Pixajoy

Tuesday, February 12, 2013

Home » Jejak Kasihan Di Selama, Perak

Jejak Kasihan Di Selama, Perak



Nak feeling-feeling tulis karangan berterabur tak berformat sat.

Aku hanya mengenali melalui cerita-cerita en suami, abah dan mak. Nama mereka sekeluarga sudah termemori dikepala dengan kisah-kisah akrab ketika berjiran di kem suatu ketika dahulu. Kebetulan sekarang aku kerja di Kem yang sama dengan tempat tinggal en suami waktu kecil.

Pak Cik Mat Saman mesra disapa Cik Man, tinggal di Selama Perak setelah berhenti tentera. Cik Dah isterinya yang kecil molek kelihatan awet muda. Sejak abah berhenti askar juga, hubungan tidak pernah  terputus, tapi dek kerana kesibukan masing-masing, pertemuan jarang berlaku.

17 tahun en suami tak pernah kesana. Abah dan mak lebih kurang 8 tahun lamanya. Anak Cik Man yang bernama Zarina  sebaya en suami. Kawan bermain, kawan sekolah dan kawan mengaji waktu kecil dulu. En suami beria hendak ke Selama sudah lama, mengajak abah beberapa kali namun belum ada rezeki dan jodoh hendak berjumpa.

Cuti Tahun Baru Cina semalam bermulalah misi jejak kasihan kami Ke Selama. Perjalanan agak samar dek kerana perubahan jalan dan peta rumah yang hampir luput dirosakkan memori otak. Aku yang tidak tahu apa-apa tentang jalan ke sana hanya berdiam diri dibelakang pun di jadikan bahan usikan en suami. Selepas menempuh pelbagai pengalaman agak melucukan kami akhirnya tiba ke sana.



Susana rumah Cik Man dipenuhi dusun, ada pokok durian, rambutan, dukong, rambai, petai, pokok kelapa dan pinang. Sukanya melihat air sungai jernih serta kawasan sekitar yang tenang. Sumber air yang diguna Cik Man cuma air bukit. Sejuknya air kata Aiman waktu mencuci tangan disingki. Tak perlu bayar bil air berpuluhan ringgit setiap bulan. Buah betik di petik saja dari belakang rumah untuk dibuat ulam. Sungguh merasai nikmat tinggal di kampung waktu disana. 

Terungkai rindu dua sekeluarga. Kebetulan cuti semalam semua anak-anak Cik Man berkumpul, dapatlah jumpa. Zarina anak perempuan sulung Ci Man sedang berpantang anak kedua. Cik Man peluk en suami erat. Zarina tak boleh la peluk isteri orang.haha..Kata en suami, Cik Man dari dulu tak pernah berubah. Susuk tubuh masih sama. En suami kali terakhir jumpa Cik Man masa umurnya 11 tahun, kalau berlaga bahu pasti tidak kenal. 

Perbualan rancak berkisah juga tentang kenakalan en suami waktu kecil. Comel sekali sikap degil dan kuat menyakat en suami. Sampai sekarang tak hilang perangainya. Sempat kami makan tengahari bersama dengan hidangan selera kampung. Ayam masak merah, masak lemak terung ikan masin, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan tempoyak cukup menaikkan selera. Bertambah-tambah makan.

Sayang sekali dua orang adik en suami tak dapat turut serta. Kalau tidak pasti lagi meriah. Padan saja bukan musim buah, kalau tidak mau penuh satu bonet kereta dengan buah tangan. Musim buah nanti boleh kesana lagi. Pasti juga kami akan membawa baju mandi untuk berkubang di sungai. Sejak pulang en suami asyik menyebut nama Cik Man dan Selama. Tak sabar nak kesana lagi nampaknya.







17 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

Thanks for putting a smile on my face again, kelat muka saya since baca dot dot dot. tapi duk sengih jer baca ur post ni. hahahhaa
Thanks again PK.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

seronok bertemu dgn org y rapat dgn kt,.. lama tu.. last bertemu msa kanak2 dulu..skarang bila jejak kekasih pula dah besar+kawen+ada ank.. mmg la kalo bjumpa selisih bahu pon xknl kan.. ssbb msing2 h beubah

Bunga said... Best Blogger Tips

seronoknyer kan..:)..

azura said... Best Blogger Tips

ke Perak nampaknya Puan Muni, saya pun dah teringin mandi sungai ni

transformed housewife said... Best Blogger Tips

mcm boleh bygkan pulak suasana kat kg tu. seronok kan.

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Bila rapat.. Sampai bila2 pun akan ingat.

eita said... Best Blogger Tips

seronok jugak jejak kasihan ni..
lagi bertambah erat ikatan tu..

..:::CAHAYAPETUNJUK::.. said... Best Blogger Tips

Itulah kg...

Azian Elias said... Best Blogger Tips

menjejak kasih. semoga ukhwah terus terjalin.

Azian Elias said... Best Blogger Tips

menjejak kasih. semoga ukhwah terus terjalin.

syafiqa said... Best Blogger Tips

mungkin lain kali bole bawa iqa kan

eh

Salmi said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, moga perhubungan akan terus terjalin. Seronok dengar cerita PK sekeluarga dapat merasai suasana kampung..

Unknown said... Best Blogger Tips

alahaii..jelesnya dgn org yg ada tanah dipenuhi dgn pokok buah-buahan..>.<

nikmat duduk kg kak..=)

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

pasti seronokkan....pagi2 mesti sejuk..

Unknown said... Best Blogger Tips

wah..jejak kasih yer...bestnyer

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

best plak baca entry ni.. rasa mcm baca novel.. hihii

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

best plak baca entry ni.. rasa mcm baca novel.. hihii