Pixajoy

Tuesday, February 19, 2013

Home » Carta Pergerakan Baby

Carta Pergerakan Baby



Semalam appointment pakar semuanya ok. Doktor kata dulu plasenta bawah, sekarang dah ok. Adakah ini berkat merasa perut? Alhamdulillah. Ingatkan dah tak perlu pergi pakar, rupanya 36 minggu nanti kena pergi hospital lama sekali lagi. 

Hari ni check perut dekat RSAT, 29 week 3 days, HB 11.5, tekanan darah 116/60. Berat naik 3.2 kg uwaa..bulan ni paling banyak naik. Padan muka ni. Tak sedar diri lately aku asyik melantak benda manis. So far dah naik 13.6 kg. Sekarang dah 7 bulan dah mula checkup 2 minggu sekali. Bsp pun kena buat dua minggu sekali. Be prepared untuk jadikan RSAT macam rumah kedua, rumah suami angkat.haha..

Aku tanya pasal scan baby, kata nurse kalau dah refer pakar biasanya doktor RSAT dah tak scan. Tapi kalau nak scan boleh request. Pakar scan tak bagi penerangan detail pun. Aku pulak tak tau apa benda nak tanya. Mana la aku tau nak kena tahu berat baby ke apa. Lagi sekali bagi alasan dah lama tak mengandung.haha.. So untuk detail scan mungkin minggu depan baru aku buat.

Hari ni nurse bagi carta pergerakan baby. Esok baru aku start buat kiraan. 




Dah lama gila tak menanda, dah lupa semua pasal carta ni. Mari belajar cara mengira pergerakan baby.

Bermula pukul 9 pagi, kira pergerakan baby sehingga 10 kali. Dah cukup 10 kali, catatkan masa (jam berapa). Kalau tak rasa 10 kali pergerakan hingga pukul 9 malam (dalam masa 12jam) sila ke hospital dengan segera.






19 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

tang kira ni,,bbest sangat,,, seronok dok bilang,,

sal ya said... Best Blogger Tips

kadang2 baby aktif lepas kul 9. mcm mana tu?

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

saya pun masa aqilah, tiba2 lupa camne nak kira.. dh lama xpeknen la konon.. hehhe

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Akak pernah menipu bab meNgira pergerakan baby ni?....hihihi

eita said... Best Blogger Tips

bab2 mengira ni failed..
heheheh

Nastyna said... Best Blogger Tips

owh best nya boleh buat2 carta gitu, saya dulu takdok pung :( sikit2 menelaah internet untuk info huhu

eiela said... Best Blogger Tips

mcm2 jugak ek kena buat time pregnant nih.

Aretikz said... Best Blogger Tips

Ilmu yang juga perlu diambil perhatian oleh si bapa.. saya cuma si bujang.. hehe..

Salmi said... Best Blogger Tips

Paling suka time baby gerak.Masa inilah kakak & abang berebut nak rasa perut..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

tang ni la yang saya malas nak buat dulu... :P

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

k.izan kan selalu mengelat bab tang kira2 tu tau. haha... biasanya pukul 1 tghari dah cukup 10 kali. adakah sbb dah beberapa mengandung?

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

k.izan kan selalu mengelat bab tang kira2 tu tau. haha... biasanya pukul 1 tghari dah cukup 10 kali. adakah sbb dah beberapa mengandung?

Kamsiah yusoff said... Best Blogger Tips

singgah & follow..salam kenal tuan rumah

- AZIE - said... Best Blogger Tips

sy amsa 7 bulan dulu excited ja bila baby gerak trus tanda, skrg nie dh 8bulan lebih..mula la nak main tipu2 huhuhuhuuhu

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Dah 3 tahun tak mengira carta ni..dulu excited sgt bila nak mengira gerakan2 anak dlm perut..:)

fieda said... Best Blogger Tips

kak fieda lupe terus dah...

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Cik Rose pulak...time nie paling tak suka hihihi...malas nak kira...

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

yg ni le paling malas nak buat hehe

Unknown said... Best Blogger Tips

eh..siap boleh kira lg pergerakan baby..kena catat plak tuh..jenuh..haha..