Pixajoy

Sunday, February 10, 2013

Home » Roti Arab Goreng

Roti Arab Goreng



 
Dah lama tekak teragak nak makan ni. Teringat dulu pernah makan dekat rumah Makngah Johor. First time buat cicah sambal ikan bilis je. Nak buat dalca tapi takde stok daging atau ayam kat rumah. Benda ni senang sangat nak buat. Tapi tak boleh makan banyak-banyak, aku rasa muak je sebab agak menyerap minyak. Kalau versi bakar macam roti arab original tu lagi sedap. Yang ni versi goreng yang ala-ala tak berapa nak ala sangat. Boleh la dari takde baby kan? Resepinya aku google. Aku bagi je resepi mana tahu ada yang terliur.
 
Resepi Roti Arab Goreng
 
Bahan-Bahan 
  • Setengah kilo tepung gandum
  • 6 gm mauripan
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu gula
  • Air suam secukupnya
 
Cara-cara
  1. Campur air suam,minyak,marjerin dan gula dalam bekas. Kacau rata.
  2. Sementara tu gaul tepung dan mauripan kemudian masukkan dalam bancuhan air tadi.
  3. Uli-uli sampai jadi doh pastu rehatkan 1 jam. Tutup bekas tu ekk sampai tepung kembang.
  4. Dah kembang buat bulat-bulat dan leperkan.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak. Dah kembung sejambak dan masak angkat la. Roti pun boleh dah ngap!
 
*  Hari ni cuti nak p jalan-jalan!




14 comments:

umi alya said... Best Blogger Tips

akak kena cuba resepi ni

izan mama mia said... Best Blogger Tips

nak p jalan mana tuu..jln2 cr makan ker..

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Rajinnya buat sendiri. Akak beli yang segera je ;)

transformed housewife said... Best Blogger Tips

terliur jugak. nak buat tp hr ni demamla pulak. huhu

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah! Lagi resepi dari Muni... Memang pun terliur tengok :)

Bestnya p jln2. Hati-hati ok...

Nastyna said... Best Blogger Tips

Saya pernah cuba buat ala arab ni tapi.. hihihi maybe boleh cuba resepi akak yang ni.

Sally Yatiey said... Best Blogger Tips

sedapnya :D

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

wahh..nampak sedap juga roti Arab ni..tak pernah buat lagi.. sini kat kedai pun jarang jumpa..
selamat bercuti2..
jln2 kemana?? :)

Marya Yusof said... Best Blogger Tips

As salam Murni,

Wahhhh... homemade roti Arab! Dulu Marya beli kat pasar tani je :)

Mak suka sgt roti ni :))

Nora Karim said... Best Blogger Tips

sedapnya nampak... em... nak try lah nanti...

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

sekarang ni kat umah husna dah jd trend..asal lapar je uli tepung..sebab senang sgt nk buatnya..=P

dlm resepi x letak minyak..dan gula di ganti dgn susu..=)

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

pasti sedap....nak try buat jugaklah..

Masya said... Best Blogger Tips

nak menguli tu yg jenuh tu... tp nak ngap cepat jer...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

ooo senang je upenya.. lenkali leh try