Pixajoy

Saturday, December 03, 2011

Home » CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 8)

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 8)




Aril??? Lisa tercengang..

Jantung Lisa terasa macam nak luruh. Nadinya seakan terhenti. Wajah yang dirindu sudah ada didepan mata. “Bila pula Aril balik? Kenapa tak beritahu aku? Kenapa datang saat Kimi ada? Kenapa maktok tak bagitau Aril ada kat rumah? “

“Assalamualaikum” Aril mengucapkan salam buat kali kedua kemudian menghulur tangan untuk bersalaman dengan Kimi. Kimi membalas mesra. Wajah Aril pula kekok, tapi masih tenang. Wajah itu tenang seperti dulu. Tak pernah melenting!

“Tak habaq pun nak balik!” Lisa berdiri bersebelahan Aril membisikkannya perlahan.

Aril hanya tersenyum tanpa sebarang perkataan. Ada riak cemburu pada wajah tenangnya. Kimi cuma senyum-senyum. Mesti tak faham gelodak jiwaku!

“Mai masuk mai..duduk dulu Maktok p buat ayaq kopi. Hangpa dok sat na..biaq anak dara nie tolong Maktok” Lisa mengikut Mak tok kedapur.

Entah apa yang Kimi dan Aril bualkan Lisa jadi tak tenteram. Rupanya rindu pada Aril sejak kebelakangan ini merupakan suatu petanda Aril akan pulang. Aril sudah pulang. Pulang membawa kejutan untuk Lisa.Arghh..gabra lain macam jer aku!

Maktok kalut dengan kopinya manakala Lisa dimeja makan sedang memotong cucur udang, kuih kegemaran Lisa dan Aril sejak kecil.  Wajib ada kalau Lisa balik, selalu dinikmati dipangkin depan rumah menunggu matahari terbenam, keindahan yang sudah lama tidak dilakukan bersama Maktok dan Aril.

“ Maktok awat tak habaq Aril ada? Bila dia balik?”

“Kemarin dia kata, mana Maktok nak tau. Dia kata nak mai tunggu Lisa kat sini. Nak buat seperise!”

“Adui macam mana ni Maktok? Satgi Aril mesti salah faham.” Lisa tidak mempedulikan ayat mat saleh Maktok yang tunggang langgang.

“Segak budak tu..sapa nama dia? Kimi ka?” maktok mengalih kerisauan dihati Lisa.

“Maktok nie..”Lisa memuncungkan mulut menatap tepat wajah tua Maktok.

“Lisa risau Aril salah faham. Mesti dia kata mcam-macam dekat Lisa. Kimi tu bukan boleh harap sangat.  Satgi dia cakap yang bukan-bukan, macam mana nie Maktok…?”

“Hang jangan risau, maktok kenai Aril lagu mana.. Dah.. cedok kuah kacang kat dalam periuk tu..”

“Hang dengan Kimi ada apa-apa ka?” Maktok seakan berbisik.

“Isk..mana ada. Kawan ja..”

“Kalau kawan hang nak takut apa?”

Lisa blur dengan jawapan Maktok yang satu. Buat apa aku nak gabra lebih? Betul jugak kata Maktok. Aku dengan Kimi bukan ada apa-apa. Sepatutnya kerisauan aku ditukarkan menjadi kejutan terindah dari sang kekasih. Memecahkan kerinduan yang selama ini aku tahan. Rasa macam nak peluk Aril untuk merasa kesejukan tubuhnya. Tubuh kurus yang penuh kasih saat kami kecil dulu. Kalau sekarang mungkin merasa kehangatan tubuh Aril..Lucu!  Sekarang dah besar panjang mana boleh peluk-peluk.

“Dah jom bawak kedepan. Tadi risau sangat, ni dok sengih..lama dah depa tunggu..”

“Yes boss!”

Lisa dan Maktok keruang tamu. Tak sangka Kimi dan Aril rancak berbual. Kedatangan Lisa dan Maktok memotong kerancakan dua jejaka itu.

“Amboi..dah berkenalan ke?” Lisa menjeling Aril dengan pandangan sayang.

“ Lawak kawan Lisa nie..haha” Aril memuji jejaka yang bakal mengundang masalah dalam perhubungan mereka.

“Kenapa pulak?”

“Hehe Kimi cerita pasal Lisa jatuh tadi.”

“Sakit tau tak..Dia gelak-gelak kita pulak. Tengok nie buku lali orang luka. Nasib baik Kimi ada plaster. Dia yang tolong.. Pedih lagi ni..” 

Lisa seakan mahu meluahkan kemanjaannya pada Aril tetapi sebaliknya pula berlaku. Wajah Aril ternyata berubah bila Lisa menyebut kebaikan Kimi. Matanya yang penuh dengan kerinduan terus menjadi layu musnah. Mungkin Aril terasa hati.

“Dah..makan coq udang ni. Minum Aril..jemput makan Kimi..” Maktok perasan perubahan wajah Aril dan Lisa. Dia cuba menjernihkan suasana.

“Hangpa dah lunch kan tadi?” Maktok duduk di sofa bersebelahan Kimi. Aril duduk berhadapan dengan Lisa. Lisa menunduk. Merasakan ketidakpuasan hati Aril. Aril cuba berlagak biasa.

“Maktok pandai cakap omputih..” Kimi cuba berbasi-basi dengan Maktok.

“Kimi orang mana?”Maktok menemuramah Ziad Hakimi.

“Mak saya orang Johor..Ayah Aloq Setaq..Saya dok Alor Setar Maktok..”

“Wo jauh naa..”

“Dekat je Maktok Loq staq tu..” Kimi membidas.

“Bukan..Maksud Maktok Utara ke Selatan tu..jauh.."

“Dah jodoh Maktok!” Ringkas jawapan Kimi.

“Ha..betui2..abah dengan mama Lisa dok sana jugak”

Selesai minum hujan turun dengan lebatnya, sama seperti dipondok. Maktok minta Kimi tidur dibilik tetamu bila melihat Kimi agak kepenatan. Kimi langsung tidak menolak. Selesai solat Asar dia  selamber dekk terbungkang tidur. Tak malu langsung!

Aril minta izin untuk pulang ketika Kimi sedang nyenyak tidur. Maktok pula tengah solat. Tidak selesa berdua-duan dengan Lisa barangkali. Terasa hati dan menahan rasa cemburu. Itu lebih tepat. Aril menghulurkan sekotak hadiah untuk Lisa. Riak wajah kecewanya dibendung. Lisa terharu dengan Aril. Rasa bersalah yang amat sangat. Tapi dia tak mahu mengeruhkan keadaan. Dia pasti akan menerangkan hal sebenar nanti.

“Tunggu la Maktok dulu..” wajah Lisa mempamerkan kesedihan.

“Takpe esok Aril mai lagi..”

“Aril..nanti dulu.., Lisa mintak maaf..Kami bukan seperti sayang sangka..”

“Takpe..Aril faham. Cinta Aril tak pernah berubah..walau kita jauh dipisahkan. Aril tetap macam dulu. Aril sayangkan Mia Mukhlisa sepenuh hati..Lebih dari diri sendiri..”

Lisa tergamam dengan kata-kata Aril.  Selama ini Aril jarang meluahkan perasaannya. Air mata yang cuba Lisa tahan tumpah juga. Sucinya cinta Aril tidak seperti dirinya. Perasaan bersalah dizahirkan dengan air mata.

“Tak perlu menangis ayang..Aril tak terasa apa-apa. Airmata Lisa bukan kegembiraan untuk Aril..Aril dah cuba hapuskannya dari dulu..Jangan menangis, please..”

“ Dari dulu Aril selalu kata,  Cinta itu adalah tanggungjawab untuk kita memelihara keutuhannya..Kita yang menentukan keutuhan cinta itu. Bagi Aril cinta kita masih utuh..Setinggi Kinabalu, Wajah Lisa sentiasa dihati walau kita dipisahkan. Keindahan Lisa selalu dimata bila Aril cuba melihat Lisa di sebalik Kinabalu, sama seperti Lisa nampak Aril disebalik Gunung Jerai.”

Airmata Lisa tumpah lagi. Pelik juga dengan kata-kata Aril. Selama ini Aril tidak pernah mengeluarkan ayat jiwang. Lisa sudah tidak dapat menahan rasa sedih dengan pengakuan Aril. Kebaikan Aril betul-betul buat Lisa sebak. Lisa menunduk..Malu untuk memandang muka Aril.

“Aril janji datang esok..”Aril pergi meninggalkan Lisa yang kesedihan. Lisa berlari ke dalam bilik dan menangis semahunya. Maktok yang baru selesai solat menggeleng kepala melihat perilaku cucu kesayangan. Maktok membiarkan Lisa melayan perasaan. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk memujuk.

Azan Maghrib berkumandang memecah kedinginan. Air hujan masih menitik. Penuh dengan titisan seperti air mata Lisa petang tadi. Suara bilal kedengaran sayup dari corong pembesar suara masjid. Lisa juga tertidur dalam tangis. Kepenatan kerana emosi sendiri. Bila terjaga, gadis itu segera bangun membersihkan diri untuk solat.

Beep..beep..

Mama dah sampai belum? Misae dah sampai kan?Tak msg Shin Chan pun..Risau ni..”

Misae memandang mesej Shin Chan tanpa rasa. Jiwanya telah kosong untuk merasa keterujaan mesej yang selalu dinanti. Dibiarkan handphonenya disisi katil, disebelah gambarnya dengan Aril. Gambar zaman kanak- kanak mereka dahulu. Sungguh banyak kenangan Aril di rumah ini.

Lisa berlalu kedapur. Maktok tidak kelihatan di dapur tetapi sudah siap memasak untuk makan malam. Dia mengambil pinggan dan menghidang di meja makan.

“Dah mandi? Emm..wangi..” Kimi datang dengan tuala dileher. Tuala yang diberi Maktok agaknya. Macam kenal saja tuala siapa. Gelagat Kimi cuba mengusik Lisa. Lisa yang masih bersedih mula mencuka. Dia mentutup mata bila terpandang badan sasa Kimi.

“P mandi..tak sopan..dah la tak pakai baju..wek..” Lisa menjelirkan lidahnya.

“Eh mana abang Lisa? Best jugak sembang dengan dia..Handsome abang Lisa..Macam adiknya juga. Cute dan manis..”

“Abang???” Lisa berkerut seribu..

“Tadi yang sembang kat ruang tamu tu abang Lisa kan? Balkis kata Lisa ada dua abang..sorang dah kawen. Yang tadi tu abang nombor dua kan?” Kimi selalu menggunakan nama Balkis. Entah-entah Balkis tu reporter Kimi..

“Yang tu mambang Lisa kimi oi..” Maktok menyampuk tiba-tiba. Datang dengan baju kurung kedah dan kain batiknya. Skaf dikepala terbuka menampakkan telinga. Kelihatan beberapa helai uban Maktok di kepala. Sesuai dengan umurnya yang sudah lanjut.

“Opss..sory..mintak maaf Maktok, lama saya tidur. Buat macam rumah sendiri pulak” spontan Kimi menjawab. Kimi tidak serius dengan kata-katanya. Buat lawak pula. Dah la aku tengah sedih.. 

“Takpa..lagipun hujan lebat. Bahaya hang bawak keta..p mandi satgi kita makan..”


-------------------------------------------------------------------------------------


“Terima kasih Maktok..saya mai lagi lain kali boleh?” Kimi masih lagi dengan muka temboknya.

“Boleh..bila-bila masa hang nak mai..mai..Maktok lagi suka..Jangan lupa kirim salam kat mak pak hang..”

“Insyaallah Maktok..Terima kasih ye..”Tangan Maktok Kimi cium.

“Peluk Maktok sikit boleh..?” Kimi menggatal.Tak habis-habis..

“Saya nak jadikan Maktok awek angkat saya tau..” Kimi menjeling kearah Lisa yang masih kelat. Tak terhibur langsung dengan gelagat Kimi.

“Terima kasih jugak pasai hantaq Lisa balik..” Maktok memegang belakang Kimi.

“Hati-hati bawak keta tu..Malam dah ni.Lisa…Kimi nak balik dah tu..”

“Kimi..terima kasih..” Dengan langkah longlai Lisa berterima kasih.

“Sama-sama kasih..Lain kali jatuh lagi..Kimi hantaq..no problem!”Kimi berseloroh.

Kimi berlalu dengan reaksi kebiasaan mengangkat kening dan tersenyum. Dia punya wajah kacak dan senyuman yang menggoda. Maktok pun suka. Kimi pulang ke Alor Setar tanpa meminta nombor telefonku. Dia cuma minta no handphone Maktok.

Kimi tak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Lisa dan Maktok. Lebih-lebih lagi dengan Maktok, baru saja jumpa macam dah kenal lama. Maktok selalu saja tertawa dengan lawak Kimi. Sebelum balik tadi pun Kimi memuji gigi maktok yang masih lagi kukuh dan cantik tak padan dengan umur. Maktok tertawa menampakkan barisan gigi palsu. Apa yang kelakar sangat Lisa tak ambil peduli. Gigi pun nak dijadikan bahan sembang. Fikiran dan perasaannya teringat pada Aril. Tak sabar menunggu esok!


--------------------------------------------------------------------------------------


Lagu DIA nyanyian Fauziah Latif berkumandang dari corong radio.  Fikiran Lisa menerawang juah pada setiap kebaikan Aril. Muhammad Khairil Adam..Dia Insan Pertama yang ku cinta!

Lisa membuka reben merah jambu yang menghiasi kotak hadiah pemberian Aril tadi. Lisa cuba mengenakan rantai tangan mutiara yang diberi Aril. “Cantik..Aril sejak dulu memang tahu taste aku, walaupun Kristal itu cantik dan berwarna warni, mutiara lebih tinggi nilai sentimentalnya..” 

Aril terlalu baik. Dia rela menyembunyikan perasaan sakit hati dan cemburu. Lisa tak sangka hati Aril sejernih itu. Dia berjanji takkan mengkhianati cinta suci Aril lagi. Mesej dari Shin Chan langsung tidak dijawab. Sudah berapa kali Shin Chan mesej Lisa tak pasti. Misae kejam membiarkan Shin Channya tertunggu-tunggu.

“Oh..ada nota yang perlu aku selesaikan.. Emm..Kimi ni macam-macam. Banyak sangat kerenahnya. Sebelum balik tadi dia bagi kad. Mamat perasan yang jiwang! ”

“A man who truly love u will never let you go no matter how hard the situation is”

With love,
Ziad hakimi..SS

“SS? Syok sendiri? Tahu pun hang syok sendiri..Jangan ingat aku akan mudah melupakan Aril kerana kau! Apa sebenarnya dikejar dari aku? Kau punya segalanya Ziad Hakimi. Aku tak layak untuk kau. Aku hanyalah gadis comot yang selalu kau kata comel. Aku sudah punya pacar. Kau tahu kan Aril tu kekasihku?” Lisa merendah diri dalam monolognya.

Laptop pemberian dari abah Lisa buka. Sudah lama tidak membuka akaun facebooknya. Kerana teringkatkan mesej Kimi, dia matikan niat nak buka facebook. Rasanya Lisa  sudah menghampiri jawapan kepada nota dakwat halimunan Ziad Hakimi. Apa gunanya teknologi dihujung jari.


BERSAMBUNG…






11 comments:

Daddylicious said... Best Blogger Tips

“A man who truly love u will never let you go no matter how hard the situation is”

terbaik kan...:)

Daddylicious said... Best Blogger Tips

“A man who truly love u will never let you go no matter how hard the situation is”

terbaik kan...:)

Unknown said... Best Blogger Tips

huhuu.. apa agaknya nota halimunan kimi tu ya... ;)

makin ter'addict' pulak..

hyz said... Best Blogger Tips

part 8 ni terbaik dari part2 sebelum ni... hehehe.. gud job... x sabar tunggu part 9 plak...

nak jadikan maktok awek sy jugak boley? haha

NzA said... Best Blogger Tips

suspen...suspen...mcm tgk cerita Tentang Dhia......di persimpangan!!!

Wanie said... Best Blogger Tips

sedih la macam ni kak..nanti die dengan kimi ke aril..huhu..aril ni baik je, jangan la mati pulak..huhu

SS tu syok sendiri eh? bukan nak tulis SC <-- shin chan?hehe..memandai je wanie ni..

Mak Su said... Best Blogger Tips

wah, ada novel online :)

tak hantar kat mana2 penerbitan ker?

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

waaa...ada cerpen...rugi x ikut awal...

jemput baca (",)
hadiah untuk sahabat - mata yang indah

Ce'gu JAERA said... Best Blogger Tips

hebat jalan critanya....

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

alahaiii siannya aril..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

aduhhhh...suspen ni....