Guna iron? Entah apa-apa eksperimen Kimi ni..
“Dalam eksperimen ini, Saintis Comot akan menggunakan seterika untuk menggosok kertas yang tertera tulisan yang ditulis tadi. Selepas itu, kita akan dapat melihat jawapan kepada nota yang ingin disampaikan. Inilah penyelesaian kepada Eksperimen Dakwat Halimunan.” Lisa membaca isi kandungan yang tertera di website Sains Comot.
“Woo..begitu!”
Lisa melangkah cepat mengambil seterika dan menghidupkan suis. Dia kemudian mencari kertas A4 yang di beri Kimi sewaktu diperhentian Juru. Baru mula menggosok, Lisa terkejut kerana pintu biliknya di ketuk. Kedengaran suara tua Maktok memanggilnya dengan nada cemas.
“Lisa..lisa..bukak pintu”
Tanpa berlengah, dia segera mendapatkan Maktok.
“Kenapa Maktok? Awat ni…”
Lisa tenung Maktok dan menanti. Maktok masih mendiamkan diri. Wajah sugul Maktok kelihatan cuba untuk bertenang. Ada air jernih yang bertakung di kelopak mata.
Tiba-tiba..
“Lisa buat apa? Masyaallah..” Suara Maktok meninggi sedikit.
“Apa yang Lisa buat?? ” Lisa terkejut dengan reaksi Maktok, tadi sedih sekarang lain pula.
Maktok segera menutup suis seterika. Bau hangit menyelinap kesegenap ruang bilik. Kerana terlalu fokus terhadap kesedihan Maktok, Lisa terlupa akan mesej Kimi yang cuba diselesaikannya. Kertas A4 telah jahanam terbakar!
“Nasib baik tak terbakaq bilik Lisa..”Maktok sayu bersuara.
“Kenapa ni maktok?”
Tubuh Lisa dipeluk Maktok. Lisa semakin berdebar-debar. Wajah tua Maktok dan suara cemasnya menimbulkan gundah dihati. Lisa dapat mengagak mesti ada perkara buruk yang berlaku. Maktok masih belum mengeluarkan sepatah perkataan. Diam seperti orang bisu.
“ Maktok kenapa nie? Bagitau Lisa..” Lisa melepaskan pelukan Maktok. Dia punya keinginan yang sangat tinggi untuk mengetahui apa yang berlaku. Bahu Maktok digoncang perlahan.
“Maktok..Maktok..awat Maktok?”
Maktok masih diam..Ada air jernih yang sudah mengalir di wajah Maktok yang berkedut.
Sayunya suara Maktok sama seperti wajahnya yang dirundung duka. Maktok duduk diatas katil cadar bercorak jalur milik Lisa. Lisa ikut sama melabuhkan punggungnya disebelah Maktok. Dia masih menanti penjelasan Maktok dengan sabar. Mesej dari dakwat halimunan Kimi sudah tidak dihiraukan. Maktok pula seperti tidak mahu mahu menyoalnya dengan lebih lanjut.
Fikiran Maktok ligat memikirkan apa perkataan yang sesuai perlu diatur untuk cucu kesayangannya.
“Maktok harap Lisa sabaq..”
Lisa semakin berdebar. Debarannya lebih kencang dari tadi.
“Maktok harap Lisa tenang. Allah takkan menduga hambanya kalau kita tak mampu untuk mengharungi ujiannya.” Lain macam saja ayat maktok!
“Maktok tolong bagitau Lisa hal sebenaq..” Suara Lisa diantara dengar dan tidak. Air mata sudah mula bergenang.
“Ini ada kena mengena dengan orang yang Lisa sayang kan Maktok? Ada apa-apa berlaku dekat abah ke?” Lisa menduga.
Mata Lisa sudah merah, cuba lagi menahan tangis. Dadanya terasa sendat. Ujian apakah pula yang bakal dia harungi? Cukuplah kekecewaan yang pernah dirasai saat ibu pergi dulu. Pergi saat Lisa masih kecil. Saat Lisa perlukan belaiannya. Kehilangan yang cukup besar. Tak tertanggung oleh kanak-kanak berumur 8tahun.
Tangan Maktok di gengam erat. Maktok peluk Lisa sekali lagi dan cuba berbisik dengan suara yang tersekat-sekat.
“Aril Lisa..”
“Aril???” Suara Lisa sudah sarat dengan tangis. Sudah seperti orang meraung.
“Tenang Lisa..Aril dah p meninggalkan kita.”
“Ya Allah…” Lisa terduduk ke lantai.
“Istighfar Lisa..Allah lebih sayangkan dia..”
“Tadi Mak Aril telefon. Aril accident..kereta yang langgaq dia tu…….”
“Sudah Maktok..Lisa tak sanggup dengaq..” Air matanya laju turun. Esakan Lisa makin kuat. Raungannya seakan orang yang sudah hilang pertimbangan.
“Sabaq Lisa..Hanya orang yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabaq. Ini sudah ketentuanNYA”
Motivasi Maktok sudah tidak masuk lagi ditelinga Lisa. Dia terbayang wajah Aril semalam. Wajah yang dirindui itu sudah tentu tidak bereaksi lagi. Tidak sanggup dia melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa di depan mata. Semangat Aril pergi dengan rasa terkilan. Terkilan kerana Lisa tidak dapat meluahkan apa sebenarnya yang berlaku.
Berat sekali ujianmu Ya Allah..Lisa pengsan tidak sedarkan diri.
----------------------------------------------------------------------------------
Kawasan rumah Aril sudah mula lengang dengan manusia. Orang ramai sudah pulang. Yang tinggal hanya saudara terdekat. Jenazah Aril telah selamat di kebumikan. Pergi tak kembali.
Wajah Aril tetap tenang ketika kali terakhir Lisa tatap, sejuk tidak bernyawa. Wajah yang sedang tersenyum walaupun tanpa roh. Luka-luka kecil tidak di muka tidak mencacatkan wajah Aril yang kacak. Mata Lisa sudah bengkak dengan esak tangis. Separuh jiwa dan semangat Lisa telah pergi bersama Aril.
Maktok minta izin untuk pulang dan mengucapkan takziah kepada ibu Aril. Pesan Maktok memberi perangsang kepada ibu bapa Aril supaya tabah menghadapi ujian Allah. Lisa menangis lagi untuk kesekian kalinya bila dipeluk erat ibu Aril. Ubun-ubun Lisa di cium Ibu Aril. Sudah tidak ada rezeki menjadikan Lisa sebagai menantunya.
Malam ini ada majlis tahlil untuk aruah. Walaupun sudah tidak punya kudrat kerana terlalu menangisi pemergian Aril, Lisa akur hidup perlu diteruskan. Maktok sentiasa memberi perangsang dan semangat. Aruah sangat baik. Lelaki yang terbaik pernah Lisa jumpa. Kehilangan Aril adalah dugaan maha hebat setelah kematian ibunya dulu.
Selepas menunaikan solat Isyak, Lisa dan Maktok bersiap.
“Assalamualaikum..”
Lisa masih di bilik. Maktok bergegas membuka pintu..
“Waalaikumussalam..”
“Kimi??kenapa tak habaq nak mai?”
“Maaf Maktok saya datang malam-malam begini. Ini penting kan?” Kimi menghulur sesuatu pada Maktok.
“Ya Allah..Lisa..lisa…”
Maktok mengambil Kad pengenalan Lisa.
“Budak ni..benda penting lagu ni pun dia lalai..cucu bertuah!”
“Maktok jangan marah Lisa, saya pun baru perasan IC Lisa dalam kereta saya. Bibik yang jumpak”
“Menyusahkan hang ja Kimi”
“Tak susah pun..” Kimi mengenyit mata kearah Maktok.
“Kimi mai jauh-jauh semata-mata nak hantaq IC Lisa. Terima kasih Kimi.” kata Maktok.
"Maktok..anak dara tu mana?” Kimi menjeling dengan ekor mata. Mencari kelibat Lisa.
“Sory..masuk mai..” Maktok tidak menjawab pertanyaan Kimi. Dari tadi Maktok baru sedar dia lupa menjemput Kimi masuk ke dalam rumah.
"Takpa..saya singgah sat ja. Saya tidoq kt hotel saja. Lagipun tak manis malam-malam ni saya datang sini. Maktok tu ada cucu dara. Comel plak tu..hehe” Kimi menyengih gelihati dengan ayat sendiri.
Lisa keluar dari bilik menunduk saat Kimi rancak bercakap dengan Maktok. Kesedihan kerana kehilangan Aril bukan mengambil masa yang sekejap untuk pulih. Mata Lisa membengkak. Lisa menunduk malu memandang muka Aril. Sepatutnya Lisa terkejut kenapa Kimi datang malam-malam begini. Reaksi terkejut langsung tidak dipamerkan.
“Assalamualaikum Lisa”
Lisa diam..Tidak menjawab salam dari Kimi. Menjawab dalam hati barangkali.
“Sat Maktok buat ayaq dulu. Kimi duduk dan minum dulu. Lisa sat na..” Maktok berlalu ke dapur.
“Kenapa ni Lisa? Lisa nangis? Risau ye? IC Lisa ada pada Kimilah. Don’t cry sayang..”
“Plz stop call me sayang..” Suara lisa tegas. Tiba-tiba air matanya terus mengalir. Terbawa-bawa akan tangisan kehilangan Aril. Esak tangis Lisa semakin menjadi-jadi. Kimi automatik gabra..
“Sory.. I didn’t meant to hurt u..Kenapa Lisa? Anything happened? Kenapa tak bagitau Kimi? Kerana mesej Kimi Lisa jadi macam ni?”
Lisa terus dengan esak tangisnya. Kimi jadi takut apa besar benar kesalahan yang dia dah lakukan hingga Lisa menangis teresak-esak. Kimi merapati gadis comel bernama Mia Mukhlisa. Dia cuba menyentuh pipi Lisa. Mengambil tisu dari beg sandangnya. Dia cuba menggunakan jejari kasar seorang lelaki untuk mengelap airmata Lisa. Tangan sasanya cuba menghapus lembut tangisan gadis itu.
“Don’t touch!!” Lisa meradang.
Dalam hati Lisa memaki hamun Kimi. Nak bagitau apanya..Nombor telefon dia pun tak bagi kat aku. Lagipun dalam saat genting begini mana sempat aku nak terfikirkan Kimi. Apa pasal la mamat ni datang? Malunya aku dia tengok aku melalak macam ni. Aku yang brutal mana boleh menangis depan Kimi. Tapi aku tak mampu. Aku sedih..Pilu yang amat sangat. Aril…Kenapa tinggalkan Lisa???
Maktok datang membawa dulang dan segelas air. Lisa dan Kimi masing-masing terdiam. Dalam keadaan menundukkan kepala, air mata Lisa turun mencurah-curah. Perasaan malu pada Kimi sudah hilang.
“Jemput minum Kimi..” Maktok menghampiri Lisa. Lisa memeluk Maktok erat.
“Kenapa ni cucu Maktok? Lisa kuat kan sayang..” Maktok cuba memujuk.
“Sedih sangat..Lisa tak dapat bendung. Lisa tak mampu Maktok..” suara Lisa penuh dengan tangisan.
Kimi hanya diam seribu bahasa. Dia hanya menyaksikan Maktok dan Lisa dari tadi, terus menerus dari depan mata sendiri. Tertanya-tanya apa yang berlaku tetapi lebih baik mendiamkan diri sahaja. Setelah Lisa mulai tenang, baru Maktok menceritakan hal sebenar pada Kimi. Cuak juga Kimi bila mengetahui berita tentang kematian Aril. Baru pertama kali berjumpa dengan aruah Aril, dia tahu pemuda itu seorang yang sangat baik.
“Innalillahiwainnailaihirajiun.."
"Saya mintak maaf Maktok, sory Lisa” Kimi sudah mula serius dengan perkataannya.
“Maktok dengan Lisa nak p tahlil kt rumah aruah” Maktok seperti mahu Kimi beredar dari situ.
“Macam ni Maktok, terlanjur saya dah kat sini, saya ikut sekali boleh?” Kimi memberi cadangan.
“Maktok dengan Lisa naik kereta saya saja” Kimi menambah.
“Yalah..” Maktok mengangguk.
Lisa sudah tidak mampu untuk bertengkar, dia hanya mengikut..
--------------------------------------------------------------------------------
Kesedihan Lisa memerlukan bukan masa yang sedikit untuk pulih. Bila teringatkan Aril, Lisa menangis. Bila terpandangkan mutiara pembelian Aril, Lisa menangis. Setiap kenangan bersama Aril sentiasa menghantui perasaaannya. Rindunya pada Aril diluahkan dengan bacaan Al-Fatihah.
Cucur udang sudah tidak enak ditekaknya. Wajah tenang Aril tidak lagi memujuknya. Senyuman Aril tidak lagi menyejukkan hatinya. Yang tinggal hanya patung Shin Chan pemberian Aril. Shin Chan yang akan sentiasa dalam pelukan bila teringatkan Aril.
Lisa cuba melelapkan mata. Dari tadi dia hanya terkebil-kebil melihat siling. Matanya tidak dapat ditutup kerana fikiran yang berserabut. Satu persatu kenangan bersama Aril bermain dikepala. Umpama filem terlihat jelas dimata. Lakonan antara dia dan Aril. Kenangan sejak mereka kecil sehingga masing-masing meningkat remaja. Kini Aril sudah tiada.
Semua kenangan bersama Aril sudah tiada indahnya lagi. Separuh nyawanya pergi ketika keberangkatan Aril ke Sabah dua tahun dulu. Kini jiwanya rasa tidak bererti lagi tanpa Aril disisi. Aril telah pergi buat selama-lamanya. Rintihan Lisa sudah tiada siapa yang mendengar. Aril!!!!
“Sesaat matamu berkedip, ingatlah aku. Sedetik jantungmu berdegup, aku pemujamu, Seikhlas hatimu ditaut, itulah rasa hangatnya cintaku. Walaupun kita terpisah, Muhammad Khairil Adam akan terus mencintamu”.
Luahan yang sangat menyentuh perasaan dari luar sampul surat. Air mata Lisa turun deras. Tangannya menggeletar membuka surat dari Aril.
BERSAMBUNG..
* Tak reti nak buat part sedih. harap maklum.hehe..
9 comments:
bab mengenai aril meninggal, n time maktok nak bgtau lisa, cam x bape nak umphhh lah... macam terlalu seterit to the point dan secara tetiba je.. huhuhu... aril x de gud la. senang sikit lisa nak terima shin chan. hek3
alahai.. hero mati plak...
x dan nak menangis part aril mati...
kalo ade babak mak aril bgtau camana aril mati mungkin buleh kot menawan hati rawan... hhehe
a'ah setuju part mak tok bg tau aril mati macam kurang je emo kat situ , tp masa last baca fatihah tu ok .. huwaa sedih aril mati , tp ok gak , shin chan leh masuk jarum kahkah
sedihnyer :(
akak! cepatnye aril mati..huhu..heart broken la klu macam ni..
*vektor pn x smpt buat dah mati..hihi
ok la tu... ala, lisa jual mahal pulak kimi nak pujuk. mengada tau...
aril dh mnggal ke.. br je wujud.. sian lisa..
chii mcm da bleh agak yg aril akan pergi dulu..dari dialog yg sblm ni..tp x sangka dia pergi cpt sgt...x sempat nk kenal2 ngn lbih rapat ngan kimi..ataupun ada pesanan buat aril ke
silap..buat kimi dari aril
Post a Comment