Pixajoy

Thursday, December 08, 2011

Home » DHA dan Kebaikkannya

DHA dan Kebaikkannya

Ikan tuna mengandungi sumber DHA yang tinggi.

60% otak manusia terbentuk daripada lemak dan kebanyakan lemak ini adalah DocosaHexaenoicAcid (DHA). Ini bermakna DHA sangat penting untuk pertumbuhan otak. DHA adalah asid lemak Omega 3 dan tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Tubuh manusia hanya mengeluarkan sedikit DHA, dan selebihnya perlu diambil daripada diet harian.

Sumber utama DHA ialah daripada ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod selain daripada telur dan daging. Minyak sayur-sayuran seperti minyak zaitun dan jagung juga kaya dengan asid lemak Omega 3.

Bayi lazimnya mendapat DHA dari susu ibunya. Bayi yang mengambil terlalu sedikit DHA dalam diet harian boleh menyebabkan tumbesaran otaknya terganggu dan mengurangkan katajaman penglihatan. 

Kebanyakan daripada kita tahu DHA sangat penting untuk otak, tapi sebenarnya ada banyak lagi kebaikan DHA. Jom kita tengok :

Kebaikan DHA
  • Untuk pertumbuhan otak yang cergas.
  • Untuk penglihatan yang baik.
  • Untuk pertumbuhan saraf.
  • Mengurangkan risiko tekanan perasaan.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan salur darah tersumbat.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan triglycerides (lemak).
  • Mengurangkan kemungkinan serangan Alzheimer.


            

                                    

12 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

ms pregnant sy ada ambil juga minyak ikan (DHA) tp yg khusus utk ibu mengandung lah..

Woofer Storm said... Best Blogger Tips

nak kena amik ni,sy ada masalah mata yang kronik..hehhee

hi sis^^

hyz said... Best Blogger Tips

ikan salmon mahal. ikan kod mana nak cari kat pasar borong ek?

kakyong said... Best Blogger Tips

dlm susu selalu ade mentioned pasal DHA kan... ;)

chii said... Best Blogger Tips

hurm..yg chii slalu dgr..DHA ada kat ikan kod...scott imulsion ngn telur omega..tp dedua ni chii x makan..lgi2 scott..bau nya x tahan

Wan85 said... Best Blogger Tips

http://wanwidget.com/
kita org melayu ni susah nak dapat ikan salmon

alif ismail said... Best Blogger Tips

wow akak dah jadi pakar pemakanan!!! ni yang jeles neh...huhuhu...

MulutPayau said... Best Blogger Tips

akak mmng makan spplment yang mngdungi omega 3 ni....

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

ooo, macam tu rupanya ya.. thanx for sharing....

Wanie said... Best Blogger Tips

sebab tu produk susu diorg promote pasal DHA ni kan..banyak kebaikan..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

br tahu yg dha ni utk lain2.. slama ni cuma tahu utk otak je..hihii

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

wahh byk lagi ea kebaikannya?

thank u kak!