yg penting jadikan kedai buku tempat rutin kita kunjungi.....
ha,ah kena pupuk dari kecik kan..baru diorg rajin membace :)
Anak2 kakyong pun dah suka membaca.. tp Anis & Aliya tu ikut ibu mbaca jer lah... depa suka.. hari2 mesti buat xtvt tu dgn depa.. ;)
tp kami beli buku mruah2 jer. yg penting ada gambar.. baru dpt menarik minat anak... & sebelum anak2 nak SUKA dgn buku, kita memang kena rajin nak mbaca dgn anak2.. kena ajak anak mbaca.. jgn tunggu anak besor.. ;)
bgus tips2 tu ... kitelah contoh anak2 .. sape lagi ,kan ?
klu mmbaca dlm internet,aci tak ? hehehe ...
Post a Comment