Pixajoy

Wednesday, December 14, 2011

Home » Ubat Tamat Tempoh

Ubat Tamat Tempoh


Ubat dengan kehidupan harian kita sangat tak boleh dipisahkan. Ada orang sakit sikit pun cari ubat kan.hehe..Tapi kalau dah memang betul-betul sakit terpaksalah jugak makan ubat. 


Sebahagian daripada kita mungkin memandang ringan mengenai pengambilan ubat yang telah tamat tempohnya. Mungkin juga antara kita tidak sedar bilakah tarikh terakhir sesuatu ubat boleh dimakan. Tahukah korang apa kesan pengambilan ubat yang telah tamat tempoh pada kesihatan?


Sesuatu ubat adalah digalakkan disimpan didalam bekas asalnya. Ini kerana bekas asal terdapat tarikh luput dan arahan penyimpanan. Melalui apa yang aku baca, kajian menunjukkan jika ubat disimpan mengikut kaedah yang dicadangkan, ia mampu mempertahankan 90% potensi walaupun telah luput tarikh. Umumnya ubat tersebut masih selamat diambil dalam tempoh 3-6 bulan selepas tarikh luput tarikh.


Namun begitu, kanak-kanak mungkin menghadapi risiko mengambil ubat yang luput tarikh kerana sesetengah ubat boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi pesakit yang bergantung kepada ubat seperti pesakit jantung dan asma, adalah penting untuk mengetahui tarikh luput kerana ia melibatkan nyawa. Dalam keadaan terdesak, ubat yang luput tarikh mungkin tidak lagi efektif.


Sebagai langkah berjaga-jaga,buang semua ubat yang telah luput tarikh. Ubat mata yang dibuka hanya boleh digunakan selama sebulan. Sediaan sirap yang bukan didalam bekas asal untuk kanak-kanak yang tiada tarikh luput jangan disimpan melebihi tiga bulan. Banyak juga kes yang melibatkan kesan buruk tentang pengambilan ubat tamat tempoh yang korang boleh jumpa kalau korang tanya pakcik google. Kesimpulannya sila peka dan berhati-hati yer korang! 




* Gambar baby bersama uncle badut tu Aiman (9 bulan), aku sengaja tak crop tarikh tu, lagi mau tanya ke?keke..









9 comments:

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Dtg diperkenal dari blog cikgu tunz.

Bersedia dgn ubat kena sentiasa tapi sebelum makan kenalah lihat tarikh luputnya. Ada juga ubat dari klinik macam bila anak demam tak ada tarikh luput, so bila dah sembuh baik buang aje (itu kakak punya style...)

azam said... Best Blogger Tips

betul....

:) buang jelah...tapi tablet yang belum guna boleh tahan 5 6 tahun....jadi pulangkan

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

kalau dh expired mmg sy buang jer..takut nk guna

Cik Rose Cute said... Best Blogger Tips

hehehe...kadang2 cik rose pun tengok tarikh luputnya takut ubat jadik lain pulak..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Kakzakie

salam kenal kak..

sy pun camtu.ubat aank lepas mkn terus buang.klu demam amik baru..

tp tak pernah buat stok ubat kt rumah sbb sy mmg jenis yg susah makan ubat keuali sakit terlampau dan terpaksa makan..

Alhamdulillah sy jarang sakit..:)

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

Doktor selalu pesan.. Makan ubat sehingga habis... tapi saya time sakit ja makan ubat ni.. dah sihat, ubat tak abis nak telan,.. buang saja.. ehehe

Wanie said... Best Blogger Tips

mesti buang, tak berani amik risiko..kang jadi benda lain lak..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy 3 beranak ni xmkn sgt ubat... hubby lgla xmkn.. dia ckp kalu ubat, lps mkn mesti baik ni tp nape org smpai kne support dgn ubt spnjg hidup..

kakyong said... Best Blogger Tips

kalo ubat2 tu selalunya simpan dlm 2 minggu dlm petiais selepas anak2 baik dr demam.. kalo lepas 2 minggu xde demam , buang ajer lah.. malas nak simpan.. kdg2 tinggal sikit sgt pun..