Aiman Zaman Muda. Slim kan?hoho.. |
Masyarakat melayu ada banyak amalan yang menarik untuk mempermudahkan bersalin. Walaupun tiada sumber daripada hadis atau Al-Quran, amalan seperti minum air selusuh dan merasa perut sudah dilakukan sejak berzaman.
Masa mengandungkan Aiman dulu, aku memang tak sempat nak minum air selusuh. Aiman dah tak sabar sangat dah nak keluar dan akhirnya air tu buang macam tu saja. Merasa perut memang mak mertua aku yang suggestkan. Katanya ada beza sebelum bersalin bila merasa dan tidak merasa, kalau merasa perut dengan izin Allah kita akan lebih mudah hendak bersalin.
Ketahuilah ayat Al-Quran memang hebat dan tiada tolok bandingnya. Apabila dekat dengan tempoh kelahiran, suami dapatkanlah minyak kelapa yang di buat sendiri. Kemudian bacakan surah Ath Thaariq (7 ayat yang pertama) dan selawat pada minyak tersebut. Selepas tu, suami sapukan dari pusat hingga ke ari-ari isteri. Insyaallah berkesan dengan izin Allah. Petua ini juga berkesan untuk bayi songsang.
Ramai yang bertanya bila Aiman nak timang adik? Aku, en suami dan Aiman memang dah tak sabar nak ada orang baru, tapi kami hanya merancang, Allah yang memberi rezekinya. Jadi jangan mempersoalkan apa yang dah Allah aturkan untuk aku ok.haha..Doakan tau!
10 comments:
izan pun tak pernah merasa air selusuh ni... alhamdulillah... 3 kali proses bersalin yg mudah, cuma yg 1st aje cam tunggu lama sbb blm ada pengalaman kan masa tu...
insyaAllah... izan doakan aiman akan dpt adik cepat2 ye!
nak buat minyak kelapa sendiri tak reti~~camna? he~~
sy hubby buat dgn air zam2 je.. alhamdulillah... laluan pun cpt je terbukak...
merasa perut tu macam mana? urut ke?
Tak sempat nak minum jatuh pecah hihihi
bagus info ni... x sbar tggu saat itu... :(
amin..moga2 akk pregnant nt..:)
aku doakan aiman dpt adik cepat. doakan aku jgk. tak sabar nak adababy.cam kau kata kita hanya merancang Allah pemberi rezekinya. tolg la stop ckp yg bukan bukan. hihihihi
Insya Allah, semoga Aiman cepat dpt adik.. ada lah hikmahnya kan kenapa Aiman dpt lambat adik..
x pernah minum air selusuh.. Alhamdulillah, doktor ckp kakyong ni kuat tahan sakit.. contraction dah kuat pun, tp muka masih cool.. 2 kali bersalin dgn doktor yg sama..
info yg berguna..pastu slalu org ckp..banyakkan berjalan..jgn tdo atau terperap je...
err..betul kan
Post a Comment